♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Sunday, June 13, 2010

IMPIAN PENCARIAN


IMPIAN PENCARIAN

Ku cari siapa dia...
Yang sentiasa dekat pada-NYA...
Yang ikhlas menghambakan diri pada-NYA...
Yang menjadikan pegangan agama sebagai cara hidupnya..

Ku cari siapa dia..
Yang cintakan ilmu...
Yang mengamalkan ilmu...
Demi kejayaannya di dunia dan di akhirat...

Ku cari siapa dia...
Yang tak punya rasa gentar...
Tak punya rasa takut...
Melainkan gentar dan takut pada Allah swt...

Ku cari dan ku cari lagi...
Walhal pencarian ku ini hanya impian cuma...
Sekadar harapan yang yang tidak pasti...
Kerana kata-kata ini hanya bisikan sanubari...
Dan kaku diri ku memerhati sahaja...
Hingga terdampar aku disudut persoalan...

Siapa aku untuk mencari dia???
Mengharapkan yang terbaik dalam dirinya???
Walhal diri ku masih perlu diperbaiki...


Diary abstrak seorang pencinta: LeyFah82_11.06.2010_Jumaat_1.00 petang.

Tuesday, June 8, 2010

KEMBALILAH KEPADA FITRAH


KEMBALILAH KEPADA FITRAH

Pada yang mempunyai harta melimpah
Hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang gagah, sihat dan kuat,
Berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendikiawan
Murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
Bersedkahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Allah
Sebagai perantara rahmat dan barakah

Di dunia menyemai kebaikan
Di akhirat nanti menuai keredaan
Disini tempat bekerja memerah tenaga
Di sana tempat berehat menikmati syurga

Dunia ini medan bermujahadah
Satu mujahadah kembali ke fitrah
Perjuangan memang pahit
Kerana Syurga itu manis
Susah di dunia-menempuh UJIAN
Senang di akhirat-menempah KEJAYAAN

Petikan dari Buku 'Di Mana Dia Di Hatiku', hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi, terbitan Karya Bestari. (Untuk maklumat lanjut hubungi 03-55118820/21).

Sumber: Hadis & Falsafah, Majalah Nur, M/S 12, Jun 2010.

MEMAAFKAN

MEMAAFKAN

Selagi kau tidak BAHAGIA dengan KEBAHAGIAAN ORANG lain, itu petanda kau sendiri TIDAK BAHAGIA. Pujuk diri mu bahagia apabila melihat 'MUSUH-MUSUH MU' bahagia. Wahai diri, ingatlah...segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.

Jika datang orang 'MENGHADIAHKAN' air mata....Allah sedang mendidik mu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'SEBAB', lihat dengan MATA HATI yang Allah juga menjadi 'MUSABBABIL ASBAB'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti REDHA.

Firman Allah yang bermaksud:

"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuh mu akan menjadi seolah-oleh saudara" - Surah Fussilat: 34.

Kini, hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku yang begitu sukar MEMAAFKAN? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba! Sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil untuk berdendam? Ya Allah...

Petikan dari Buku 'Di Mana Dia Di Hatiku', hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi, terbitan Karya Bestari. (Untuk maklumat lanjut hubungi 03-55118820/21).

Sumber: Hadis & Falsafah, Majalah Nur, M/S 38, Jun 2010.

Tuesday, June 1, 2010

RINDU MAHU MAKAN "TUHAU"


RINDU MAHU MAKAN "TUHAU"


Bunyi mesej berdering di telefon ku.


"Mau tanya Tuhau tu dibuat dari apa ya?" kata sahabat sekelas ku di UMS, Mardiana.


Mardiana merupakan rakan sepengajianku (Psikologi Kaunseling) semasa belajar 3 tahun di UMS. Dia berasal dari Tawau dan berbangsa Bugis. Aku sendidri berbangsa Dusun. "Tuhau" yang ditanya adalah salah satu makanan tradisional suku kaum Dusun seperti ku. Semasa belajar di UMS dulu aku juga pernah menggunakan tajuk 'Tuhau' sebagai assigmnent tugasan ku.


