♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, January 7, 2012

ERA 30AN


ERA 30AN

Alhamdulillah....
Sempat juga ku hirup
Udara nan indah
Di bumi milik Tuhan...
Hingga usia mencech era 30an...

Ya Allah...
Sampai bila usia ini dipinjamkan?...
Andai sampai ajal pada usia ini...
Takut ku hadapi ketentuan Mu..
Tak cukup amalan memperbaiki diri

Usia 30an...
Mengetuk kesedaran diri
Tiada ruang sembang berleluasa lagi
Terkadang diam membisu seribu bahasa
Semakin merasa tak pasti akan takdir diri

Era 30an..
Melambai usia angka '2' di depan
Berdiri sebagai manusia matang
Mencari pengertian hidup yang satu
Mengisi makna warna kehidupan

Usia dewasa meniti tua
Sering berlagu persoalan...
Tentang rumah dan tangga
Tentang suami dan anak
Jawapannya...'doakan saja'

Panggilan juga kian berubah
Dulu kakak kini makcik
Kalau punya anak
Boleh saja dipanggil 'mak'

Aduh....perlukah dirunsingkan usia ini?
Gelisah sendiri menjawab kisah hidup
Sedang takdir sudah tercatat sejak azali
Hanya bersabar menanti tiba waktunya
Redha dan ikhlaskan semua yang berlaku

Wednesday, December 28, 2011

HANYA MIMPI


HANYA MIMPI

"Mak, boleh minta plastik kecil. Saya mau ambil lada di belakang rumah" pinta ku pagi itu di kedai runcit ibuku.

"Cari saja. Ada kah lada di belakang rumah? Mana ada tu..tiada yang masak." ibuku bertanya penuh hairan.

"Ada bah mak....nanti saya pergi ambil dulu" dengan penuh keyakinan, aku segera berjalan pantas meninggalkan ibu ku.

Ketika berpusing ke belakang rumah, sempat ku perhatikan ayam sakit yang semalam bertenggek di tiang telah jatuh ke tanah. Kasihan, penyakit ayam yang tiba-tiba menyerang menyebabkan ayam yang sempurna sihatnya kini jatuh sakit dan mati beberapa hari kemudian. Kasihan juga pada ayah ku yang pasti berasa sedih dengan kematian dua ekor ayam peliharaannya.

Ku biarkan sahaja ayam yang nazak dan mungkin telah mati itu. Terngiang-ngiang pesan ibuku pada adikku untuk segera menanam ayam tersebut semalam, namun ayam tersebut masih hidup dan tidak sampai hati pula ditanam. Segan ku menjenguk dua ekor yang telah mati, bimbang penyakitnya menjangkiti diri ku pula.

Tiba di belakang rumah, ku perhatikan dua pokok lada / cili padi yang masih hijau.

"Sangat hijau, mana yang merah. Betul, aku baru melihat lada yang banyak masak, banyak merahnya, tapi di mana???" Aku sendiri berasa hairan.

Sejenak aku berfikir sambil merenung pohon cili padi tersebut. Aku berusaha mencari yang hampir masak. Ya, ada tiga biji cili padi sahaja yang sedang coklat menunjukkan hampir masak. Aku mengambilnya dan menyimpan jua ke dalam plastik kecil. Ada sebiji masak ranum tapi hujungnya sudah dimakan burung, iskkkkk.

"Aduhhhh....cili padi itu sangat banyak masak. Masih segar...sungguh...aku tidak berbohong. Tapi yang jelas ku lihat rupanya hanya dalam mimpi ku sebelum bangun solat subuh yang agak terlewat. Ternyata ibu ku benar, ibuku lagi mengetahui sekeliling rumah ini kerana banyak masa aku habiskan di rumah guru ku." Aku berbicara sendiri mencari kenyataan pada mimpi ku.

Aku akhirnya melangkah kembali ke kedai runcit dihadapan rumah ku sambil tersenyum-senyum. Sungguh, ini seperti perlakuan yang mengigau. Tetapi dengan tenang dan bersahaja, aku berkelakuan tidak kisah dan membiarkan sahaja peristiwa sebentar tadi.

"Mak, tiada pula yang masak...heeeeeeeeeeeeeee" aku tersengih kepada ibuku.

Setelah mencium tangan ibuku, aku mohon izin untuk balik ke rumah guru ku. Niat ku untuk membuat sambal mangga muda yang ditumbuk bersama cili padi seperti dalam mimpi ku barangkali tidak kesampaian. Namun sebaik tiba di rumah guru, aku dapati masih ada sedikit cili padi yang separuh segar tersimpan di dalam bekas kecil di ruangan peti sejuk.

"Alhamdulillah...sampai juga hajat ku mendapatkan cili padi. Mencari yang jauh...rupanya ada didepan mata" Aku senyum lagi mengenangkan peristiwa pagi tadi.


Thursday, December 22, 2011

KURSUS 'ALAM RUMAHTANGGA'

KURSUS 'ALAM RUMAHTANGGA'

Perbezaan sijil Kursus kahwin pada tahun 2004 & 2011.
Yuran kursus juga berbeza, RM 30.00 (UMS) & RM100.00 (Keningau).


Kursus Perkahwinan yang pertama ku ikuti bertarikh 17-18 Januari 2004 / 24-25 Zulkaedah 1424 bertempat di Auditorium 1 Perpustakaan UMS (unversisti Malaysia Sabah). Kursus Pra Perkahwinan yang kedua ku ikuti bertarikh 21-22 Disember 2011M / 25-26 Muharram 1433H bertempat di Rental Banquet Hall Golf Club Country, Keningau, Sabah.

Baru ku tahu jika berumur 32 tahun ke atas, calon yang mahu berkahwin tidak perlu lagi mengikuti kursus kahwin....emmm...mungkin mereka ada alasan tersendiri. Kehadiran ku kali kedua untuk Kursus Perkahwinan ini sekadar untuk menuntut ilmu disamping menemani adik-adikku mengikuti kursus.

Kursus dulu dan kini juga mempunyai perbezaan. Dulu terasa kursus yang ku ikuti seperti dalam kuliah kerana persekitaran ku semuanya mahasiswa dan mahasiswi. Kini kursus yang ku ikuti agak berlainan kerana persekitaran ku (sekitar 112 orang) dipenuhi dengan pasangan-pasangan yang sudah bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga beberapa bulan lagi. Penyampaian ceramah juga banyak menyentuh kepada kisah-kisah keluarga sebenar sebagai panduan ke alam rumahtangga.

Sepanjang kursus berjalan, terasa seolah-olah esok adalah hari perkahwinan ku pula walhal itu semua tiada perancangan lagi...huhuhu. Apapun, mengikuti kursus ini amat baik bagi sesiapa yang mahu berumahtangga. Banyak ilmu yang sangat berguna sebagai panduan memasuki alam rumahtangga nanti.^__^

Wajah ku ketika tahun 2004 (22 tahun).
Bersama Nariani Lijin (21 tahun) dan Aida Ilyani (21 tahun).


Wajah kini, tahun 2011 ketika berumur 29 tahun.
Bersama adik-adik ku, Masnijah (25 tahun) & Anisarnizah (22 tahun).

Kami hadir beramai-ramai, muat satu kereta Myvi.
3 beradik (Kg Penagatan Ulu) + 2 beradik (Kg Apin-Apin).
Anisarnizah, Masnijah, Jalifah, Noorhanim (28 tahun) & Norain (27 tahun).
Sahabat adikku, Atie (25 tahun)....sumandak cute ni.


Bersama junior sekolah rendah, bakal berumahtangga tahun 2012.
(Hasnah, 28 tahun, Kg Penagatan Laut)... kebetulan bersama-sama pula ni.

Mereka dari kampung yang sama, kebetulan juga.


Saturday, December 17, 2011

SUMILAU TADAU SUMILAU



SUMILAU TADAU SUMILAU - Juliana Intiang & Martin Ginsos.

Sumilau tadau sumilau,
Modtulud manuk dondom;
Tanak wagu do tosuwau,
Sulian ku mintutun.

Tataso guas tolidus,
Nolombusan ku Tuhau;
Okon ih ko linundus,
Mumang oku tosuau.

Suloko ku tonokito,
Mogihum lanut-lanut;
Nunu oh nokito nu,
Molohing nakalanut.

Sumilau tadau sumilau,
Modtulud kolumpisau;
Kadai kokuwa'ai kuwa'ai,
Dogo ponuwau suwau.

Link Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=mc6e8yUBcoQ

Nota: Lirik lagu Dusun, rasanya lagu ni sekitar tahun 1980-an & 1990-an.....zaman saya sekolah rendah dulu. Huhuhu...jom nyanyi bersama. ^__^

Sunday, December 11, 2011

TAUBAT SEBELUM MAUT


TAUBAT SEBELUM MAUT


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

1. Barangsiapa bertaubat sedangkan dia tidak MEMPELAJARI ILMU, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

2. Barangsiapa bertaubat sedangkan tidak BERTAMBAH IBADAHNYA, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

3. Barangsiapa bertaubat sedangkan dia tidak BERGANTI KAWAN-KAWANNYA, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

4. Barangsiapa bertaubat sedangkan dia tidak BERUBAH PERANGAINYA, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

5. Barangsiapa bertaubat sedangkan dia tidak MAHU BERSEDEKAH apa yang dimilikinya, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.


"Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat NASUHA" (At-Tahrim : 8)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Demi ALlah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih dari 70 kali."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Seseorang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan yang bertaubat dari dosa samalah seperti orang-orang yang tidak pernah berdosa." (Hadis riwayat Ibnu Majah). - m/s 29


SUMBER: Buku - "Taubat Sebelum Maut" _ Perpustakaan Desa KG Penagatan Ulu, Keningau, Sabah.

Thursday, November 10, 2011

DIARI PERKHEMAHAN TUNAS KRS PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 (N.9)





DIARI PERKHEMAHAN TUNAS KRS PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 (N.9)

{ KONTINJEN NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU }

Tarikh: 25 April 2011 - 01.05.2011 (Isnin - Ahad)
Tempat: Pusat Latihan Unit Beruniform Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan, KEM RIMBA ILMU, Kampung Terusan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

25 April 2011 (Isnin)

12.15ptg : Penerbangan dari KK - KL.
2.45ptg : Tiba di terminal Mas KL.
3.30ptg : Menaiki bas besar (SA77) ke Kem Rimba, Juasseh-Kuala Pilah N.9.
6.20ptg : Tiba di Kem Rimba, Juasseh-Kuala Pilah, N.9.
6.30 ptg : Nyanyian lagu Sabah Tanah Air Ku sambil menaikkan bendera Sabah serta melapor masuk perkhemahan.
7.00mlm : Makan malam / solat.
9.00mlm : Taklimat komandan kem / Ketua Jurulatih untuk pegawai-pegawai kontinjen / pengurusan platun & ice breaking.
11.00mlm : Rehat / tidur

26 April 2011 (Selasa)

5.30pg : Persiapan diri.
6.00pg : Tazkirah/ solat/ perhimpunan pagi / sarapan.
8.00pg : Orientering (Putera - 5 orang)
: Simpulan & Ikatan (Puteri -18 orang)
10.00pg : Rehat / minum pagi.
10.30pg : Pertandingan kawad (Putera -18 orang)
: Pertandingan Kraf (Puteri - 5 orang)
12.30ptg : Makan / Solat Zohor
2.30 ptg : Pertandingan Pertolongan Cemas (Putera - 5 orang)
: Latihan Dinamika kumpulan (Puteri - 18 orang)
4.30 ptg : Solat Asar / Minum petang.
5.30 ptg : Latihan kebudayaan
6.00ptg: Makan malam / Solat Maghrib & Isyak.
9.00 mlm: Persembahan Kebudayaan Negeri 9.
11.00 mlm : Tambul / Rehat
{Keadaan cuaca - Hujan sekitar jam 8.15 malam - 8.30 pagi}

27 April 2011 (Rabu)

6.00 pg : Solat.
7.00 pg : Perhimpunan pagi.
7.30 pg : Sarapan.
8.00 pg : Pertandingan Orientering (Puteri - 5 orang).
: Komunikasi (Puteri - 10 orang)
: Simpulan & ikatan ( Putera - 19 orang)
10.00 pg : Rehat.
10.30 pg : Pertandingan Kawad (Puteri - 15 orang).
: Pertandingan Kraf (Putera - 5 orang).
: Permainan Kim (Putera - 19 orang).
12.30 t/h : Merarau / solat Zohor.
2.30 ptg : Pertandingan Pertolongan Cemas (Puteri - 5 orang)
: Integrasi - Masakan Rimba (Puteri - 10 orang)
: Integrasi - Latihan Dinamika Kumpulan (Putera - 19 orang)
4.30 ptg : Solat Asar.
5.30 ptg : atihan Kebudayaan.
6.00 ptg : Makan malam / Persiapan diri / Solat Maghrib & Isyak.

Nota : 27.04.2011 (Rabu) / 8.30 pagi - 12.00 t/h.
:
8.30 pagi - 10.00 pagi - Perjalanan ke KLCC mengambil seorang peserta Puteri yang lewat sampai ke Sabah (Cristabella dari lahad Datu, Sabah).
: 12.00 t/h - Tiba di Kem Rimba. Mendaftar masuk dan masuk khemah.
{Keadaan cuaca - Hujan renyai-renyai di awal pagi.}

28 April 2011 ( Khamis)

6.00 pg : Solat Subuh.
7.00 pg : Perhimpunan pagi.
7.30 pg : Sarapan.
8.00 pg : Aktiviti Kembara 1
10.00 pg : Rehat
10.30 pg : Permainan Kim (Putera -18 orang).
12.30 th : Mrarau / Solat Zuhur.
2.30 ptg : Aktiviti Kembara 2
4.30 ptg : Solat Asar.
5.30 ptg: Raptai.
6.00ptg: Makan malam / Persiapan diri / Solat Maghrib & Isyak.
9.00 mlm: Ceramah Agama (Pengurusan Diri)
11.00 mlm: Tambul / Rehat.

Nota : 9.00 mlm - ke Pasar Malam Juasseh.
:10.00 mlm - Ke Kg Tn Rafiza.
{Keadaan cuaca - Panas sepanjang hari.}

29 Aril 2011 (Jumaat)

6.00 pg : Solat Subuh / Sarapan.
7.00 pg : Perhimpunan pagi.
7.30 pg : Pembahagian makanan.
8.00 pg : Bergerak ke kawasan Lawatan.
8.30 pg : "Satu Desa Satu Industri".
10.50 pg : "Muzium Tentera Darat".
11.50 pg : Bergerak ke lokasi seterusnya.
12.50 t/h : Tiba di padang berhampiran kawasan Istana. Makan / Solat Zuhur & Solat Jumaat.
2.00 ptg : Rehat.
2.45 ptg : Melawat "Istana Sri Menanti".
5.00 ptg : Tiba di Kem Rimba Ilmu.
7.30 mlm : Makan malam / Solat maghrib & Isyak.
9.00 mlm : Pertandingan Kebudayaan Putera dibatalkan.
: Melawat seorang peserta Sabah yang sakit di hospital- Nur Fatnin Fakhirah.
11.00 mlm : Rehat / tidur.

30 April 2011 (Sabtu)

6.00 pg : Solat Subuh / Sarapan.
8.00 pg : Peaking barang-barang.
9.30 pg : Majlis Perasmian Penutupan.
12.00 t/h : Makan tengahari / Solat Zuhur.
2.30 ptg : Bertolak balik menaiki bas.
4.00 ptg : Berehat di Taman Rekreasi Ulu Bendul.
6.30 ptg : Tiba di Dataran Merdeka. { Sempat bertemu rakan, Mr A.R }
7.30 mlm : Bertolak ke KLCC { Bas kehabisan bateri dan semua peserta lelaki terpaksa enolak bas supaya dapat bergerak semula.}
8.00 mlm : KLCC.
8.30 mlm : Bertolak ke MAS.
8.50 mlm : Singgah berehat di R&R / Makan.
9.00 mlm : Meneruskan perjalanan ke MAS.
11.00 mlm : Tiba di MAS dan tidur bermalam di MAS.

1 Mei 2011 (Ahad)

5.00 pg : Check In.
7.30 pg : Naik Flight KL - KK.
10.00 pg : Tiba di KK / ambil bagasi.
11.00 pg : Taklimat akhir dan pembahagian sijil.
11.30 pg : Bersurai dan kembali ke daerah masing-masing.


Sunday, November 6, 2011

JIWA TENGAH


Jiwa tengah ..
Jiwa sederhana...
Kurang tertawa..
Kurang ceria...
Namun tidak dipamer rasa..
Kecewa dan bersedih yang ada

Ku sedari...
Perisa-perisa perasaan ini
semuanya milik Ilahi..

Semoga tak lupa mengungkapkan
Keredhaan, kesabaran dan kesyukuran..

Alhamdulillah......apa adanya...
Sungguh keceriaan ku telah dirampas makhluk dunia
melalui tingkah manusia yang tak disangka-sangka

Mungkin aku tidak dapat lagi
tertawa untuk melalui hidup ini...
Ada lebih baik memilih berdiam diri
dan memilih untuk berhati-hati...

Kasihan teman-teman ku...
terkejut melihat perubahan ku.
Kasihan teman-teman ku...
terpaksa akur dengan tingkah ku.

Ya...aku tidak lagi seceria dahulu
dan aku tidak lagi bergurau seperti dahulu.
Mungkin perubahan ku
sekadar hanya berhati-hati meniti waktu
menghadapi tingkah manusia
yang kadang tidak serasi dan menyatu.

‎"Jiwa tengah....jiwa bersederhana....kurang tertawa....kurang ceria...namun tidak dipamerkan rasa bersedih. Huhhh...PERISA-PERISA PERASAAN ini semuanya MILIK TUHAN. Semoga tak lupa megungkapkan KESYUKURAN". kata si pemikir...^__^

‎"Pada pandangan MATA....ada MINDA yang BERCANGGAH. Pada bisikan HATI...ada JIWA yang MERAGUI. Apa saja yang bermain di MINDA....kalau yang BAIK difikirkan...pasti HASILnya...BAIK-BAIK." (Semoga BERSANGKA BAIK-BAIK... :'(

NOTA:
Hikmahnya berdiam diri ;
1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang banyak perkataannya (bercakap), nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barang siapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya."
(Hadis riwayat Abu Naim)

قوله صلى الله عليه وسلم : من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam."

Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa diam maka dia terlepas dari bahaya." (Hadis riwayat At-Tarmizi)