SUNGKAI 1 RAMADHAN 1431 / 11.08.2010 (Rabu)
Sebelum tiba 1 Ramadhan, aku sudah mengingatkan dua orang adik ku agar bersedia menunaikan ibadah puasa.
"Nanti 11 hb ni kita puasa ya. Kakak Ipa tidak masak lagi waktu siang. Jadi tiada makan siang. Kita makan waktu malam saja. Boleh ka??" aku memberi persoalan kepada dua orang adik bongsu ku yang tinggal bersama ku di rumah guru.
Adik bongsu ku Ainul Badriyah (7 tahun) mengangguk faham. Adik lelaki ku Azwan Shahnizam (9 tahun) masih dengan gaya mengigit sesuatu benda.
"Nanti kalau puasa, tidak boleh bersihkan telinga guna putik kapas. Lepas buka puasa baru kasi bersih telinga. Tidak boleh gigit benda dalam mulut juga." Aku berkata sambil memerhatikan gelagat adik lelaki ku. Adik lelaki ku segera mengalihkan benda yang digigit ke dalam mulut sebentar tadi sambil tersenyum-senyum.
10 Ogos 2010 (Selasa) jam 7.15 malam, aku meghayunkan langkah menjejaki adik-adik ku yang pergi surau untuk megaji. Niat ku untuk menunaikan Solat Tarawih yang pertama. Syukur semuanya berjalan lancar dan adik-adik ku menurut arahan ku untuk turut sama-sama menunaikan Solat Tarawih.
Keesokan paginya sekitar jam 4.00 pagi, aku dikejutkan dengan jam lonceng diikuti oleh 'alarm clock' dari kedua-dua handset ku. Aku segera bangun memanaskan baki lauk yang di masak sekitar jam 10 malam. Sepatutnya lauk tersebut untuk makan malam kami namun disebabkan agak lewat memasak, adik-adik ku sudah dibuai dengan tidur yang lena. Susu suam, kismis serta spirulina juga aku sediakan buat tambahan sahur adik-adik ku.
Alhamdulillah puasa kami 3 beradik berjalan dengan baik-baik saja. Petang selepas adik ku balik dari sekolah agama, mereka kelihatan agak lemah. Sebelum mereka ke sekolah agama tadi sering juga aku ingatkan agar kurangkan bermain dan berlari agar tidak penat dan berasa haus.
"Panas badan saya" kata adik bongsu ku.
"Bila kita boleh makan?" soalnya pula.
"Kejap lagi, jam 6.31 petang. Tengok jam tu." Aku mengarahkan pengelihatan ku kerah jam dinding yang tepat menunjukkan jam 5.00 petang.
Tanpa membuang masa aku segera bergegas ke dapur. Buat pertama kali aku akan menyediakan makanan sungkai (berbuka puasa). Tiada apa yang istimewa. Aku cuma menggoreng nasi, menumis sayunr kacang buncis / kacang pendek serta menggoreng ayam masak merah. Mujur pagi tadi ada rakan sekerja menjual rambutan, maka bolehlah jadi hidangan berbuka bersama buah kurma dan air jus perisa oren. Menyedapkan rasa, aku membuat sedikit sambal air asam limau kasturi yang dicampur cili padi dan kicap manis.
Hidangan yang ala kadar dan cukup untuk purut merasa kenyang. Syukur alhamdulillah.
"Apa menu esok pula ya?" minda ku mula berangan-angan pula. Yang pasti minum air kelapa muda yang baru diminta dari Pak Cik Alaudin (tukang kebun skolah) yang kebetulan sedang mengambil buah kelapa di kawasan sekolah pagi tadi.
No comments:
Post a Comment