♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, January 22, 2011

KIPAS PADI


KIPAS PADI

Kipas padi ini biasa digunakan ketika musim menuai padi di kampung. Seingat ku, semasa sekolah rendah, ayahku pernah menggunakan kipas padi ini untuk memisahkan padi yang berisi dengan padi yang tidak berisi serta daun-daun padi yang masih bercampur dengan padi yang baru lepas dituai dan dihempas pada sejenis alat yang ayah ku panggil 'petepuan' (tempat menghempas padi untuk memisahkan padi dari jeraminya). Kemudian masukan padi dari atas alat Kipas Padi ini dan tenaga untuk menghasilkan angin perlu dilakukan dengan memutar besi ditengah alat ini.

Walaubagaimanapun, perubahan dari masa ke semasa telah menghasilkan alat kipas padi yang lebih canggih dengan menggunakan tenaga enjin untuk memutarkan alat sekaligus meleraikan padi dari jeraminya. Bagi mereka yang mengikuti arus perubahan, pasti kerja-kerja menuai padi semakin mudah dilaksanakan.

Nota: Minggu lepas keluargaku di Kampung Penagatan Ulu baru selesai menuai padi di sawah. Sudah lama aku tidak berkesempatan membantu keluargaku menuai padi di sawah disebabkan kekangan masa dan kesibukan kerja di sekolah ku. Apapun, aku bersyukur kerana disebabkan budaya menanam padi pada setiap tahun, keluarga ku tidak pernah membeli beras di kedai. Keluarga ku hanya bergantung pada hasil tanaman padi pada setiap tahun.

No comments: