♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, January 26, 2013

JEN-JEN

♥ Jen-Jen ♥

Bunyi sayup kedengaran mengiau-ngiau ketika aku baru membuka pintu kereta. Segera ku ingati aduan anak buah ku, Mifdhal Ziyad mengenai kehadiran seekor anak kucing yang berlari ketakutan dikejar anjing lalu bersembunyi di dalam enjin kereta ku sejam yang lalu.Dalam lena dibawah kipas angin, aku menganggukkan sahaja kepala ku sambil mata terpejam rapat.

Aku sengaja menghidupkan enjin agar anak kucing tersebut segera beredar. Namun, sangkaan ku tidak menjadi. Aku segera mebuka bonet enjin dan ku dapati seekor anak kucing yang kelihatan comot duduk dengan wajah sedih di atas bateri kereta ku.

"Start enjin pun kau tetap bertahan ya kucing. Baiklah, ku berikan nama mu "Jen-Jen" sempena penemuan mu di atas enjin," bisikku sambil mengangkat keluar anak kucing itu.

Maka bertambah lagi seekor haiwan peliharaanku dirumah. Niatku, setelah kucing itu boleh berdikari baru lepaskan semula dimana ia selesa untuk hidup berdikari. ^_^

Catatan Memori_26.01.2013_Sabtu_5.30 petang.

Tuesday, January 8, 2013

DIAKHIR MEMORI RINDU



DI AKHIR EMORI RINDU

Rindu
Ada rindu untuk dia
Rindu yang menari berirama
Rindu yang dibiarkan terus bersama

Rindu…
Hadir sajalah sesukamu…
Sampai masa…pergi jua sesuka hatimu…
Disini...tiada tempat istimewa buatmu
Kerana si dia juga tidak menghargai hadir mu…

Rindu..
Hadirlah…dan pergilah…
Hingga penat dan lelah akan menyapa
Hingga jemu dan putus asa akan berkuasa
Melenyapkan segala yang dirasa
Melupakan jua rindu di dada
Memusnahkan wanginya cinta
Di akhir memori rindu

Thursday, September 27, 2012

APA PULA KEJAYAAN ANDA?

APA PULA KEJAYAAN ANDA?



Saat kejayaanya diumumkan, air matanya hampir menitis. Saat terlafaz nama pemenang, lampu pentas bersinar penuh gemerlapan. Di hadapan pentas, tersenyum wajah seorang ayah penuh kesyukuran menatap kejayaan yang sedang diraih oleh cahaya matanya. Sorakan seisi dewan yang gemuruh amat bersetuju dengan kejayaannya. 

Walaupun bangsa tiada persamaan, bahasa mampu menyatukan mereka di dalam dewan. Dengan kesungguhannya mempelajari bahasa yang lain (Bahasa Mandarin), dia mampu bersinar dengan kelebihan yang tersendiri. 

Tahniah, Nur Shahila Amir Amzah kerana telah berjaya dalam bidang yang diceburi di usia 22 tahun. Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam.
Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Kini, tertaya-tanya pula pada diri sendiri, "apa kejayaan anda yang sudah diraih sepanjang hidup ini?"  ^____^

Link youtube:
Shila Amzah - All performance Asian Wave 2012

Monday, September 24, 2012

SI KROK



Bunyinya, 'kroooookkkk'.

Sekali lagi bunyinya...'krooookkkk'.

Itu isyaratnya.

Sesaat berbunyi bagai bergelonsor di ruang kosong yang panjang.

'kroook'...aik...agak pendek sedikit pula bunyinya.
Mungkin malu diusik si tuan badan.

Berkatalah si tuan badan, "apa mahu mu si bunyi 'krook'?"

Seketika tiada bunyi kedengaran.

Tiba-tiba kedengaran bunyi yang agak pendek,
'krok'....'krok', itu saja maklumbalasnya.

"Baiklah si bunyi 'krok', saya tahu itu isyarat kamu minta diisi. Lapar ya? Kasihan kamu. Masa menunjukkan jam 2.30 pagi, patutkah kamu diisi padahal jadual kamu adalah tidur dan berehat?"

Sepi.

Diruang dapur, kelihatan si tuan badan sedang mengambil jag untuk memasak air. Segalanya untuk si bunyi 'krok'. Ya, bunyi 'krok' sedang dimanjakan.


NOTA: Latar gambar tiada berkaitan. Gambar hanya sebagai hiasan, aksi si tuan badan yang asyik dengan tugasan di hujung mikrofon disamping menahan terik panasnya mentari pagi di tepi padang Kampung Merampong ketika itu.

PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK


Bidari : Apa benar, kau telah membuat laporan?

Atsu : Ya, petang tadi. Semoga itu tidak akan mengecewakan. Waran tangkap bakal menyusul selepas ini.

Bidari : Ermmm....

Atsu : 'No, komen' la tu? Itu saja yang terdaya saya buat. Berusaha dan penutupnya doa. Bukan sengaja untuk mengganggu kehidupannya. Sebenarnya, dia juga yang memulakan dengan sikap yang mengganggu emosi dan fikiran ini. Seandainya, dia tidak berbohong dan telus berurusan, pasti semuanya berjalan dengan baik. Kau kelihatan menyokong aku kali ini Bidari?

Bidari : Semoga perancangan Allah yang terbaik buat kau.

Atsu : Baiklah, terima kasih. ^__^


Friday, September 21, 2012

Serahkan pada Allah




Atsu: Maaf, sekali sekala ada rasa menyampah yang teramat.

Bidari: Wah, sombong sekali kau melafazkan kata itu!

Atsu: Itu hak saya. Kenapa perlu kau ambil tahu?

Bidari: Kerana sebenarnya aku percaya kau tidak tergamak melakukan tingkah laku tidak baik itu kawan.

Atsu: (menangis semahunya...) Biarkan aku sendirian kawan, sesekali aku perlu jahat kerana kesabaran ku tidak dapat dipertahankan lagi.

Bidari: (diam seketika). Serahkan pada Allah kawan. (berlalu meninggalkan A bersendirian).

Thursday, September 13, 2012

JARAK


SK Merampong ke desa ku sejauh 35 KM. 
Hampir sama dengan jarak ke pekan Tambunan rasanya. 
Kalau memandu dari sekolah ke pekan Tambunan 30 minit sudah sampai. 
Kalau dari sekolah ke Kg Penagatan Ulu pun sama, sekitar 28 hingga 30 minit ++ mengikut kesesakan jalan di pekan Keningau. 
Jika saya memilih untuk melalui jalan kampung pun tidak boleh laju, ada trafik light semulajadi berupa ayam, anjing, lembu, manusia, selekoh jalan dan periuk api (tahi lembu). 
Heheeee... ^___^