LAGENDA SUNAN GUNUNG JATI
Drama: Sunan Gunung Jati & Puteri Ong Tien
Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah) merupakan seorang pendakwah yang selalu menjelajahi pelbagai lokasi untuk menyebarkan agama Islam. Suatu hari, ia tiba di negara China. Disamping berdakwah, Sunan juga mempunyai kelebihan dapat mengubati penyakit yang dihadap oleh orang lain. Kelebihannya tersebar hingga ke pendengaran Raja China.
Suatu hari, Sunan di panggil ke istana dan diminta untuk meneka siapakah diantara dua gadis (Puteri Oang Tien dan seorang dayang yang sedang mengandung). Tekaan Sunan terhadap Puteri Ong Tien yang diteka mengandung ternyata jawapan yang salah. Sunan diperlekehkan oleh orang Istana yang iri hati.
Namun Allah maha besar, tekaan Sunan menjadi kenyataan. Puteri Ong Tien yang tidak mengandung kini benar-benar mengandung. Suasana menjadi kelam kabut apabila Puteri Ong Tien jatuh pengsan kerana terkejut. Berkat doa Sunan, Puteri Ong Tien dikembalikan kepada keadaan asal (tidak mengandung). Namun keajaiban yang dilakukan oleh Suan itu dianggap sihir. Sunan dituduh seorang ahli sihir dan diusir keluar dari negara China atau dibunuh.
Demi mengelakkan pertumpahan darah, Sunan berbincang dengan cara baik. Sunan berjanji menepati janji Raja China untuk meninggalkan negara China kembali ke tanah kelahirannya, Jawa. Segalanya selesai disitu, tetapi ada yang tidak selesai bagi Puteri Ong Tien (anakanda Raja China). Puteri Ong Tien sebenarnya telah jatuh cinta dengan ketinggian dan ketulusan budi pekerti Sunan.
“Aku mahu selalu dekat dengan kamu” tambah Puteri Ong Tien. Dalam diam Puteri Ong Tien sudah sebenarnya sudah memeluk agama islam melalui Sunan. Puteri Ong Tien juga memakai jilbab setelah memeluk agama islam atas nasihat Sunan terhadap aurat seorang wanita.
“Sebagai manusia, kita hanya boleh merencana, tetapi Allah yang mengatur segalanya.” Sunan menjawab dengan penyerahan penuh kepada Allah swt.
“Jangan pergi dari sini” rayu Puteri Ong Tien ketika Sunan ingin menaiki perahu untuk belayar pulang ke Tanah Jawa.
“Kalau aku tetap tinggal di sini, aku takut berlaku pertumpahan darah” kata Sunan.
“Di mana aku boleh cari kamu kalau aku ke Tanah Jawa?” Puteri Ong Tien segera mendapatkan maklumat.
“Pergilah ke kampung Caruban dan carilah Sekolah Agama Gunung Jati” Sunan menjawab dengan ikhlas.
Beberapa hari selepas kepergian Sunan, Puteri Ong Tien meminta izin ayahandanya untuk berjumpa dengan Sunan di Tanah Jawa. Namun, ayahandanya tidak membenarkan kerana Tanah Jawa terlalu jauh. Tambahan pula, ayanandanya beranggapan besar kemungkinan Puteri Ong Tien belum tentu dapat bertemu dengan Sunan.
Bagi pihak Puteri Ong Tien pula, ia terlalu yakin akan dapat menemui Sunan. Akibat halangan daripada ayahandanya, Puteri Ong Tien mengugut untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut sekiranya ayahandanya tetap menghalang niatnya. Atas rasa sayang yang melimpah ruah, ayahnya menuruti kemahuan puterinya. Keesokan harinya, Puteri Ong Tien dihantar sendiri oleh ayahnya ke pelabuhan kapal.
“Asal kamu bahagia, papa juga akan bahagia. Jaga diri kamu baik-baik” kalimat ikhlas ayah buat anak terluah juga.
“Aku tentu akan kembali untuk bertemu dengan kamu” Puteri Ong Tien memberikan harapan buat ayahnya.
Cinta Puteri Ong Tien terhadap Sunan begitu kuat sehingga ia sanggup merentasi lautan demi mencari Sunan di Sekolah Agama Gunung Jati, tanah Jawa. Perjalanan Puteri Ong Tien yang jauh merentasi lautan akhirnya sampai juga ke destinasi. Dia segera bertanya kepada seorang penduduk mengenai kedudukan Sekolah Agama Gunung Jati. Tanpa banyak rintangan, Puteri Ong Tien akhirnya sampai ke Sekolah Agama Gunung Jati. Kebetulan Sunan dan ibunya sedang berbual diberanda sekolah. Puteri Ong Tien memberi salam dan segera naik menemui Sunan dan ibunya.
“Subahanallah…” kehadiran Puteri Ong Tien membuatkan Sunan tersenyum gembira.
“Jangan tinggalkan aku lagi. Aku tak boleh hidup tanpa kamu” rintih Puteri Ong Tien sambil sujud di kaki Sunan.
“Aku telah menyeberangi lautan untuk mendapatkan cinta kamu” kata Puteri Ong Tien.
Sunan tersenyum. “Aku juga menyintai kamu. Sekarang, aku sudah siap untuk menikah” kata Sunan.
Syukur, akhirnya Sunan dan Puteri Ong Tien bahagia menjadi pasangan suami isteri. Namun perjuangan Sunan menyebarkan agama Islam masih diteruskan walaupun isterinya sarat mengandung. Isterinya terlalu sedih dengan kepergian Sunan untuk berdakwah hingga mempersoalkan rasa cinta Sunan terhadap dirinya.
“Aku sangat menyintai kamu. Tapi cinta ku pada kamu tidak boleh lebih dari cinta ku pada Allah.” Sunan memberikan penjelasan agar isterinya memahami konsep cinta dalam kehidupannya.
“Aku mesti terus sebarkan ajaran Islam di negara ini” Sunan berharap isterinya dapat memahami situasinya. Isterinya hanya mampu menatap wajah Sunan dengan perasaan sedih.
“Jaga diri kamu baik-baik dan jangan tinggalkan solat” demikian nasihat terakhir Sunan buat isteri tercinta sebelum meneruskan pelayarannya. Pelayaran berupa perjuangan dan pengorbanan demi agama dan cinta pada Allah.
REFLEKSI KU_29.06.2010 (Selasa) :
Kali pertama aku menonton drama ini di TV 3 pada bulan Disember 2009. Kali kedua aku menonton sekali lagi di TV 3 pada 20.06.2010 (Sabtu). Entah kenapa menonton drama ini amat menarki perhatian ku. Mungkin disebabkan pengertian cinta yang sederhana terhadap manusia berbanding cinta pada Tuhan itu telah menjentik minda ku. Tanpa sedar drama dari negara Indonesia ini telah berjaya membuatkan aku mempelajari sesuatu tentang CINTA dari dua sudut yang berbeza. Cinta paling utama hanya pada Allah dan cinta sesama manusia adalah kemudian.
Selama hidup 28 tahun, aku sebenarnaya agak kabur dengan makna cinta malah pernah tersalah tafsir, bahawa cinta sesama manusia begitu besar pengarunya terhadap kehidupan ku. Syukur, berkat ujian-Nya terhadap cinta ku sesama manusia yang pernah gagal, aku telah belajar untuk menilai cinta yang kekal abadi. Malah DIA (Allah) adalah penentu segala yang berlaku dilangit dan manusia cuma berupaya merencana di bumi Tuhan.
Ada sesuatu yang ku pelajari dari drama ini. Semoga refleksi ku ini dapat dimanfaatkan bersama.