♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, February 16, 2011

HARUS JAWAB APA YA?


HARUS JAWAB APA YA?

Seketika hatiku tersentak
Membaca soalan ringkas
Kiriman si dia yang berhasrat
Ingin menyunting diri ini
Harus jawab apa ya?

Ada senyum yang terlukis di bibir ku
Terasa diri ini sedang dihargai seseorang
Namun...ada pula sekatan rasa jauh di sudut hati ini
Bermain-main dengan sedikit kebimbangan
Mungkin juga ada rasa belum bersedia

Terasa pelayaran hidup ku masih jauh
Tidak terfikir berlabuh ke destinasi persoalan itu
Bimbang tiada perancangan kelak menambah kesukaran
Apatah lagi tergesa-gesa membuat satu keputusan
Walhal ini adalah soal hidup penyatuan dua jiwa
Yang pasti diimpikan untuk kekal bahagia hingga hujung nyawa

Duhai jiwa yang menyapa diri ini
Harus bagaimana memberikan jawapan ya?
Banyak bicara dari hati ini tidak terluah
Andai sembarang saja bicara ku
Bimbang nanti ada hati yang terluka

Dilema aku pada dua jawapan
Antara memberi rasa gembira
Atau memberi rasa kecewa
Atau berdiam diri seketika
Bertafakur mencari jawapan berhikmah
Aduh...harus bagaimana ya???

Semoga diam ku tidak merunsingkan hati mu
Semoga kelu tindakan ku tidak membuat mu bersedih
Semoga sikap selamba ku tidak mengundang rasa negatif
Semoga ada ilham yang hadir memberitahu
Bahawa ada ruang masa yang diperlukan
Mengisi sedikit demi sedikit ruang jawapan kata putus ku nanti
Sebagai jawapan persoalan dan niat murni keikhlasan mu itu


Nota: Terima kasih si dia kerana menghulurkan niat murni buat diri ku yang tidak seberapa. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup ini andai sudah tiba masanya harus menyatu. Semoga dipermudahkan ruang untuk memohon petunjuk-NYA terlebih dahulu. ^_^

No comments: