♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, March 31, 2010

MANA SILAPNYA??


MANA SILAPNYA??


Kadang-kadang aku terlalai dengan dunia ku sendiri. Ada masanya tidak menyedari masa berlalu. Terasa bagai terlalu pantas masa berlalu. Tiada ruang untuk mengatakan boring. (Ermm...ya ka?? Ada juga...tapi cepat terisi masa di alam maya internet dan melakukan apa jua aktiviti lain.) Di sini kah silapnya??


Ermmm....atau mungkin kesibukan tugas?? (Rasanya tak juga? Malah..kesibukan tetap kesibukan yang tiada sudahnya...itulah yang dinamakan KERJA). Ya ka?? Iskkkkk. Masih banyak ruang masa untuk menyiapkan kerja...cuma RACUN BERTANGGUH selalu menyirami diri. (Nah...kedapatan diri selalu buat kerja last minute ni).


Atau mungkin televisyen? Tapi aku tak la menonton begitu lama. Sekadar menonton seadanya. Dikelilingi persoalan demi persoalan...aku singgah pada lembaran hari kemarin (31.03.2010). Penghujung bulan ini seolah-olah menampar pipiku...mengejutkan aku pada sesuatu.


"Alamak...! Belum beli majalah NUR keluaran bulan Mac di Milimewa. Masih ada ka tu??" hatiku berbisik sendiri.


"Masi sempatkah pos barang, GDX tutup dalam 30 minit. Alamat kawan save di FB, dimana internet terdekat??"


"Isk...baru teringat...kan mau tamatkan perkhidmatan broadband, sempat ka singgah di kaunter broadband ni?"

(Tak habis-habis aku mempersoalkan diri)?


Kenapa semuanya muncul selepas aku tiba di pekan Keningau?? (Mana silapnya?)


Oh...TUJUAN ku tidak JELAS. Walhal itu ARAH ku jadi KELIRU. (Mungkinkah disini silapnya?)


Ermm...aku turun pekan semata-mata untuk membeli sigup kudat, ikan masin dan udang halus yang dipesan oleh seseorang yang jauh diseberang sana. Kebetulan 3-5 April ni aku akan ke KL.


Syukur.... segalanya berjalan dengan lancar. Aku berjaya mengepos barang buat sahabat ku. Aku juga sempat bertanya di kaunter celcom dan ternyata urusan penamatan broadband perlu dibuat di Kota Kinabalu. (Mau tau perjalanan ku yang hanya menggunakan kaki berurusan ke sana sini seperti dikejar pencuri...hikhik.)


Cuma satu yang betul-betul aku terlepas ialah melihat surat-surat penting di peti pos dan membeli majalah NUR keluaran bulan MAC. Tak apa lah...bukan rezeki. (Tapi...dalam hati, masih ada niat mahu mencari majalah Nur bulan MAC ni....erm...sapa2 ada beli, bleh la pinjam2 ya...huhuhu).

Selesai berurusan...aku singgah melihat suasana kesibukan pasar malam pekan Keningau. "Sepetang di pasar malam......melewati ragam-ragam manusia......masing-masing dengan dunianya..." desis hatiku. D.I.A.M...aku hanya sekadar memerhati. Bila disapa...aku segera S.E.N.Y.U.M...hurmmmmm. Sepatutnya aku perlu membeli sayur untuk bekalan bahan mentah dirumah....tapi itu pun boleh TERLUPA.

Analisis...minda ku terus menganalisis...kesilapanku terletak pada sikap asyik BERTANGGUH dan tiada PERANCANGAN. Semoga aku masih mampu BERUBAH dari sikap-sikap negatif ini. :)


Monday, March 29, 2010

ETIKA BERDOA


ETIKA BERDOA

BERDOA adalah JAMBATAN yang menghubunkan kita dengan Allah dengan lebih akrab. Allah itu Maha Mengasihani, Maha Mendengar dan Maha Pemurah. Mohonlah kepada-Nya dari hatimu yang TULUS dan SUCI. BERGANTUNGLAH kepada Allah kerana Dia lah yang Maha Mengetahui segala-galanya.


Ketahui juga ADAB-ADAB BERDOA:

Menyebut nama-nama Allah yang INDAH seperti Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana), Al-Karim (Yang Maha Mulia), Al-‘Alim (Yang Maha Mengetahui), Al-Halim (Yang Maha Penyantun), Al-Hayyu (Yang Maha Hidup), Al-Qayyum (Yang Maha Terus Mengurus makhluk-Nya) dan lain-lain lagi.

1. Tidak berlebih-lebihan dalam berdoa.

2. Memilih waktu paling utama misalnya waktu sahur, ketika sujud, petang Jumaat, hari Arafah.

3. Memahami maksud doa yang dipohon.

4. Menggunakan suara yang LEMBUT dan PERLAHAN.


Firman Allah yang bermaksud:

“Hanya milik Allah asma’ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma’ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang meyimpang daripada kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya..” (Al-A’raf:180)

BERSUNGGUH-SUNGGUH apabila BERDOA – Janganlah sesekali kita berkata, “saya sudah banyak kali berdoa tetapi belum dimakbulkan-Nya”. Sebaliknya terus berdoa tanpa PUTUS ASA.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Dan seseorang di antara mu akan dikabulkan selagi tidak tergesa-gesa, dimana mengatakan: Saya sudah sering BERDOA tetapi belum diakbulkan juga”.

Hadis & Falsafah_Majalah NUR_M/S 64_Februari 2010

Saturday, March 27, 2010

HIKMAH SIKAP JUJUR (MOTIVASI CINTA)


MOTIVASI CINTA -HIKMAH SIKAP JUJUR


Jika niat Anda bercinta semata-mata untuk merasa bahagia kemudian dari rasa bahagia tu Anda niatkan untuk beroleh suntikan motivasi untuk bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan, Anda sedang menarik cinta yang membahagiakan. Sebaliknya, jika Anda bercinta semata-mata mahu melengkapkan keperluan biologi juga didorong oleh nafsu, cinta tak bertahan lama. Mungkin akan berakhir dengan sengsara!.


Dua sebab mengapa ramai orang berkahwin memilih untuk berpisah adalah kerana sudah tidak ada persefahaman, tidak ada kejujuran. Anehnya, orang yang banyak duit pun ramai jugak yang bercerai-berai simply sebab sudah tidak percaya dengan kejujuran pasangan.


Duit bukan persoalan. Cinta adalah komitmen dua hati. Selagi dua hati tu saling jujur antara satu sama lain, perkara-perkara berkaitan akan mengikut secara automatik dengan sendirinya. Ini termasuk sikap toleransi, sikap pemaaf dan sikap bertimbang rasa.


Kita sebagai manusia berisiko untuk cepat berubah, sama ada berubah ke arah kebaikan atau berubah ke arah keburukan (tanpa kita sedari). Untuk mengelakkan sikap anda berubah menjadi sikap negatif, minta pasangan Anda mengkriti perubahan negatif Anda kemudian anda pula kena latih diri untuk menerima setiap kritikan yang Anda terima.

Ubah diri, bina peribadi.
"Carilah cinta Ilahi pasti akan bertemu dgn cinta sejati… Insya-Allah"


“Perkahwinan dibina atas dasar hati dan tanggungjawab… kemudian ditambah dgn rasa kasih dan sayang”.


Dipetik daripada: iMotivasi.com

Khalwat untuk beribadah diharuskan


Khalwat untuk beribadah diharuskan
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Wanita dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan muhrimnya bukan saja di dalam rumah tetapi juga di tempat sunyi tanpa dihadiri atau dilihat orang ramai seperti di taman, tasik dan pejabat.


Khalwat yang diharuskan Islam dalam erti kata 'mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah' seperti berlaku kepada Rasulullah SAW yang berkhalwat di Gua Hira'. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliah untuk beribadah kepada Allah.


Syaitan adalah makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan terkutuk.


Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjurus kepada zina.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Berita Harian_06.03.2010_Sabtu)

DIARY ABSTRAK SEORANG PENCINTA (27.03.2010_Sabtu)



DIARY ABSTRAK SEORANG PENCINTA (27.03.2010_Sabtu)

KAKU atau APA SRBENARNYA???

Aku masih berlari di taman memori silam ku. Mengintai sejarah nan lalu. Membisikkan kata yang tak menentu pada diriku sendiri. Yang pasti kisah silam hanya tinggal bayangan yang tak terjangkau. Lembaran hari demi hari yang telah dlalui semakin jauh meninggalkan kesan kesedihan lalu. Namun kesedihan itu bagaikan telah memberi BIUS yang membuatkan aku KAKU dengan C.I.N.T.A. Terasa hambar memikirkannya. Tatkala melihat biasan cinta yang hadir menuju kearah ku, seolah-olah aku berlari dan cuba menjauhinya. (Erm…mana silapnya ni???) Maafkan aku bagi mereka yang merasakannya. Bukan niat ku menyakiti…mungkin cuma mengambil langkah menyelamatkan diri sendiri yang terasa tak bersedia. Apa sebenarnya yang berlaku pada diri ku. Aku masih keliru……dan dalam kekeliruan aku terusik mendengar lirik lagu Dato Siti Nurhaliza… “Ku Percaya Ada Cinta”.

“Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti.”

Rangkap ke dua lirik ini membuatkan mindaku terseret pada situasi silam. Ku akui….kesukaran menerima perpisahan dalam perhubungan meruntuhkan kepercayaan ku untuk mengulangi perhubungan tersebut. Mungkan disebabkan aku menganggap cinta yang bina itu cinta sejati??? Kini wujud jurang perhubungan ku dengan si dia setelah diakhiri perpisahan. Sama ada menjaga hati pihak ke tiga atau membawa rajuk di hati….tak pasti….cuma diri ini terasa lebih TENANG menyisihkan diri dan mendekatkan diri pada-NYA. Ya…ku yakin rentetan peristiwa ku ini sekadar singgah untuk menguji diri ku dan pasti ada HIKMAH yang tersembunyi.

DAN…kini…jauh di sudut hati…aku percaya…NILAI PERSAHABATAN itu lebih MEMBAHAGIAKAN. Tiada rasa gelisah…tiada rasa cemburu…..tiada rasa marah/geram….semuanya berjalan serba sederhana dan bersahaja. Malah saling bertimbangrasa dan tiada bebanan fikiran. Atau aku yang silap menilai dan merungkai makna C.I.N.T.A selama ini??? Seketika diriku terasa kaku…mindaku terasa beku…mungin aku belum menemui jawapan yang pasti dan apa sebenarnya??? Hurmm…Aku terkurung dalam ruang persoalan diri ku sendiri. :-I


Ku Percaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
*
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti
Korus:
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)
Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Friday, March 26, 2010

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH


CONTOHI AKHLAK RASULULLAH

Pernah satu ketika Nabi Muhammad ternampak seorang perempuan tua hendak berjalan pulang dari pasar dengan membawa barang-barang yang agak banyak dan berat juga. Lalu Rasulullah menawarkan dirinya untuk membantu perempuan itu membawa barang-barang tersebut pulang ke rumahnya.

Perempuan tua itu rasa sungguh sukacita kerana ada orang yang mahu membantunya dan terus menerima pelawaan Rasulullah itu. Sambil berjalan menuju rumah perempuan tua itu, mereka berbual-bual tentang kisah-kisah yang hangat diperkatakan orang yang berlaku di Mekah ketika itu.

Cerita perempuan tua itu: “Wahai anak muda, di tempat kita sekarang ini ada seorang anak muda yang bernama Muhammad telah membawa ajaran baru. Angkara anak muda ini telah menyebabkan masyarakat kita berpecah belah”.

“Kehadiran anak muda itu dalam masyarakat kita telah banyak membuat kerosakan kepada kehidupan kita bermasyarakat. Gara-gara ajaran beliau, ahli keluarga berselisih faham, bergaduh dan pecah belah,” sambung orang tua itu lagi.

“Muhammad itu memang jahat, oleh itu janganlah sekali-kali kamu dekat dengan dia, nescaya nanti kamu juga akan dirosakkannya nanti,” tegas perempuan tua itu lagi memberi amaran kepada Rasullullah supaya tidak terpengaruh dengan orang yang dianggapnya jahat itu.

Apapun yang dikatakan oleh perempuan tua itu tentang Nabi Muhammad, Rasulullah sedikit pun tidak marah, malah hanya tersenyum saja.

Setelah sampai di rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu bertanya kepada Rasulullah berapakah upah yang dia perlu bayar untuk kerja Rasulullah membawa barang-barang yang berat itu dari pasar sampai ke rumahnya tadi. Sebaliknya Rasulullah memberitahu perempuan tua itu, dia tidak mahukan upah dan hanya ingin membantu secara sukarela saja. Perempuan tua itu berasa hairan dengan kebaikan anak muda itu lalu dia bertanya: “Terlalu baik kamu ini wahai anak muda, boleh mak cik tahu siapakah nama kamu?”.

Rasulullah menjawab: “Nama saya Muhammad, sayalah orangnya yang mak cik ceritakan tadi.”

Terduduk perempuan tua tadi bila dia tahu dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad itu, yang mana selama ini dia mendengar Muhammad adalah orang yang sangat jahat.

Moral dari cerita ini: Kalaulah akhlak kita umat Islam hari ini macam akhlak Rasulullah, sudah tentu orang kafir tidak akan tergamak hendak lukiskan karikatur Nabi Muhammad sebagai pengganas.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/letters/46706

Wednesday, March 24, 2010

HAK??