"Oh, dari sejenis tumbuhan yang masih muda jak ba tu. Ditumbuk/dihiris halus. Campur cili padi, air limau/cuka, garam, ajinamoto/gula. Boleh gak campur belacan. Sedap..." demikian aku membalas mesejnya.


Aku mula membayangkan ketika aku memproses Tuhau sebelum ini. Semasa majlis kahwin kakak ku Norhafiza, aku sempat memproses Tuhau. Malang, aku sendiri tak sempat merasanya kerana kesibukan menyediakan hidangan. Apapun pun aku bila-bila masa saja dapat menyediakan Tuhau ini disebabkan Tuhau masih boleh dibeli di Pasar Malam atau diambil dari kebun ayah ku.


Dalam diam aku memendamkan keinginan ku, rupanya adik ku Anis juga teringin untuk memakan Tuhau setelah melihat gambar Tuhau. Satu lagi pelajaran ku perolehi dari hubungkait melihat, mendengar, mengimaginasi Tuhau terhadap keinginan untuk makan Tuhau. Andai tiada perbincangan mengenai Tuhau, pastinya aku tidak teringat akan Tuhau dan aku tak akan mencari Tuhau. "Ermm...terliur dibuatnya."


"Rindu mau makan Tuhau.." jauh disudut hati ku sudah menterjemahkan keinginan ku. Rupanya adik ku Anis juga serupa, rindu mahu makan Tuhau.


"Nantilah kita pergi cari di Pasar Malam." aku sudah berangan-angan dengan adik ku. Heee. ;)

Thursday, May 27, 2010

JANGAN KATA BEGITU...


JANGAN KATA BEGITU...

Kesibukan menyemak kertas peperiksaan menyebabkan aku meninggalkan telefon bimbit ku di rumah guru. Tambahan pula bateri telefon bimbit agak lemah dan perlu dicas. Hari Khamis biasanya hanya dua masa aku berada di kelas (8.20 -9.20 pagi). Namun banyak masa ku habiskan di bilik guru untuk menyambung semula semakan kertas peperiksaan untuk kelas 4B.

Atas urusan lain, barulah tergerak langkah ku kembali ke rumah guru ku. Ku jenguk seketika telefon bimbit ku. Iya....ada satu mesej yang sudah dihantar beberapa jam lalu. "saya minta tolong lagi da sama kau, saya mau pinjam duit 300.00...." demikian sebahagian ayat dari penghantar mesej yang sememangnya amat ku senangi selama ini.

"Ermm....amacam ya....di kampung halaman juga telah memesan agar aku memberikan sejumlah wang untuk urusan tertentu...dan nilainya 1k. Aduhhhhhhhhhh...mana dulu yang perlu didahulukan. Jumlah 1k itu banyak...dan masih banyak yang perlu aku sendiri perlu lunaskan. Selebihnya untuk perbelanjaan makan ku adik bradik serta tambang buat adik ku yang sedang menjalankan praktikal di makmal Hospital Keningau. Mungkin aku perlu tangguhkan dulu permintaan tersebut." Aku mula memikirkan mana satu yang perlu didahulukan.

"Dulu dipinjam 400. Kemudian 300. Sekarang mau pinjam lagi 300. Semuanya menjankau 1k. Untuk dikembalikan??? Tentu tak pasti lagi kerana aku tahu sumber ekonomi mereka (pengirim sms) sememangnya susah." hati ku disuntik sikap berkira.

"Balik-balik mau pinjam..." suara hati ku mula merungut. Rungutan itu menginagtkan aku pada seseorang yang juga meminjam duit ku sebanyak 800 beberapa bulan lepas, dan aku tahu pihak tersebut juga belum tentu dapat membayarnya semula.

"Astagfirullah. JANGAN KATA BEGITU... Kau adalah orang yang terpilih dah bertuah kerana diberi peluang mendapat kerja yang baik. Maka itu, kau adalah harapan buat mereka. Bersyukurlah....ini semua rezeki dari Tuhan dan ambillah peluang ini untuk berbakti dan membantu saudara-saudara mu sementara berpeluang." Ada suara lain di hati ku menyelinap masuk menampar keangkuhan suara hati ku sebelum ini.

"Hurmm...." terluah jua keluhan berat yang bersesak di dada ku.

"Nasiblah ada juga pendapatan sampingan ku melalui latihan tempatan Askar Wataniah. Boleh juga membantu menampung perbelanjaan lain yang tak dijangka." sedikit ruang dihati ku terasa lega.

Dan aku mula mengiakan..."aku harus membantu mereka yang amat memerlukan selagi diri ku boleh. Semoga rezeki ini sentiasa dimurahkan" hati ku hanya berdoa yang terbaik.

"Semoga semuanya baik-baik saja."

Tuesday, May 25, 2010

CARI PASANGAN TAK MEROKOK...


CARI PASANGAN TAK MEROKOK...

Mufti Perlis (Bekas) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa ALASAN;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka Suci menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan di masa hadapan.

Sumber: http://drmaza.com/home/

Nota: Info ni saya dapat dari nota Facebook Suci. Ada sesuatu yang bermanfaat boleh dikongsi bersama. :)

Kata Suci: Ini artikel menarik yang Suci baca dari blog Dr MAZA. Tentang pemilihan pasangan yang tidak merokok. Coretan ini sekadar pandangan dari beliau. Orang lain mungkin berpandangan lain.. terutama bagi lelaki merokok, mesti ada rasa tak puas hati kan? ;)

PENCARIAN CINTA


PENCARIAN CINTA

Jika hati kita sakit, maka tahajudlah pengubatnya.
Jika hati kita letih, maka tahajudlah pengubatnya.
Jika hati kita malas, maka tahajudlah pengubatnya.

Umpama set bijiran sihat, dalam tahajud mengandungi 'pelbagai vitamin' untuk menyihatkan hati.

Jika hati sihat, maka badan pun sihat, kepada ALLAH sentiasa di ingat.
Jika hati sakit, maka badan pun sakit, amal menjadi sikit.
Lantas, diri mudah menjadi berputus asa dan memandang segalanya pada satu sudut sahaja.

Nikmatnya bertahajud, sama seperti merasai nikmatnya kemanisan Iman. Jangan dilupa bahawa tahajud juga mendekatkan kita dengan Tuhan.

Menjadi PENGUAT hati tatkala resah. Menjadi PENGUAT diri tatkala lemah.
Jika tidak, masakan Nabi dan sahabat-sahabat dahulu mampu bertahan, biarpun dicemuh, biarpun dihina, biarpun dianggap asing. Mereka rajin bangkit di sepertiga malam, sebengis-bengis UMAR AL-KHATAB, dia menangis tatkala mengadu pada ALLAH di sepertiga malam.

Tahajud jadikan amalan. Di sepertiga malam, merayulah pada Tuhan.

Beruntunglah bagi sesiapa sahaja yang berjaya dalam pencarian cinta itu, mencari secebis cinta di penghujung malam, dan merugilah bagi sesiapa yang mengabaikan keistimewaan itu lantaran duniawi ini baginya kelam.
Bold
Doakan agar kita berjaya mencicip kembali nikmat itu!

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan. (Yunus : 9)

Dunia terasa indah biarpun diri dicerca.. hati berasa tenang biarpun diri dihina.. kerana diri ada ALLAH.

Hidup ini indah.. jika segalanya kerana ALLAH.. Yakinlah..Tahajud pengubat hati nan lara.
Bangkitlah.. bersujud di malam gelita..damba kasih dari pencipta... biarlah menitis airmata.. mengenang segala dosa.

Nota: Dipetik dari nota sahabat ku Suci Salsabila di Facebook. TQvm Suci. Ada sesuatu yang ku pelajari mengenai pencarian CINTA ini. :)