♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, September 24, 2010

RADIO ONLINE ISLAM PERTAMA DI SABAH



RADIO ONLINE ISLAM PERTAMA DI SABAH

Pelancaran Radio Online CAHAYA FM Islam Pertama Di Sabah & Rumah Terbuka Aidilfitri_25.09.2010 (Sabtu)_Jam 1.00petag_Kg Paka 2 Ranau. Disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabah.


Wajah-wajah DJ yang sempat saya kenali suaranya semasa on air. ^_^

Tahniah kepada warga kerja Cahaya FM. Semoga majlisnya berjalan lancar. Semoga ikatan ukhuwah dieratkan lagi melalui majlis sambutan Aidilfitri seperti ini. Saya tumpang gembira di atas kejayaan ini. :)

Dengan rasminya juga saya meletakkan link radio Cahaya Fm di ruangan blog saya. Semoga bermanfaat buat diri saya dan buat pendengar-pendengar yang datang berkunjung.

Pada teman-teman....bolehlah meminta lagu dengan menekan laman http://cahayafm.net/permintaan/
Contoh ruangan permintaan :

Nama:
JALIFAH MUHAMIN
Butiran:
Online Dari:Keningau, Sabah.
Tajuk Lagu:Lebaran ini
Penyanyi: Raihan ft Nowseeheart
Ditujukan Buat: Semua warga kerja Cahaya FM dan pendegar Cahaya FM.
Ucapan:Salam maju jaya buat warga Cahaya FM......semoga majlisnya berjalan lancar. Salam lebaran......wah...mesti seronok dapat makan kuih raya ramai-ramai. Saya tumpang bangga diatas kejayaan pelancaran ini. Tahniah...tahniah. :)


















'Adress' blog Cahaya FM juga boleh di access di alamat berikut:







Wednesday, September 22, 2010

SOAL HATI


SOAL HATI

Apabila berbicara soal hati, Rasulullah pernah menyebut bahawa dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu, maka baik pula manusia itu.

Sebaliknya jika daging itu buruk dan busuk, maka kualiti orang itu sudah tentulah jatuh ke tahap rendah dan hina.

Hati adalah cermin kepada segala perbuatan. Apa-apa sahaja yang kita lakukan, semua itu berpunca daripada hati. Jika hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya jika perbuatannya kelihatan baik, belum tentu hatinya baik.

Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap persekitaran. Hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup seperti firman Allah dalam surah al-Israa : 72 yang bermaksud,
"Dan sesiapa yang di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya."

Dimanakah kita 'letak' hati kita? Hanya kita yang mampu menjawabnya!

Sumber: Hadis & Falsafah_Majalah NUR_m/s 98_Oktober 2008

Tuesday, September 21, 2010

BERAT YANG MERESAHKAN


BERAT YANG MERESAHKAN

Alangkah berat ruang kepala ini
Dek terpanah oleh kata-kata itu
Seolah-oleh terputus silaturahim
Kerana kemaafan tidak menjamin lagi

Mengapa harus begitu ???
Walhal....kesalahan jelas berpihak pada ku
'careless'...lalai....beraja pada minda ku
'singkat otak' dilabel oleh si dia

Berat....
ada rasa amat berat pada minda yang kaku
Dibius sejuta rasa serba salah
Bagai diri dilontar jauh dari dunia perdamaian..
Sebak pula merenjis rasa hiba....

Berat......berat yang meresahkan.......
Terasa hidup tak bermakna seketika...
Apakah ini dugaan mu wahai Tuhan...
Setelah sekian lama aku damai dan tak bermasalah??

Astagfirullahalazim........
Tolong aku ya Allah...
Letakkan minda ku pada rasa TENANG
Lindungi aku dari rasa berputus asa
Berikan aku hidayah petunjuk MU....


Nota: 21.09.2010 (Selasa)

Hari ke-dua aku merasa TAK TENANG melalui HIDUP ini. Walhal siang tadi aku baru sahaja membentangkan nota power point bertajuk "Pengurusan Stress" di bilik guru. Terasa alangkah DAMAI KEMATIAN itu...jauh dari KRISIS dan PERBALAHAN. Sungguh aku TAK SENGAJA...aku LALAI dan TERLUPA. Tolong MAAFKAN aku saudara ku. Tapi ikrar TAK MEMAAFKAN dari mu buat diri diawang-awangan. Andai kemaafan itu langsung tak bermakna bagi mu saudara.... terasa tak bermakna hidup ini. Seolah-olah aku ingin selalu BERDOA segera dicabut ROH ini...kerana rasa yang sangat memberatkan dan mersahkan ini. Adakah ini juga dikatakan singkat OTAK?? Baiklah...maafkan aku....kerana aku juga insan biasa yang tak pernah lekang dari KESILAPAN. Aku tak kan melalukan perkara yang bercanggah dengan larangan ALLAH....aku hanya perlu BESABAR menunggu JANJI sang PENCIPTA untuk menjemput ku nanti. Semoga MATI ku dalam keadaan yang baik-baik saja dan andai sudah sampai janji-NYA tolonglah MAAFKAN aku SEIKHLAS HATI mu wahai saudara ku. :'(


Saturday, September 18, 2010

SEMERAH STRAWBERI


SEMERAH STRAWBERI

Semerah strawberi
Merah warnanya...
diserikan bintik kecil
hanya sebesar jari-jari ku...

Semerah Strawberi
Merah warnanya...
Diserikan warna hijau
pada kelopak tangkainya

Semerah Strawberi
Merah warnanya...
Istimewa buat diri ku
Dari sahabat berhati baik
Mariani namanya...

Semerah Strawberi
merah warnanya..
Lafaz bismillah menjamahnya...
Lafaz terima kasih penutupnya...
Diiring senyum mekar menerima rezeki

Semerah strawberi
Merah warnanya..
Memahat memori indah
Kenangan manis bersama sahabat ku ini.

Nota: Terima kasih buat sahabat ku Mariani Maria Annie yang sudi membawa buah strawberi yang segar. Dibeli di pekan Kundasang dengan Harga RM15.00 satu bungkus. Hurmmm...agak mahal juga harganya. Kali pertama aku dapat menjamah buah strawberi dalam kuantiti yang agak banyak. :)

Friday, September 17, 2010

MERDEKA & HARI MALAYSIA 2010



MERDEKA & HARI MALAYSIA 2010

Salam Merdeka : 31 OGOS 1957

"Salam KEMERDEKAAN ke-53 buat semua warga Malasia. 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI. Syukur...kita di negara aman makmur. Merdeka....Merdeka...Merdeka. Salam ingatan doa Al-Fatihah buat pejuang2 bermandikan darah membela negara kita 53 tahun lalu. Kami anak merdeka sentiasa berusaha mengekalkan sejarah perjuangan ini." :)

Salam Hari Malaysia : 16 SEPTEMBER 1963

“Selamat Menyambut Hari Malaysia 2010. (Sambutan besar-besaran buat kali pertama diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.) Semoga Malaysia aman, makmur, harmoni dan memiliki ekonomi yang sentiasa stabil.” :)

Sejarah Hari Malaysia

16 September 1963 – Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia kali pertama (2010)

Buat pertama kali kerajaan mengiktiraf Sambutan Hari Malaysia sebagai sambu

tan peringkat Kebangsaan (cuti umum kebangsaan). Dengan pengiktirafan ini, bermakna pada tahun-tahun akan datang semangat nasionalisme dan sentimen positif rakyat bukan hanya dilahirkan pada 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September setiap tahun. Pada tahun ini (2010) juga, negeri Sabah sangat bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah pertama untuk Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan ini.


Thursday, September 16, 2010

DOA TERDENGAR GURUH


DOA TERDENGAR GURUH

16.09.2010 (Khamis) : 9.00 malam / 7 Syawal 1431

Hujan turun dengan lebat ketika aku baru selesai menunaikan solat Isyak. Syukur aku sempat mengangkat pakaian di ampaian luar. Dan syukur juga perjalanan beraya di rumah teman ke Sue (Kg Buluh Silou) dipermudahkan apabila bertemu dengan sahabat ku Estee, Zura dan Norhayati dari Kg Tudan Baru yang kebetulan juga berada di rumah sahabat ku ini.

Hujan renyai-renyai turun perlahan-lahan. Beberapa minit kemudian diikuti kilat dan bunyi guruh yang amat kuat.

"Apabila GURUH berteriak, KILAT memanah di sana sini dan HUJAN menyirami tanah, ada rasa TAKUT dan BIMBANG tak sudah. Rumah papan kecik tempat berlindung ini mudah benar TERASA kejadian persekitaran di luar sana. "Ya Allah....selamatkan kami adik beradik dan teman dari bahaya litar pintas". Hatiku berbicara.

Dalam ketakutan rasa, ku kongsikan jua di ruang FB. Ada hikmahnya kerana sahabat ku Suci telah mengajarkan aku mengenai doa apabila terdengar bunyi guruh melalui link:


"Semoga dilindungi ALLAH hendaknya.. teruskan berdoa:

Ya ALLAH.. turunkanlah hujan yang berguna.. Maha Suci ALLAH yang mana guruh bertasbih dengan kepujianNya, dan malaikat juga bertasbih kerana takut kepadaNya.. Ameen."

Terima kasih buat Suci yang tak jemu berkongsi ilmu. Semoga bermanfaat buat kita semua. :)

Monday, September 13, 2010

ARWAH KIKI @ ZULKARNAIN DALAM KENANGAN


ARWAH KIKI @ ZULKARNAIN DALAM KENANGAN

Dia dipanggil Kiki, kalau tak silap nama sebenar adalah Zulkarnain bin Francis @ Abdullah. Dia anak kelahiran Kg Penagatan Ulu, Keningau, Sabah. Dia membesar bersama ibunya dan pernah bernaung di rumah anak yatim Tambunan setelah ayahnya meninggal dunia. Dia...anak sulung dalam adik beradiknya. Hidup dewasa telah membawa langkahnya menyeberangi laut China Selatan. Berkelana ditanah Semenanjung demi mencari rezeki. Suatu hari terdengar khabarnya telah terpilih sebagai pelakon tambahan dan sering muncul sebagai model pada video klip nyanyian. Syukur...rezeki berpihak pada kelebihan wajahnya yang memang tampan. Khabarnya dia memiliki keluarga angkat di semenanjung. Syukurlah, hidup dipermudahkan.

Suatu hari (sekitar tahun 2009) aku menerima sms daripada kakak ku Juhasia yang menyatakan berita mengejut mengenai kematiannya disebabkan jangkitan pada otak. "Inalillahi wa ina ilaihi raji'un...Al-Fatihah". Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA juga kita kembali.

Sempena lebaran 2010 ini pula aku menerima tag video dari sahabat Facebook ku, Amal Musri PULANGLAH (Nyanyian semula: Saleem). Perkara bertama bermain diminda ku, 'arwah Kiki....' namun tidak terluah malah hanya ucapan terima kasih ditujukan buat sahabat ku. Namun sahabat sekampungku yang kebetulan juga menerima tag video tersebut sempat bertanya pada ku mengenai arwah Kiki.

"Arwah Kiki dalam kenangan. Pusaranya jauh di tanah semenanjung walaupun kelahirannya di desa kita...KG Penagatan Ulu. Tapi itu tak penting....yg penting doa kita selalu pada arwah. :-I" itu saja yang terlintas untuk ku taip.

Youtube untuk melihat videoclip kenangan arwah Kiki: http://www.youtube.com/watch?v=rZmcUDzXTuo