HAK?
Saya kongsikan pula pengetahuan mengenai "HAK" yang sy perolehi dari seorang teman (Suci) yang tak jemu2 berkongsi ilmu dengan saya. (TQ Suci) :)

PERSOALAN yang timbul: (telah diubah dan digabung di antara persoalan-persoalan yang ada)

1) Adakah mana-mana rujukan untuk seorang wanita itu menuntut lelaki yang berzina dengannya mengahwininya?

2) Lelaki yang sudah banyak menabur kata janji yang membuat wanita-wanita ini terpedaya terlalu ramai yang lepas lari terutama yang sudah berkahwin dan rasa tidak ada keperluan menambah tanggungajwab yang sedia ada.

Bagaimana kita nak membela nasib-nasib wanita yang begini? Selain berdoa untuk Tuhan memberi petunjuk, wanita-wanita ini mahu tahu jika ada rujukan untuk mereka bertitik tolak dalam doa mereka untuk bertaubat dan meminta lelaki itu sama-sama melakukannya sebagai sepasang suami isteri yang sah.


Sekadar berkongsi secetek ilmu. Mohon diperbetulkan mana yang salah.

Menjawab persoalan di atas, suka Suci mulakan dengan janji ALLAH pada kita:

الزَّانِÙŠ Ù„َا ÙŠَنكِØ­ُ إلَّا زَانِÙŠَØ©ً Ø£َÙˆْ Ù…ُØ´ْرِÙƒَØ©ً ÙˆَالزَّانِÙŠَØ©ُ Ù„َا ÙŠَنكِØ­ُÙ‡َا Ø¥ِÙ„َّا زَانٍ Ø£َÙˆْ Ù…ُØ´ْرِÙƒٌ ÙˆَØ­ُرِّÙ…َ ذَÙ„ِÙƒَ عَÙ„َÙ‰ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak menikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Manakala perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak dinikahi kecuali oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Pernikahan yang demikian itu dilarang kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Nur 24: 3)
**********************************************************************
Islam mengiktiraf pernikahan dan meletakkan hak dan tanggungjawab antara pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin. Jika bertunang sekalipun, ia masih belum mengikat sebarang tanggungjawab dan hak sebagai suami isteri. Jadi belum ada rukhsah untuk keluar berdua-duaan dengan tunang sahaja.

Hak dan tanggungjawab dibebankan kepada suami isteri yang merangkumi nafkah lahir, nafkah batin dan didikan agama. Mana-mana agama mengiktiraf pernikahan dan mengharamkan perbuatan zina.

Justeru itu perlu difahami bahawa selain ikatan pernikahan, TIADA TANGGUNGJAWAB DAN HAK yang boleh dituntut antara lelaki dan wanita yang berzina. Mereka adalah dua orang asing, dan perzinaan mereka hanya membawa tanggung jawab untuk bertaubat dengan taubat nasuha.

Ia juga bermaksud bahawa wanita yang berzina tidak mempunyai hak istimewa untuk dipaksa ke atas lelaki yang menzinainya. Begitu juga lelaki tersebut TIDAK MEMPUNYAI hak istimewa ke atas wanita yang dizinainya.

Ibn Taymiah menyatakan pendapatnya dalam Kitab Majmu’ al-Fatawa bahawa perempuan berzina HARAM bernikah kecuali selepas bertaubat. Sama ada dengan lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain. Inilah pandangan yang betul tanpa ragu-ragu lagi memandangkan ia pendapat majoriti fuqaha’ salaf (dahulu) dan fuqaha’ kontemporari. Pandangan ini juga merupakan tafsiran kepada ayat 3 surah Al_Nur yang dinyatakan di atas.

Kedua-dua pasangan berzina bukan sahaja tidak punyai hak antara sama lain, malah jika keduanya ingin bernikah, keduanya wajib bertaubat. Kemudian menunggu si wanita suci dari haidnya terlebih dahulu. Jika wanita itu hamil, maka hendaklah menunggu selepas melahirkan kandungannya.

Berdasarkan huraian di atas, jawapan ringkas yang dapat diberikan kepada persoalan ialah;

1. Tiada rujukan yang membolehkan wanita menuntut lelaki yang berzina dengannya agar menikahinya.

2. Lelaki itu menanggung sendiri dosa-dosanya menabur janji palsu dan merosakkan anak-anak gadis. Jika lelaki itu pernah berkahwin, hukuman yang layak baginya ialah direjam dengan batu sampai mati. Bukannya mengahwini gadis yang pernah dinodainya. Jika pasangannya wanita yang pernah berkahwin atau isteri orang, maka kedua-dua wajar direjam sampai mati. Perzinaan adalah perbuatan kehaiwanan yang sangat tercela. Ia menceroboh peribadi, institusi kekeluargaan dan merosakkan keturunan.

Dalam hal ini, sekiranya wanita itu memelihara maruah dirinya sebagaimana tuntutan syariat, PASTI mereka akan 'selamat' dari tipu daya lelaki yang tidak baik.

Wanita yang baik akan menundukkan pandangannya dari bertentang mata dengan lelaki ajnabi tanpa keperluan.

Wanita yang baik tentu tidak akan melayan lelaki ajnabi tanpa ada keperluan syarak.

Wanita yang baik tentu tidak akan mendedahkan auratnya kepada lelaki ajnabi.

Wanita yang baik tentu akan sentiasa meminta pandangan walinya seperti bapa, abang serta taat kepada mereka selagimana mereka tidak menyuruh berbuat munkar.

Wanita yang baik tidak akan keluar berdua-duaan dengan lelaki ajnabi meskipun lelaki itu sudah menjadi tunangnya.

Wanita yang baik tidak akan menyerah mahkotanya yang paling berharga sebelum dinikahi oleh pasangannya walau apa janji yang diberikan.

Saya tertarik dengan pengalaman Wardina menolak ajakan kekasihnya melakukan maksiat. [Lihat di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0221&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_08.htm&arc=hive ]
Benar, Wardina kehilangan teman lelakinya itu namun maruahnya selamat sehingga dia menemui jodoh dengan lelaki yang lebih baik. Rentetan peristiwa ditinggalkan kekasih, Wardina menjadi sedih tetapi kesedihan itulah yang membawa dirinya mendekatkan diri kepada ALLAH.

Bukankah setiap takdir ALLAH akibat mempertahankan nilai yang baik itu ada hikmahnya yang amat besar buat kita? Lebih baik ditinggalkan kekasih kerana mempertahankan maruah dari ditinggalkan kekasih setelah madu dihisap rakus. Setiap wanita hanya boleh disentuh oleh suaminya sendiri.

Jika wanita menjaga semua adab pergaulan yang sememangnya telah digariskan oleh Islam, maka wujudkah ruang untuk mereka berzina? Jika dari awal wanita tidak melayan lelaki, adakah lelaki berpeluang memujuk rayu dan mengemukakan pelbagai janji palsu?

Pokok pangkalnya, wanita yang berzina harus memuhasabah dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum melihat kesalahan orang lain.

Jika benar-benar menyesal, hendaklah kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mengambilnya sebagai panduan hidup. Sentiasa memohon keampunan dan rahmat Ilahi agar kita dikembalikan dalam keadaan ALLAH mengampunkan dosa dan memandang kita dengan reda.

3. Wanita itu harus membela nasib mereka sendiri dengan;

a) Menambah ilmu yang mendekatkan diri kepada ALLAH.

b) Bertaubat dengan taubat nasuha yang membawa maksud; mengubah penampilan mereka agar benar-benar menutup aurat sebagaimana yang digariskan syariat, menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi, menjaga ibadah wajib seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji.

c) Tinggalkan kawan yang tidak baik seperti kawan yang bebas pergaulannya, tidak menutup aurat dan memilih kawan yang baik agar mereka tidak lagi kembali ke lembah maksiat seperti dulu.

Mengenai jodoh mereka, pasrahlah kepada ALLAH yang menentukan selepas kita bertaubat. Hanya ALLAH yang Maha Tahu adakah kita benar-benar bertaubat dan adakah taubat itu diterimaNya. Percayalah, jika kita benar-benar bertaubat dan bertaqwa kepada ALLAH, ALLAH pasti beri jalan keluar yang tidak disangka-sangka.

Usah terlalu berharap kepada pasangan yang menzinainya kerana belum tentu mereka bertaubat dari dosa yang lalu. Tanda taubat mereka ialah mereka akan mencari pasangan yang berzina dengannya untuk dijadikan isteri. Pohonlah kepada ALLAH dijodohkan dengan lelaki yang baik agar hidup lebih terpandu di masa akan datang. Pasangan yang sesuai bagi wanita berzina yang sudah bertaubat adalah lelaki yang bertaubat juga.

Wallahu’alam.

Bangkit kawan-kawan. Bangkit dari hati yang sungguh ingin bersuci dan cari cinta Pencipta kita yang abadi. Ya ALLAH jauhkanlah diriku dari dugaan-dugaan sepertinya. Ameen.