♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, February 1, 2011

TEMAN ALAM MAYA


TEMAN ALAM MAYA

Wahai teman...
Pertemuan kita di alam maya
Membawa kita ke alam realiti
Bertemu, bersemuka, berbual ramah
Saling menyatu hati

Wahai teman...
Lembaran hari berlalu
Krisis diri mencabar hubungan
Entah mana silapnya
Sering saja terguris hatiku
Ketika bersama mu..

Berusaha ku selami makna
Pedasnya kata sindiran mu teman
Kata mu bagai amarah menyapa ku
Tersuntik takut meresap diri ku
Kaku tingkah dan bicara ku...
Aku memilih 'DIAM' tanda mengalah..

Namun bila datang gembira ku
Aku masih mahu menyapamu
Menganggap yang berlalu tidak perlu disedihkan
Sedaya upaya membuat mu gembira dengan ku

Tapi wahai teman...
Andaian ku jauh tersasar..
Engkau malah mengungkit kata
Membangkit kemarahan mu
Terbukti melalui kata sindiranmu bertalu-talu..

Siapa aku di mata mu wahai teman?
Musuh mu? Kebencian mu?
Mengapa begitu kesat katamu menyapa ku?
Atau itu cara mu bergurau?

Kaku diriku teman...
Ada rasa malu menyelinap dihati
Air mata ini pula jadi saksi
Bahawa aku kini rasa terluka dengan tingkah mu...

Mahu saja ku lari dari persahabatan ini
Mengelak dari mu..Menjauhi dari mu..
Menyembunyikan diri ku...
Menyepikan khabar dari ku..
Bukan kerana permusuhan...
Sekadar menenangkan hati ku yang sedih..

Wahai teman alam maya ku..
Ku titip jutaan mohon maaf..
Andai ini penyelesaiannya...
Ku harap realiti pertemuan kita
Masih mampu mengukir senyuman..
Tanda kita tetap teman dan sahabat...

Terima kasih ya Allah..
Memberikan ku ruang dan peluang
Mengenali seorang sahabat maya ini..
Walau kini hubungan persahabatan
Kian jauh dan kian hambar...
Ku yakin sahabat ini juga pinjaman Mu..
Redha ku hadapi andai kesudahannya begini..

Nota: Ku rakamkan bisikan hati ku pada ruang warna kehidupan maya ini. Sungguh, pada ku lebih baik mencari teman dari mencari musuh. Semoga teman-teman maya ku sentiasa gembira bersama ku kerana aku juga sentiasa berusaha membuat mereka gembira bersahabat dengan ku.


No comments: