♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, January 22, 2011

KIPAS PADI


KIPAS PADI

Kipas padi ini biasa digunakan ketika musim menuai padi di kampung. Seingat ku, semasa sekolah rendah, ayahku pernah menggunakan kipas padi ini untuk memisahkan padi yang berisi dengan padi yang tidak berisi serta daun-daun padi yang masih bercampur dengan padi yang baru lepas dituai dan dihempas pada sejenis alat yang ayah ku panggil 'petepuan' (tempat menghempas padi untuk memisahkan padi dari jeraminya). Kemudian masukan padi dari atas alat Kipas Padi ini dan tenaga untuk menghasilkan angin perlu dilakukan dengan memutar besi ditengah alat ini.

Walaubagaimanapun, perubahan dari masa ke semasa telah menghasilkan alat kipas padi yang lebih canggih dengan menggunakan tenaga enjin untuk memutarkan alat sekaligus meleraikan padi dari jeraminya. Bagi mereka yang mengikuti arus perubahan, pasti kerja-kerja menuai padi semakin mudah dilaksanakan.

Nota: Minggu lepas keluargaku di Kampung Penagatan Ulu baru selesai menuai padi di sawah. Sudah lama aku tidak berkesempatan membantu keluargaku menuai padi di sawah disebabkan kekangan masa dan kesibukan kerja di sekolah ku. Apapun, aku bersyukur kerana disebabkan budaya menanam padi pada setiap tahun, keluarga ku tidak pernah membeli beras di kedai. Keluarga ku hanya bergantung pada hasil tanaman padi pada setiap tahun.

TERUNG PIPIT


TERUNG PIPIT

24.09.2010 (Jumaat)

Pagi itu aku disapa oleh kak Yam mengenai Terung Pipit. Terung Pipit boleh dijadikan sebagai sayur. Untuk pertama kali aku ingin mencuba Terung Pipit ini sebagai sayur, padahal seingat aku, buah Terung Pipit ini adalah bahan permainan ku dulu. Ku petik sebiji demi sebiji dan meniupnya ke udara denga menggunakan mulut. Siapa bertahan meniup lebih lama dan tinggi melambung dari bibir, dia dikira hebat.

Hari demi hari berlalu, aku buntu bagaimana untuk memasaknya sedangkan sudah diberitahu cara memasaknya. Akhirnya aku biarkan seketika Terung Pipit dalam peti sejuk. Hari berganti minggu hingga aku lupa memasak Terung Pipit tersebut. Hasilnya, aku gagal memasknya dan terpaksa membuangnya kerana terung tersebut telah kelihatan hitam.

"Maafkan aku kak Yam, susah-susah diberi percuma, aku pula yang tidak memasaknya" hatiku berbicara sendiri.

♥ SEMOGA BAHAGIA ♥



SEMOGA BAHAGIA

Tiga hari sebelum majlis walimatulurusnya, aku menerima tag jemputan kahwin darinya di FB.

"Wah...cantiknya....tahniah... ^_^" Itu saja ayat yang tertulis sebagai reaksi.

Tapi...perencah rasa dalam perasaan ini macam-macam pula. Yeazaaa....yang pasti masa untuk sahabat ku ini telah tiba. Syukur...alhamdulillah. 22 JANUARI 2011 tarikh keramat yang yang dipilih. Mungkin lafaz sakinahnya pada tarikh sebelumnya. Apapun...jarak yang jauh dan keadaan diri ku yang kurang sihat tidak mengizinkan aku menghadiri undangannya.


"Slm, slmt pgntin baru. Semoga b'bahagia hingga ke akhir hayat. :)" sms ku kirim sebagai pengganti diri.

"Tq ats doay Pah" replynya.

"Sama2. :)" balasku ringkas.

Satu persatu kenanagan bersama sahabat baik ku ini tiba-tiba muncul mengusik. Iskkk...hikhik. Alhamdulillah....majoriti sahabat-sahabat ku ketika belajar di Universiti telah menamatkan zaman bujang kepada hidup berkeluarga. Hidup harus diteruskan lagi....generasi baru pula akan menggantikan usia yang sudah berlalu ini.

Nota: Terasa kemeriahan majlis perkahwinannya apabila aku mendengar lagu "Selamat Pengantin Baru" dari penyanyi Wan ketika sedang memandau kereta ku balik kampung petang tadi. Adik-adik bongsu (Azwan & Ainul) dan rakannya (Azmirul & Firdaus) turut menyanyi bersama dalam kereta. Seolah-olah turut memeriahkan saja. Aku tersenyum sendiri dan pandangan ku bagai menembusi hadapan jalan. ^_^

Thursday, January 20, 2011

SEDIH


SEDIH

Aduhhh...bila sedih datang lagi...
Terasa beban dihati...
Terasa pedih pada hela nafas...
Terasa demam menyerang kepala...
Terasa hilang seketika semangat diri...

Harus dilontar ke mana sedih ini wahai teman?
Harus diluah pada siapa sedih ini?
Harus bagaimana hadapi realiti sedih dalam hidup ini?

Alangkah bahagia kalian tak punya sedih
Ringan bebanan murah senyuman..
Bicara rasional tindakan pula bertenaga

Pada diri ku yang dihambat sedih..
Terasa sesak seketika ruang minda
Terasa dunia lemas pada derai air mata
Dimanakah pintu ketenangan sedih ini?

Sandarkan pada siapa sedih ini?
Kalian tak akan mampu mencabut kesedihan ini...
Kalian tak mampu memberikan ketenangan hati ini
Malah hanya memandang sayu mengasihani diri ku...

Seketika minda ku berfikir pada dunia yang sangat luas...
Tersentak aku pada satu kuasa sang pencipta
Yang mengatur rencana kehidupan manusia
Yang menciptakan pelbagai rasa pada manusia
Hingga lahirnya pelbagai ragam perasaan manusia

Tuesday, January 11, 2011

DULU & KINI


DULU & KINI

Mereka dalam kenangan. Gambar tahun 6 SK Penagatan pada tahun 1994. Berdiri dai belakang: Chin Teck Siew, Normah Karim, Ernawati Rusinin, Maslinah Awang, Asrinah Kasim, Rosdianah, Jalifah Muhamin (efah), Hayati Rahim (Yatie), Jahidin Dahamin, Muhamad Yusuf, Junaidin Amin, Hamirin Mumin, Alexander Nelly & Helson Galiwas. Rakan-rakan lain tidak ikut bergambar, seingat aku kami sekelas dalm 30 orang ketika itu. Wajah-wajah ini sentiasa diingati. Majoriti rakan perempuan sudah bergelar isteri / ibu dan sebahagian rakan lelaki rasanya sudah berumahtangga. Tidak semua khabar mereka ku ketahui.

Teringat pula pertanyaan cikgu sekolah rendah ku, Cikgu Mohamad Din pada tahun lalu (2010) ketika menyapa ku diruang chat FB. "Cikgu tanya jangan marah ya. Bila kau mahu kawen?" Aduh, soalan ini...sungguh aku tak tahu apa jawapan yang terbaik. "Heee...kasi doa jak la cikgu. :-) "


Sahabat ku Yatie ketika bertunang (19.08.2008).




Sahabat ku Yatie sudah kahwin pada 31.12.2010 (Jumaat). Tahniah Yatie...semoga berbahagia dan dirahmati Allah hingga ke akhir hayat. Bergambar bersama pengantin, MATHEW & HAYATI RAHIM serta adik ALMUS BIN TAMBISAN (sepupu Yatie).

Nota: Melihat satu demi satu rakan ku membina rumahtangga. Ada rasa bimbang menyelinap ke ruang hati ku. Dalam rasa rasa gembira, ada rasa sayu dan ada pula rasa bimbang. Macam-macam ada. Kalau dulu, kami adalah rakan sepermainan, meningkat remaja, ada saja cerita-cerita tentang pelajaran dan tak ketinggalan tentang cerita cinta serta kerjaya yang diceburi. Hingga akhirnya kini, mereka menamatkan hidup bujang kepada hidup berkeluarga. Syukur alhamdulillah, jodoh mereka dipermudahkan. Bahagimana dengan diri ini??? Ya Allah, mungkin itu yang membuat hati ku ada rasa sayu dan bimbang. Apapun aku masih berusaha dan menggantungkan harapan pada sang pencipta.

♥ "Dalam DOA ku bersimpuh PASRAH. Memohon datangnya JAWAPAN kepada Maha PEMBERI HIDAYAH. Bila JAWAPAN itu masih TERGANTUNG di langit, maka turunkanlah. Bila jawapan itu masih TERPENDAM di perut bumi, maka keluarkanlah. Bila JAWAPAN itu SULIT ku TERIMA, maka MUDAHKANLAH. Bila jawapan itu masih JAUH, maka DEKATKANLAH." ♥ ^_^

Saturday, January 1, 2011

6 JAWAPAN


6 JAWAPAN

(1) Siapakah nama anda yang sebenar?

- Nama sebenar adalah JALIFAH BINTI MUHAMIN.
- Nama ini diberikan oleh pakcik Tambisan yang telah kembali ke rahmatullah.
- Mak saya pernah kata, nak bagi nama 'Siti Jalifahwati' tapi bapa saya kata, perkataan 'wati' tak bagus. Nama saya dikekalkan kepada 'Jalifah' sahaja.

(2) Pernah tak anda jatuh cinta? (ceritakan sikit)

- Jatuh cinta? Sungguh cinta ini sangat luas...cinta pada diri, cinta ibu bapa, cinta keluarga, cinta sahabat dan yang paling penting mencintai Allah dan kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w.
- Apapun bila menyebut cinta....sering saja difokuskan pada cinta insan terhadap insan yang lain. Pertama kali saya merasakan cinta pada seseorang ketika di sekolah rendah. (Iskk...itu cinta kanak2 barangkali...sekadar suka2..tiada luahan.)
- Zaman sekolah menengah pula berbeza, saya bertemu dengan insan yang meluahkan rasa suka/cinta, tapi tiada kesudahan. Sama juga kisahnya hingga di universiti.
- Dan kini saya belajar....CINTA... tidak lah seindah yang disangka. Malah cinta sering datang menguji diri. Benarlah lirik lagu UNIC (Keroncong Kasih Sayang) ni: Jangan mudah melafaz kasih, Kasih itu pada siapa? Jangan mudah melafaz sayang, Sayang itu untuk siapa Jangan mudah melafaz cinta, Cinta itu pada yang Esa. Cintakan bunga, bunga kan layu. Cintaka manusia kan pergi.

(3) Apakah yang anda cintai buat pertama kalinya?

- Apa yang saya cintai pertam kalinya? Rasanya, saya sangat cintakan ibu saya sejak kecil. Ibu bagaikan malaikat buat saya. Jarang sekali menyakiti saya sejak kecil kecuali saya bersalah. Malah mendidik saya dengan kata-kata lembut. Tiada paksaan, hanya pujukan selembut kata-kata rasional. Ibu tak memanjakan saya malah mengajar saya lebih berdikari dan berfikir panjang. "Sayang mama.." (TQ Allah...atas kurniaan seorang ibu yang baik.)

(4) Sukakah anda dengan kelebihan yang ada pada diri? (nyatakan kenapa?)

- Suka dan sangat bersyukur dengan apa yang ada. Hanya kelebihan dalam diri ini sahaja yang membawa diri saya sentiasa bersyukur dan yakin dengan kurniaan Tuhan. (Apa kelebihan saya ya? Mungkin apa yang anda nampak, itu saja kelebihan saya.)

(5) Pernah tak anda menangis dalam kesedihan? Apa yang anda lakukan?

- Pernah. Hidup ni tak lengkap tanpa merasai kesedihan. Dari rasa sedih itu ada saja yang kita fahami dan pelajari. Bila terlalu sedih, saya kembalikan segala rasa ini pada sang PENCIPTA. Sungguh segala rasa ini hadir daripada-NYA....perasaan kurniaa-NYA. Selain itu, saya kongsikan masalah dengan sahabat baik dan ibu saya. Saya selalu yakin kalau doa seorang ibu itu makbul.

(6) Sekiranya anda dalam kegembiraan, apakah yang anda akan ingat untuk ucapkan?

- "Syukur alhamdulillah ya Allah".
- Sungguh sesuatu yang mengembirakan itu juga adalah kurniaan Allah.
- Terima kasih juga buat insan-insan di sekitar saya yang terlibat secara langsung atau tidak hingga membuatkan saya memiliki rasa gembira.


Nota: Terima kasih buat sahabat saya, Jumadil Haruna / http://gen2merah.blogspot.com/ kerana sudi tag saya untuk soalan2 ini. Sesekali kita bertanya pada bisikan hati yang terdalam apa jawapan jujur yang terdetik. Hehehe.. ^_^