♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, May 26, 2011

WANITA DAN PILIHAN


WANITA DAN PILIHAN

Pagi yang hening itu aku mendengar Rancagan Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV 1 yang membicarakan tentang isu salah satu surat khabar Utusan yang bertajuk trend: "Lewat Kahwin Serius" di negara Singapura (24.05.2011_Selasa_6.50pagi)

"Akhbar UTUSAN_Singapura: Trend " LEWAT KAHWIN SERIUS". Antara sebabnya, WANITA sukar mencari CALON. Mungkin sebab LELAKI kurang berkualiti???"

Demikian status ku di FB dan beberapa maklumbalas telah ku terima daripada sahabat-sahabat ku. Antaranya ialah:-

Razlan Lan'z sebab pergaulan terlalu bebas menyebabkan isu kawin jadi pilihan kedua.

Umar Al-Longobi Ada kemungkinannya. Lagipun secara umumnya kita lihat kebanyakan wanita mempunyai pendidikan, pekerjaan & pendapatan yg lebih tinggi drp lelaki. Kesekufuan itu sudah sukar ditemui.

Rosnah Wee memang sukar cari calon, kata seorg teman, dia x kisah klu calon nya x berharta, x lawa, x tinggi pangkat asal baik (beriman) dan dia (teman ni) seorg berkedudukan, cantik bijak dan soleha...soal sekufu adalah pemikiran bkn material, Khadijah dgn Rasululloh adalah sekufu dri segi keimanan dan keperibadian...mereka rukun dan bahagia.

Mohd Zainuddin Abdullah Lelaki yang berkualiti semua dah kahwin..... Macam saya....ha..ha..ha

Rosnah Wee MZA: sya pikir pun begitu, they don't make good men anymore or quality men are getting extinct!

Umar Al-Longobi RW: Jawapan spt ini yg kaum lelaki tunggu2 & amat sukai. Yakni, kesekufuan dr aspek "Agama". Diharap ianya bukan di atas kertas saja. Diharap wanita2 mempraktikkannya. InsyaAllah.

Laxmana Faizal cari dengan mata hati :-)

Muslimah Thought Susahnya topik ni.masih lg berfikir.bolehkah wanita mencari dgn mudahnya..tp kalau tiba2 wanita tu yg d cari..macamana mau pilih tu.cheh cam emosi la pulak

Kelth Mazz PERKASAkn WANITA tp lelaki jgk PERLU d PERKASAkn

Rozidas Die mgkin jgk sbb kita nie pompuan perlukan penjagaan..klu dpt suami tak lek mnjaga kita mcm mana nak jadikan suami.

Kelth Mazz cri y betul2 bolh jd suami n ketua family..RUMAHKU SYURGAKU

Ranau Sabah He he.. kalau payah betul mau cari suami yg agak baik, terima ja memana yg agak baik biar pun dengan bermadu T_T

Ranau Sabah Ni topic masaalah singapura bah kan, kemungkinan sosial merika terlalu bebas memandangkan lelaki akan membilih kaum wanita untuk dijadikan calon. Tidak ni nafikan juga tentang pendidikan, ia juga mempengaruhi kepada lelaki segan nak naik rumah dan wanita memandang tentang calon. :(

Ranau Sabah Peningkatan moden membawa kepada peningkatan sosial keh keh...

Rosnah Wee
‎... sebenar nya bkn masalah wanita,cuma golongan laki2 yg x sanggup menerima tantangan tersebut, biasa sya dengar mereka akan buat penilaian tentang hantaran..Klu sungguh2 menyukai seseorg maka ikhlas lah untuk mengenali hati budinya terlebih dulu.Nasihat sya laki2 jgn ego sgt dan rendah diri (awak tu khalifah) hendak lah berjiwa besar dan yg wanita bila pulang ke rumah tinggalkan jawatan, degree di pejabat selepas jam 5 petg dlm soal jodoh jgn over eager (org jadi takut) dan jgn lah baik dgn seseorg hanya bila dia 'husband material' sja, itu jga x ikhlas . Insyallah.

Sue Yusuf topik yg conform hangat ..KAHWIN...

Jalifah Azliza Azlan ‎^____________^ Ehheheh...

Delano Nanang kali pompuan mo DATUK A sampai Z...hik3

Jalifah Azliza Azlan Ahahhaha...Del.... tak semua bah....mereka pilih antara 4 juga (IMAN, HARTA, PANGKAT, RUPA).....huhuhuu..

Rosnah Wee pilih Iman wajib, pilih rupa harus (kerana takut fitnah) perlu persiapan mental yg ampuh, pilih harta dn pangkat optional kerana yg berharta dn berkedudukan mata nya bnyak berbalik pd wanita kamu yg meletakan kriteria begitu maka dia kitar semula, lazim nya wanita tidak tanggung2 jdi no. keberapa sja, atas alasan 'mampu' pernah x pikir hati kaum sejenis? terutama bila dia x kurang apa2?

Rosnah Wee topik ini bagus untuk dibincang bkn kerana hangat x nya, tpi memperbetulkan sikap masyarakat. wahuwalam bisawab.

Jalifah Azliza Azlan Wah....idea kakak mantapsz2 ni.... ^__^

Umar Al-Longobi
Lelaki yg ikhlas berumahtangga lazimnya akan segan mendekati wanita yg lebih tinggi status pendidikan, pekerjaan & pendapatannya. Lelaki yg tidak segan adalah lelaki yg ingin mengambil kesempatan terhadap wanita. Mereka ingin mengambil kesempatan pada populariti & gajinya. Ini realiti yg wanita mesti ketahui. Jadi, kalau pihak wanita mahu bersuamikan lelaki yg ikhlas memperisterikannya, wanita kena mcthi kaedah yg digunakan oleh Siti Khadijah, isteri Nabi.s.a.w. Ada ketikanya wanita kena mencari bakal suami melalui perantaraan dan meminta dia meminang si wanita tadi. Ok roger... :)

Jalifah Azliza Azlan Wah.....info menarik ni. Makasih perkongsian itu ya Mr Umar... (sedang berfikir lagi.....huhuhuuu...) ^___^

Rosnah Wee
UAL: x bercanggah kah statement ni, klu sdh ' ikhlas‘ mana pula dtg nya segan. Mungkin budaya kita org Malaysia yg ada stigma laki2 mesti superior lgi sekali kita kena ingat Nabi, Kahidjah bkn sja lebih tinggi status ekonomi & sosialnya malah bos baginda sebelum mereka berkahwin....mereka tetap rukun. Ia bkn sekedar kebetulan, Allah swt membuat ketentuan tersebut untuk dijadikan panutan kita hari ini. Sya ckp yakin itui lah sebabnya.

Nota: Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi berkongsi pendapat. Semoga bermanfaat hendaknya. :D


Saturday, May 21, 2011

PENGARUH WANITA DALAM RUMAHTANGGA





Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-
1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-

1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w: وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu."

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa. Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Kearah Pembentukan Keluarga Bahagia

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kearah yang tepat.

Nota: Terima kasih buat kak Norlela Abdull yang sudi berkongsi info. Terima kasih juga buat penulis Acho | Demi Masa .

SEGMEN KATA-KATA HIKMAH



SEGMEN KATA-KATA HIKMAH ( DJ JALIFAH AZLIZA AZLAN)


Segmen ini menyampaikan pelbagai mutiara kata bersumberkan kata-kata nabi, para sahabat dan ulama, orang-orang bijak pandai, tokoh-tokoh akademik juga pepatah-pepatah Melayu atau bukan Melayu yang tidak bertentangan dengan Islam serta beberapa maksud hadis dan surah dalam al-Quran.

Tujuan :


1. Berkongsi mutiara kata yang dapat memotivasikan diri.

2. Berkongsi info pepatah Melayu yang berunsur nasihat.

3. Berkongsi info maksud hadis terpilih sebagai panduan hidup.

Butir-butir Pengendalian Segmen :


Masa : 4.00 PM – 6.00 PM / 8.00 PM – 10.00 PM

Hari : Rabu / bila-bila masa

Cara Pengendalian :


1. Berkongsi info kata-kata hikmah diselang-selikan dengan lagu-lagu yang bersesuaian.

2. Sekiranya terdapat permintaan lagu dan ucapan dari pendengar, segmen menunaikan permintaan lagu akan ditambah diakhir segmen untuk tujuan tidak menghampakan permintaan daripada pendengar ketika itu.

Senarai segmen di Radio Online Cahaya FM boleh dirujuk di laman: http://www.cahayafm.net/segmen-di-cahayafm/


Dijemput untuk mendengar Radio Online Cahaya FM di : http://www.cahayafm.net

Semoga segmen ini bermanfaat buat kita semua. Hanya di Radio Internet Cahaya FM, 'Hiburan Mendidik Jiwa.' ^__^

Wednesday, May 18, 2011

MARAH


MARAH

Di awal situasi rasa di hati biasa saja...
Masih terkawal...dan senyum terlukis jua
Walhal senyum itu hakikatnya tawar yang di rasa

Bila ada yang belum selesai..
Ada bebanan ringan masih tersadai
Ke hulu kehilir bermain di hati..
Namun masih mampu jua dihadapi
Dengan senyum seikhlas hati...

Tatkala bebanan berdepan situasi
Beban di tambah bebanan lagi
Terasa semakin berat untuk diatasi
Gelora letih, gelisah mendesak di hati

Senyum yang mekar menjadi pudar
Merajuk dan sirna tanpa sedar
Haba kemarahan mula membakar
Tindakan tak terkawal mula tersebar
Seiring tinggi suara yang terdengar
Meluahkan bunga amarah yang membesar

Astaghfirullah.....Astaghfirullah.....Astaghfirullah.....
Kenapa harus marah???
Mereka tak mengerti dengan tingkah mu...

Harus bagaimana menghadapi marah itu???
Tenang......tenang......tenang...
Diamkan seketika dirimu wahai insan
Bagai penantian di lampu kuning jalan
Kakukan segala bicara dan tindakan
Rasionalkan minda yang semakin jauh dari kewarasan

Letakkan dirimu pada situasi mereka itu
Kasihanilah mereka yang binggung menghadapi mu
Pasti mereka sedang melakukan yang terbaik buat mu
Jangan sampai jerkahan suara dan tindakan mu
Membuatkan mereka mula menjauhi mu
Bersedih dengan ketidakrasionalan minda mu

Nota:

Entah kenapa marahku ada yang tak terkawal hari ini, ada rasa pening pula (catatan peristiwa: 19.05.2011_Khamis_8.00pagi). "Jangan marah.....ya...jangan marah-marah" aku memujuk diri ku sendiri. Huhuhuuuuu.... ^___^

HADITS KEENAM BELAS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

[رواه البخاري]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.

(Riwayat Bukhori )

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Anjuran bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenal perbuatan-perbuatan kebajikan, menambah wawasan ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat yang baik.

2. Larangan marah.

3. Dianjurkan untuk mengulangi pembicaraan hingga pendengar menyadari pentingnya dan kedudukannya


Sumber hadis: http://haditsarbain.wordpress.com/2007/06/09/hadits-16-jangan-marah/

Saturday, May 14, 2011

Nota Ringkas Ceramah : MENANGIS TAKUTKAN ALLAH


Nota Ringkas Ceramah : MENANGIS TAKUTKAN ALLAH

14.05.2011_Sabtu_Tajuk:♥ Menangis Takutkan Allah ♥ _Ustaz Kazim Elias Alhafiz

- TAKUT kepada ALLAH...kita makin hampir dengan ALLAH. Kita takut AZAB Allah.

- Bagaimana takut ALLAH.....(1) guna akal fikiran (2) Betapa besar kuasa Allah.

- Jika kamu melihat dan mendengar batu2 dan pasir2 seta makkhluk alam berzikir...nescaya kamu tidak akan KETAWA TERBAHAK-BAHAK.

- Setiap hari ALLAH beri rasa TAKUT, tapi manusia tak ambil tahu. Contohnya KEMATIAN, berlaku setiap hari....tapi ada yang tidak takut selagi dirinya tidak menerima nasib yang sama.

- ULAT - Esok....ulat ini yang akan memakan badan ku (MATI). Suatu hari akan jadi tulang temulang. (Muhasabah diri = Tafakur = Berfikir )

- Kita selalu mengadu....ANAK kita selalu lawan kita. Jawapannya, kerana ibubapa dan anak tak bangun SOLAT ditengah MALAM. (Solat Tahajud melembutkan hati dan kekuatan hati).

- Kata2 DIWANI: Dikeheningan malam...tafakur di kesyahduan..merindui janji mu Tuhan...Ku titiskan Air mata...moga terangkat penghijab kalbu. ( Tafakur = berfikir).

- ‎"Ditengking suami...ditampar isteri...dijerkah ibubapa....diumpat dan difitnah orang lain" <---- membuatkan HATI

- 70 kali nabi beristighfar...dan 100 kali meminta maaf kepada Allah pada setiap hari.

- Cegah anak2 keluar bercampur jantina lelaki dan perempuan.

- SUKA-SUKA itulah yang membawa DUKA.

- ‎"Mereka mengkaji keindahan ALAM tetapi sayang tidak mengkaji SIAPAKAH yang menjadikan ALAM itu."

- Manusia yang CERDIK ialah mereka yang berfikir dua tiga lapis.

- Siapa yang benarkan KAHWIN 2-3-4 isteri??? ALLAH yang izinkan. Manusia tak kaji hikmah disebaliknya.

- Hikmah...kahwin 2-3-4, menimbulkan SEMANGAT baru pada semua isterinya (isteri muda dan isteri tua).

- ♥ "Jangan terus BANTAH apa yang TUHAN buat." ♥

- Manusia yang paling BIJAK ialah mencari PAHALA apa yang ALLAH beri. Contoh membeli telekung dan sejadah lebih untuk meminjamkan kepada tetamu yang hadir.

- ‎"Aku adakah DOSA pada dia (si MATI)"?? Sambil membisikkan doa Al-Fatihah.

- Cara kurangkan dakwah dakwi, berilah selalu KEMAAFAN. Jangan cari dan buat salah pada orang.

- Orang yang menangis tengah malam (taubat) tak akan masuk neraka. Namun solat wajib tetap ditunaikan.

- Suami tak akan sanggup buat JAHAT pada isteri yang solat TAHAJUD di tengah malam.

- Orang yang kena kuat bangun malam ialah PEMIMPIN-PEMIMPIN. Nabi Muhammad sentiasa membangunkan isteri-isterinya untuk solat Tahajud bersama-sama.

- Orang yang ada penyakit KANSER, cubalah solat Tahajud setiap malam, insyaAllah penyakitnya akan sembuh.

HADIS:

Pernahkah Anda menangis -dalam keadaan sendirian- karena takut siksa Allâh Ta’ala? Ketahuilah, sesungguhnya hal itu merupakan jaminan selamat dari neraka. Menangis karena takut kepada Allâh Ta’ala akan mendorong seorang hamba untuk selalu istiqâmah di jalan-Nya, sehingga akan menjadi perisai dari api neraka. Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allâh sampai air susu kembali ke dalam teteknya. Dan debu di jalan Allâh tidak akan berkumpul dengan asap neraka Jahannam”.[Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.]

Syaikh Muhammad bin Shâlih al-‘Utsaimîn rahimahullâh berkata,

“Wahai saudaraku, jika engkau menyebut Allâh Ta’ala, sebutlah Rabb-mu dengan hati yang kosong dari memikirkan yang lain. Jangan pikirkan sesuatu pun selain-Nya. Jika engkau memikirkan sesuatu selain-Nya, engkau tidak akan bisa menangis karena takut kepada Allâh Ta’ala atau karena rindu kepada-Nya. Karena, seseorang tidak mungkin menangis sedangkan hatinya tersibukkan dengan sesuatu yang lain. Bagaimana engkau akan menangis karena rindu kepada Allâh Ta’ala dan karena takut kepada-Nya jika hatimu tersibukkan dengan selain-Nya?".

7 Orang Yang Akan Diberi Naungan

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya, "Ada tujuh macam orang yang akan diberi naungan oleh Allah dalam naungannya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah itu sendiri, iaitu"

1. imam yang adil,
2. pemuda yang tumbuh (sejak kecil) beribadat kepada Allah 'Azza wa jalla,
3. seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid
4. dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun atas keadaan yang sedemikian
5. seseorang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki),
6. seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu (tidak menampak-nampakkann ya), sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
7. seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

Sumber Rujukan hadis:


NOTA:
Terima kasih buat sahabat saya DJ Anakeningau atau Mohd Izhar Saibin yang tidak jemu-jemu berkongsi ceramah online yang sangat bermanfaat. Semoga success selalu di bidang pengacaraan di Radio Online Cahaya FM : http://www.cahayafm.net . ^__^

Monday, May 2, 2011

BERITA RADIO ONLINE CAHAYA FM ( Akhbar New Sabah Times : 26 April 2011 )


BERITA RADIO ONLINE CAHAYA FM ( Akhbar New Sabah Times : 26 April 2011 )

CAHAYAFM CIPTA SEJARAH RADIO ONLINE BERTAPAK DI JERMAN
( Akhbar New Sabah Times 26 April 2011 ) | Siaran kami www.cahayafm.net


Tahun 2011 bukan hanya bakal menyaksikan ulang tahun pertama kelahiran Cahayafm berada di atas talian pendengar seluruh dunia bahkan, tahun ini juga menjadikan detik sejarahnya disifatkan sebagai kejayaan besar dunia maya Islam negeri Sabah apabila muncul deejay2 bertenaga dari serata Sabah dan luar negara berganding bahu mengaktifkan siaran Cahayafm. Terkini, Deejay Najeebah dari Berlin, German menyertai Cahayafm.

Menurut penerbitnya Nazri Abdullah atau lebih dikenali Aldusuni, kekangan yang dihadapi dalam mengemudi Cahayafm, siaran berunsur dakwah maya menerusi talian ini bukanlah pematah semangat juang. Beliau yang ditemui baru-baru ini dalam program rakaman bersama KKFM di 91.1khz, Bukan Sekadar Muzikjuga merupakan Timbalan Pengerusi Konsortium Radio Online Sabah ( KROS ) dan Penulis Blog Suara Mualaf Sabah. Dalam kenyataannya, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberi peluang kepada radio-radio online di Malaysia khususnya Sabah untuk membuat liputan program-program anjuran kerajaan, swasta dan badan2 NGO sesuai dengan konsep radio online masing-masing. Kata beliau lagi, walaupun hanya berbekalkan laptop, talian dan mic ketika bersiaran, peranannya tidak harus dilihat kecil . Malah, kelebihan radio online terserlah kerana siarannya merentasi sempadan dunia dan jika diberi tempat serta sokongan sewajarnya, sudah pasti segala informasi dalam dan luar negara dapat didengar oleh sesiapa sahaja yang melayari internet sekali gus bakal memberi keuntungan kepada negara.

Tambah beliau, Cahayafm yang turut dikenali sebagai radio online islamik pertama di Sabah, baru-baru ini telah mengambil langkah derastik dalam siarannya dengan menyahaktifkan lagu-lagu dan iklan-iklan dalam sistem auto serta digantikan dengan bacaan al-Quraan. Pendengar kini boleh mengikuti bacaan Quraan dengan tafsir Bahasa Melayu sepanjang ketiadaan deejay. Perubahan dalam siaran auto ini dibuat selepas mengambil kira keperluan umat Islam terhadap tafsir Quraan yang masih ramai kurang memahami bacaan Quran dalam Bahasa Arab itu sendiri. Diharapkan dengan adanya siaran ini, bacaan Quraan sedikit sebanyak mampu difahami dan dihayati oleh para pendengar. Bagaimanapun, segmen hiburan mendidik jiwa masih terus kekal bersama deejay2 setiap kali mereka ke udara. Begitu juga segmen permintaan lagu pilihan pendengar. Justeru mengambil kira kepelbagaian latar pendengar, Cahayafm turut mengadakan satu segmen iaitu Zon Bebas Fikir yang dikendalikan sendiri penerbitnya , Nazri. Segmen ini memutarkan pelbagai genre lagu berunsur ketuhanan, nasihat, lagu-lagu rakyat malah lagu-lagu pop yang sesuai serta tidak keterlaluan untuk pendengar yang inginkan genre muzik seperti itu. Segmen ini disisipi info-info berita semasa bersumberkan petikan akhbar beserta ulasan.

Antara deejay-deejay Cahayafm terkini; Nurhayati Musa, Jalifah Azlizah Azlan, Pilie PSG, Mohd Khamis, Fredolley Azizi Lining, Mohd Izhar Saibin, Wufey PSG, Pak Ngah Junoh, Alhaqiem, Norlela Abdul, Din, Miftah, Farah, Ibadur Rahman dan Najeebah. Masing-masing mereka berada di Keningau, Ranau, Kota Kinabalu, Pahang, Rawang, Kuala Lumpur, Singapura dan Berlin German.

Info: Dipetik dan dikongsi info dari rakan FB
Nazri Aldusuni (Penerbit Radio Online Cahaya FM). Semoga perjuangan yang baik sentiasa success dan sentiasa berada dibawah rahmat Ilahi. InsyaAllah. ^___^