♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, August 10, 2010

TAK DAYA...


TAK DAYA...


26 Julai 2010 (Selasa) : 9.20-10.20 pagi


Aku segera mempercepatkan langkah menuju ke kelas 4A untuk giliran mengajar subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK). Seperi biasa, selepas murid memberi salam, aku akan mengembalikan buku latihan mereka. Siapa yang menghantar latihan akan duduk. Manakala yang gagal menghantar latihan akan didenda sebanyak tiga rotan pada tapak tangan. Denda tersebut diingatkan lebih awal sebelunm dilaksanakan.


Bagi murid yang punya kesungguhan, pasti mereka akan menghantar latihan yang diberi. Tambahan pula aku sering memberikan jawapan pada latihan yang agak sukar dijawab dan murid nhanya akan menyalin latihan beserta jawapan yang ku tulis di papan putih. Apapun aku bangga dengan semua murid di kelas 4A kerana majoriti mereka akan menghantar latihan yang diberi jika dibandingkan dengan kelas 4B.


Minggu sebelum p&p ku ini seorang murid perempuan yang duduk paling belakang berdiri dan mengangkat tangan.


"Cikgu, kenapa cikgu bagi latihan banyak sangat?" kata Sha (bukan nama sebenar).


"Supaya kamu cepat pandai dan tulisan cantik." ringkas jawab ku.


Sebenarnya mata pelajaran PSK mempunyai 6 tema dan terdiri dari tajuk-tajuk kecil yang memerlukan banyak latihan. Setelah dirancang tempoh masa menghabiskan pengajaran kesemua tajuk tersebut, aku mengambil keputusan setiap dua masa (1 jam) aku mengajar PSK, aku akan mengambil dua tajuk kecil agar P&P tersebut dapat dihabiskan sehingga hujung tahun.


Seperti biasa P&P ku berjalan dengan baik. Kupon makan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) kadang kala menjadi peneguhan kepada murid ku. Sesiapa murid yang sudah menghantar latihan, akan kuberikan kupon makan yang kebetulan diberi oleh tukang masak RMT sebelum rehat persekolahan. Manakala yang tidak menghantar latihan, kupon makan masih dalam simpanan ku. Maka berlumba-lumbalah anak-anak murid ku menyiapkan latihan.


Dalam kesibukan melayan karenah murid ku, aku dikejutkan dengan suara garang dari murid ku, Sha.


"Oiiii...jangan lindung ba...tidak nampak." Suara Sha agak marah disebabkan pengelihatannya terlindung untuk menyalin latihan di papan putih.


Seketika keadaan menjadi reda dan berlalu begitu sahaja. Aku pula sibuk mengumpulkan latihan yang sudah disiapkan oleh berapa orang murid di kelas 4A. Pandangan ku tiba-tiba terarah pada Sha. Sha sudah berada di meja hadapan kelas, menolak kepala seorang murid lelaki yang mungkin menghalang pandangannya. Aku segera berdiri meleraikan perselisihan mereka. Cuma cebikan kecil di antara mereka ku dengar, cebikan yang biasa dibuat ketika saling berselisih di antara murid-murid ku. Aku kembali meneruskan kerja ku apabila Sha sudah berada di meja paling belakang, kedudukan mejanya.


"Saya cucuk ko pakai ni..." jeritan Sha amat kuat sambil mengangkat pen ke arah seorang murid lelaki. Sambil itu, rakan semejanya cuba menahannya. Aku segera mengatur langkah ke arah Sha.


"Keapa ni? Sabar...sabar..." kata ku ke arah Sha sambil mengurut-urut belakangnya.


"Duduk...duduk..." aku mengarahkan Sha duduk. Namun badan Sha semakin keras dan agak sukar ku kawal. Ketiggian Sha hampir sama dengan ku. Kalau sikap marah menguasainya, rasanya aku TAK DAYA mengawalnya lagi. Memang benar tekaan ku, Sha beranjak satu langkah ke hadapan menuju ke arah murid lelaki yang dimarahinya. Aku segera memegang tangan Sha.


"Panggil guru disiplin." aku memgeluarkan kata-kata arahan. Dua orang murid lelaki segera memanggil guru disiplin. Bebeapa minit kemudian, guru disiplin datang memanggil Sha dan murid lelaki tersebut ke bilik guru. Aku cuma memerhatikan langkah mereka keluar dan meneruskan semula pembelajaran.


Jauh disudut hati ku, aku kesal melibatkan guru disiplin kerana pastinya nama Sha dan murid lelaki tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai murid yang bermasalah disiplin. Apapun aku tiada pilihan lain andai keadaan sudah tidak terkawal. Semoga peristiwa ini tidak berulang lagi. Aku juga mengharapkan agar Sha mempunyai perubahan sikap yang lebih positif di masa akan datang.

No comments: