♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, February 25, 2011

DI GARIS AKHIR KEPUTUSAN


DI GARIS AKHIR KEPUTUSAN

Telefon bimbitku berdering sebelum aku menukar gear untuk memandu kereta ku. Siapa menelefon ni, detik hati ku. Tertera nama ibu ku.

"Hello mak..."

"Bukan...ni saya.." suara garau ayah ku jelas dipendegaran ku.

"Oh....napa pa?"

"Ni ada orang datang dirumah mau bertanya. Dorang mau tau betul-betul. Untuk si..... (nama seseorang di sebut.). Ko ada sudah ka?" Ha....nama itu amat ku kenali, baru terserampak 17 Feb semasa terlibat dengan aktiviti sekolah.

Dia nampak berpersonaliti baik dan menarik juga....tapi...

"Pa...ada sudah kawan saya ni." Pantas saja aku memberikan jawapan.

(Maaflah...segan aku dibuatnya....huhuhu).

Aku bergegas menghidupan enjin keretaku. Aku harus segera ke PPD, menguruskan penghantaran borang permohonan sah jawatan kepada kak Sharmila. Tepat jam 3.00 petang aku selelsai berurusan di PPD.

Masa untuk mengambil sedikit wang untuk membayar bil astro, streamyx dan api. Ketika inilah aku diuji dengan perjalanan yang sesak, mungkin saja sesak disebabkan hari gaji. Sakit kaki kiri ku memijak cluth, pedih terasa. Terasa rugi pula tidak memakai kereta automatik.

Karenah-karenah pemandu pula pelbagai. Aku sempat disapa senyuman seorang gadis bertudung, rupanya itu kaedah dia ingin masuk memotong perjalanan ku. Wah...jika lelaki yang memandangnya, pasti tergoda dengan senyuman manis. Aku kurang pandai bab-bab senyum menawan sekaligus meminta ruang untuk memotong jalan....huhuhu.

Urusan ku selesai di Agro Bank setelah selesai membayar ketiga-tiga bil yang ku bawa bersama. Aku harus menunggu seseorang pula berhampiran parking kereta ku. Dahaga di leher mendorong ku duduk di Nik Ekie Cafe. Segelas jus carrot susu ku pesan apabila lemon tea pink kegemaran ku tiada dalam menu. Tiada stok lemon barangkali.

Sementara menunggu si dia, aku disapa oleh seorang rakan sekolah rendah merangkap saudara bau-bau bacang (M). Dia kelihatan slim walaupun telah melahirkan seorang bayi comel.

Sekitar 4.30 petang si dia datang duduk semeja dengan ku. Kebetulan pula si dia berada hanya di sebelah cafe atas urusan pejabat. Pertemuan kami dpermudahkan. Si dia pula hanya memesan kopi panas. Hanya 3o minit kami berual sebelum masing-masing meneruskan urusan yang lain. Namun mesej perbualannya masih dapat ku baca. Sekali lagi soalan sama dilontarkan kepada ku. Sempat ku persoalkan keseriusannya dan ternyata dia benar-benar serius.

Entah bagaimana, mudah saja tangan ku beraksi sambil melontarkan perkataan... "nanti dulu..".
Itu saja yant terluah. Ada senyum terukir di antara kami.

Sungguh, aku baru saja ingin mengenalinya, masakan dia begitu cepat mahu memiliki diri ini sedangkan dia belum mengenali ku sepenuhnya? Apa yang dilihatnya terhadap diriku? Persoalan itu masih berlegar-legar di minda ku. Namun persoalan itu ku abaikan sahaja tanpa mahu bertanya kepadanya.

Terasa diri kini di garis akhir keputusan. Sama ada memilih untuk berkata "YA" atau "TIDAK". Hurmmm.... aku masih kurang yakin. Tambahan pula, kata seorang teman ku, harus melakukan solat istikharoh memohon petunjuk disamping membuat penilaian terlebih dahulu.

No comments: