♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, August 27, 2010

BERTURUT-TURUT PERGI


BERTURUT-TURUT PERGI


Bunyi telefon bimbit ku memberi isyarat kehadiran mesej.

"Salam....mentua si Didi meninggal jam 8 pagi tadi" demikian mesej dari kakak ku Juhasia pada 25.08.2010 (Rabu).

Hati ku jadi hiba membacanya. "Mungkin sudah lama sakit, sudah masanya ia pergi." hati ku berbisik.

"Inalillahi waina ilaihi rajiun...Al-Fatihah. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali." Aku cuba meletakkan ruang kesedihanku pada garis sabar dan rasional.

Selang sehari, sekali lagi aku menerima mesej dari kakak ku Juhasia selepas sahur, namun selepas selesai mengajar di kelas 5B (sekitar jam 9.30pagi) barulah aku membacanya.

"Salam Ipa. Bini si Didi meninggal kemarin" (26.08.2010-Khamis).

"Apa....mesej ini SALAH TAIP barangkali. Yang meninggal mentua adik...bukan bini adik." Hatiku kurang berpuas hati. Dalam debaran...aku segera menghubungi telefon kakak ku. Huhh...hampa...kakak ku siuk mengajar dikelas. Sia-sia aku menelefon...suara ku dikatakan tidak jelas. "Hantar mesej jak la" kata kak Juhasia. "Mesej....aduh...pasti lambat sedikit....dia kan lagi sibuk mengajar." aku merintih sendirian.

Tak putus asa, aku menghubungi ayah ku yang kebetulan sudah berada di Beaufort bersama ibu ku, rakan ibu ku dan abang ipar ku (suami kak Juhasia). Namun...pangilan langsung tak bersambut.
"Aduhhh......kenapa bapa tak angkat call ni?" aku kecewa lagi.

"Tak apa....call mama pula" aku masih tak putus asa.

Syukur...telefon dihujung sana bersambut. Kedengaran suara mama menjawab salam dalam keadaan serius. Tapi mama memang macam tu...selalu serius bila bercakap di talian.

"Mak, betulkah bini si Didi (Jue) meninggal?" Aku segera meminta penjelasan.

"Iya. Selang satu hari saja lepas bapa dia meninggal. Mungkin dia (Jue) terlalu sedih. Tambah lagi dia memang selalu sakit-sakit." Demikian mama memberi pejelasan.

Selepas menamatkan perbualan. Aku duduk seketika ditangga bilik guru. Aduh....terasa berubah sekelip mata perasaan dihati. Sebak teramat. Ada titisan air mata, hiba...sayu...sedih...dan TAKUT. Orang-orang yang hampir dengan ku sudah dipanggil Allah. Aku takut ada antara keluarga kami selepas ini dipanggil.

"Astagfirullah....Astagfirullah....Astagfirullah... Ya Allah...ujian apakah ini? Ujian apakah ini ya Allah? Kasihan adik ku Asmadi....bagaimana mungkin dia menerima sekali lagi kesedihan orang-orang yang hampir dengannya. Ayah mentua mungkin boleh bersabar....ini...isteri tercinta. Kasihan puteri kecilnya yang baru berusia beberapa bulan.....kehilangan kasih sayang ibunya."


"Jenazah isteri si Didi dikebumikan selepas Solat Jumaat ni. (27.08.2010)" Itu info terakhir ku terima dari kakak ku.


"Maafkan saya Jue....tak sempat meminta maaf kalau-kalau ada tersilap dan tersalah selama bersama dengan kamu. Zahirnya salah dan silap saya tak nampak, tapi pernah singgah kata-kata di hati memperkecilkan mu disebabkan rasa sakit yang sering kamu alami dan kadangkala tanggungjawab memasak, menjaga anak serta mencari rezeki dilakukan oleh suamimu (adik ku). Maafkan saya Jue....maafkan saya." Ada kekesalan bermain di minda ku. Kesal tak sempat berbicara dan bersua muka dengan Jue buat kali terakhir.


"Astagfirullah. Ya...Allah...tiada kesempatan untuk ku memohon maaf pada mereka. Maafkan saya ya Allah..."



Niatku untuk mengajak teman-teman ku mendoakan arwah moga tenang di alam sana. Maka aku mencoret sesuatu diruang FB:


Jalifah Azliza Azlan Astagfirullahalazim...Ujian apakah ini wahai Tuhan? Kenapa dicabut nyawa itu berturut2? Terasa sangat lemah mendengar khabar ini. Ya Allah...berilah KETABAHAN dan KEKUATAN kepada adik lelaki ku yang telah kehilangan ayah mentua dan isteri tercinta. AL-FATIHAH. :'(


Jalifah Azliza Azlan Inalillahi hi wa ina ilaihi rajiun. Daripada Allah kita DATANG. Dan kepada Allah kita KEMBALI.


Jalifah Azliza Azlan Menanti kemeriahan Aidilfiti bersama mereka yang hanya sekali sekala bertemu....namun janji panggilannya sudah sampai....di bulan Ramadhan ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Pada tanah merah perkuburan itu....insyaAllah bakal ku kunjungi andai diberi kesempatan oleh-Nya. :'(


Suci Salsabila Mohd Salleh
Innalillahi wa inna illaihirraaji'uun..Semoga tabah menghadapi dugaan ini.. Ketahuilah bahawa setiap yang lahir pasti akan kembali kepangkuanNya jua.. Hadapilah ia dengan tenang dan tabah.. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang y...ang beriman.. kitab amalannya di buka dengan cahaya kebajikan.. dan catatan khilafnya di kafarah oleh pemadam maghfirah.. Ameen..


Jalifah Azliza Azlan
Suci: Terima kasih Suci. Kata2 kamu selalu buat saya tenang dan rasional, terpadam seketika rasa hati yg sangat duka. Amin.....insyaAllah.

Sahira_Fazana: Sy selalu dengar sakit itu ini...tak pasti yang mana kebenarannya...mungkin itu peta...nda Allah mengingatkan risiko sakit yang sangat dekat dengan kematian. Terima kasih kerana sudi bersama2 mendoakan.

Ashrafi_Ippie: Terima kasih.


Suci Salsabila Mohd Salleh sekurang-kurangnya pemergian mereka di Ramadhan yang mulia..

2 comments:

Rafi Harumin said...

jangan putus berdoa.. semoga roh mereka dalam lindungan ALLAH..

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

InsyaAllah...makasih Mr Asha... :)