♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, February 2, 2011

ROAD BLOCK


ROAD BLOCK : 2.2.2011 (Rabu)

"Stop...stop...stop..." kata seorang polis traffic di jalan utama berhampiran Flying Club.

"Brakkk.." bunyi jatuhan kon jelas kedengaran ditelinga ku.

"Alamak...aku terlanggar kon penanda jalan...mati lah...kena saman..." hatiku tiba-tiba berdebar.

"Berhenti di tepi...depan sikit...ok...break..." kata seorang polis traffic.

Aku memberhentikan kereta ku seperti yang diarahkan. PASRAH...dengan apa jua kejadian yang bakal dihadapi.

"Ada lesen ka ni?" tanya seorang polis traffic yang mengenakan lapisan baju hujan.

"Ada...." jawab ku dengan pantas.

Aku membuka tingkap kereta ku. Hujan renyai-renyai jelas kelihatan ketika itu. Polis traffic yang bertanya sebentar tadi menghampiri ku. Dia mengangakt sedikit lampu suluh agar melihat wajah ku.

"Pasang lampu dalam kereta. Lain kali kalau ada road block kena pasang lampu dalam kereta dan perlahankan kereta. Kamu hampir langgar anggota kami tadi." dia memberi penjelasan dan teguran kepada ku sementara menunggu kad lesen kereta ku.

Syukur, kad lesen kereta sentiasa dalam dompet ku. Segera ku hulurkan kepada polis trafic tadi.

"Maaf Tuan, ini kali pertama saya ikut laluan road block waktu malam." kata ku.

"Lesen kamu ni sudah lama." Kata polic traffic tersebut sambil menyuluh ke arah kad road tax di hadapan cermin kiri kereta ku.

Aku sekadar diam membatu sambil melihat gelagatnya.

"Alamak....sepatutnya lesen ku tidak perlu pelekat P lagi tapi kereta ku masih terlekat 'P'. Matilah kena saman..." hatiku kembali rusing tiba-tiba. Aku berjaya lulus mengambil lesen kereta pada bulan November 2007 lagi di Sekolah Memandu KMK Penampang, Kota kinabalu, Sabah. Namun, aku baru sahaja mula memandu pada bulan Oktober 2010. Oleh itu, sengaja ku biarkan pelekat 'P' sebagai tanda masih baru dalam dunia memandu. Pastinya akan ada saja kelemahan ku alami ketika memandu seperti mati enjin dan tak masuk gear. Maka itu aku memilih untuk berhati-hati dan melekapkan tanda 'P'.

Selesai membelek lesen, polis traffic tadi mengembalikan lesen ku.

"Itu anak kamu? kamu dari mana ni? Kamu balik mana? " Dia bertanya soalan lain sambil memandang dua orang adik ku.

"Tak....ini adik-adik saya. Saya bawa dorang p KFC tadi. Kami balik d SK Merampong" Jawab ku sambil memandang tepat ke wajah anggota traffic tersebut.

Amboi....kenapa jujur sangat jawapan saya hari ini? Apakah disebabkan rasa takut.....huhuhu. Aku tersenyum sendiri mengenangkan jawapan yang paling jujur ku luahkan. Huhuhu.

"Ooo...cikgu ya. Ba....hati-hati memandu cikgu." katanya sebagai tanda mengizinkan aku pergi.

"Ya, terima kasih Tuan." Jawab ku sambil tersenyum gembira. Aku sengaja membahasakan Tuan sebagai tanda hormat ku kepada mereka.

Nota:

Ini kali kedua aku melalui kawasan road block setelah aku melaluinya di simpang jalan Apin-Apin pada pagi hari Sabtu lepas (Tamu Apin-Apin_29.01.2011 (Sabtu). Dan kali kedua pada tarikh ini, 2.2.2011 (Rabu).

Tarikh ini juga (2.2.2011) merupakan tarikh bersejarah yang mana diadakan reunion pertama rakan-rakan PSG di KFC Keningau (Aku, Kak Yatie, Ajahar, Wufey, Farhan, Pilie serta Mejjo, Amar, adik-adik ku : Azwan & Ainul). Sungguh gembira dapat bertemu sahabat-sahabat ku ini. Mereka hanya ku kenali di alam maya, sekaligus bertemu dan menjadi sahabat yang baik. Kemeriahan jua bertambah apabila DJ Wufey memeriahkan segmen "Jangan Tidur Lagi" bersama rakan PSG - Amis, Pilie & Ajahar dari jam 12.00pagi sehingga jam 3.00 pagi yang berkonti dari Kg Bariawa Ulu Keningau.

No comments: