♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, May 22, 2010

RASA RESAH GELISAH


RASA RESAH GELISAH


'Hurmm...' ada keluhan yang amat berat terluah. Kenapa dengan hati ini?

"Ada sesiapa merasai apa ku rasa?? Iya... 'RASA RESAH GELISAH' ? "

Jika dilayan perasaan ini...boleh pening dibuatnya. Kerja terhenti-henti. Begitu hebat penangan resah gelisah ini. Seolah-olah diragut segala tenaga yang ada dalam diri, lemah dibuatnya. Iya...seperti kata-kata yang prnah ku dengar ini :

"Mandi tak basah...tidur tak lena..makan tak kenyang..kerja lambat nak siap." Ehehheheh...apa-apa saja lah yang berkaitan dengannya.

"Bila kita cinta seseorang, kita akan selalu ingat dengan mereka." kata Akhbar di Astro Oasis, pengacara di satu rancangan astro Oasis. Sempat pula telingaku menangkap ayat itu. Walhal dia sedang menceritakan CINTA pada PENCIPTA. Aku?? Erm....mungkin cinta yang satu lagi...opsssss...memalukan. Tak apalah...aku berbicara buat muhasabah diriku. Berusaha menganalisis kegelisahan HATI.

"Ya Allah...sesungguhnya HATI ku ini anugerah Mu. Kenapa aku dikurniakan kegelisahan ini? Ada satu tahap kepala ku akan terasa sangat berat memikirkan kegelisahan ini. Sampai bila harus begini Ya Allah??" Persoalan ini sering berteka-teka dalam hati ku dan ku adukan pada DIA yang maha MENGETAHUI.

"Hurmmm....TERKURUNG dalam ruangan minda. TINDAKAN pula dibius oleh KEGELISAHAN yang entah berpunca dari mana. Esok masih banyak yang perlu diselesaikan." Itu kata-kata ku yang telah ku luahkan dua hari lalu. Aku berusaha lari dari kegelisahan ini...tapi hanya rasa "PENING" yang menyerang dan mengheret keletihan fikiran hingga aku perlu tidur awal.

"Aku dibius cinta..." seorang teman memberi respon terhadap ayat ku. Aku hanya tergelak dan tidak berkata apa-apa... seolah-olah tak mengakuinya....padahal jauh disudut hati aku mengakuinya. Huhhh...penat minda ku diserang kegelisahan ini. Dimana harus ku lontarkan perasaan ini??

Aku tahu...jawapannya mungkin BERTERUS TERANG dan BERBINCANG. Namun aku sudah mengambarkan sesuatu KEGAGALAN dan RASA MALU pasti menguasai diri. Walhal itu aku PENDAMkan sahaja. Namun...kesannya kini...RESAh...GELISAH...LEMAH...PENING dan macam-macam. Kadang terasa SEBAK di dada.

"Tolongggggggggggg...." pasti tiada siapa dapat menolong ku melainkan diri ku sendiri. Tak apa lah....aku harus bersabar memerangi perasaan yang satu ini. Walau penat...walau lemah...walau gelisah...semoga dapat ku lalui dengan tenang.

"Aduhhhhhh....Ya Allah...hanya Engkau yang maha mengetahui...ringankanlah beban perasaan ini. Permudahkanlah urusan hidup ku Ya Allah...Amin."

Sesungguhnya ada rasa SERIK untuk ku ulangi curahan rasa sayang yang pernah ku alami suatu ketika dulu buat seseorang yang pernah ku sayangi. Serik itu disebabkan aku telah DIUJI dengan PERPISAHAN yang menyakitkan hati. Dan kesannya aku kini semakin SUKAR membuka pintu hatiku, (Mungkin juga sudah pandai MEMILIH).

Namun buat seseorang yang baru tiga tahun ku kenali ini...seolah-oleh terdapat sinar yang membuatkan aku sentiasa tersenyum untuknya...sentiasa gembira dengannya...walhal si dia yang ku maksudkan mungkin tidak menyedarinya.

"Apa lagi yang perlu ku lakukan??? Melainkan PASRAH...kerana bimbang usahaku menemui kegagalan lagi. Dan....terpaksalah diriku BERPERANG dengan kegelisahan ini berbekalkan KESABARAN dan DOA yang tak putus-putus." :-(

Diary Abstrak seorang pencinta: Leyfah82_3.00 petang_23.052010 (Ahad).

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU



SELAMAT HARI GURU : 16 MEI 2010 (AHAD)



GURU,
Dalam ajarnya ada HARAPAN.
Dalam tegurnya ada DOA.
Dalam marahnya ada SAYANG.
Dalam diamnya ada BIJAKSANA.
BERBAHAGIA lah menjadi Guru.
"Selamat Hari Guru"

(SMS from: Cikgu Darwninah Mohamad) (Picture Facebook from: Cikgu Gdin Keningau)




I can appreacitae coffee without SUSU,
Nights without LAMPU,
Curry without LEMBU,
Burgers without KEJU,
But NOT school without GURU.
"Happy Teacher's Day"
"Guru Pembina Negara Bangsa"


(SMS from: Teacher Merilyne Milton & Cikgu Mariani)
(Picture Facebook from: Aswina Saibin, Yusniati Yusof & Nong Murni)




Dulu, murid hormat dan takut guru,
Kini, guru takut murid.
Dulu, guru chalk & talk,
Kini, guru kena slow talk.
Dulu, guru boleh claim,
Kini, tak boleh complain.
Dulu, Hari Guru dapat wang saku,
Kini, Hari Guru dapat 'penyapu'...kena gotong royong...
"Selamat Hari Guru"

(SMS from: Ustaz Januar & Cikgu Masnijah Muhamin)
(Picture Facebook from: Jackie Jack)




Apakah cita-cita anda sebelum jadi Guru?
Majistret? Loyar? Enginear?
Adakah anda menyesal jadi guru?
Cuba lihat ada tak loyar yang sanggup pakai topi arkitek?
Ada tak majistret yang berani sarung kot doktor?
Tapi GURU adalah semua itu.
Kitalah DOKTOR bila murid SAKIT.
LOYAR bila parents SOAL.
MAJISTRET bila murid BERGADUH.
Hatta SECURITY GUARD dan AHLI NUJUM pun kita!!
Semalam pula jadi TUKANG KEBUN Gotong Royong Perdana.
Oleh itu, banggalah jadi CIKGU.
"Selamat Hari Guru"


(SMS from: Cikgu Wagimin Sapri - GB SK Merampong)
(Picture download: Cikgu Jalifah Muhamin)


'GURU' bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.
Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana menjadi MENJADI INSPIRASI HIDUP KU.
Yang pasti guru juga bagaikan TV9 DEKAT DI HATI.
Dan yang paling penting.....
Guru juga bagaikan PACKAGE ASTRO
kerana MACAM-MACAM ADA.
"Selamat Hari Guru"
(SMS from: Cikgu Maria Jafflic & Lenny Kong)
(Picture Facebook from: Jackie Jack)


Note: TQ ucapan selamat dari semua rakan-rakan SMS dan ucapan di wall Facebook yang lain: Shima Ku, Rafye Pye, Cikgu Ry Yusrus, Cikgu Ruslinah Idzsang, Cudan Dan, Adik Iman Izzah, Afifin (Indonesia), Cikgu Hasrinah Tudiki, Cikgu Estee Lee, Cikgu Aen Mardiyah, Dzakir Bustamam, Teacher Avella, Midi, juga rakan-rakan yang tak sempat disebutkan namanya.

Saturday, May 15, 2010

PILIH PILIHAN HATI MU


PILIH PILIHAN HATI MU


Pilih...
Pilih saja apa mahu mu
Memilih pilihan demi pilihan
Kerana itu hak mu
Memilih untuk diri mu


Pilih...
Pilih saja keputusan mu
Andai itu kata hati mu
Andai itu membahagiakan mu
Kerana segalanya diatas tanggungjawab mu


Pilih...
Pilih saja pilihan mu
Kerana hidup kadang perlu memilih
Bukan menerima tanpa usul periksa
Tanpa fikiran semasak-masaknya


Pilihlah pilihan hati mu
Moga ada ketenangan di akhirnya
Kerana memilih sememangnya
tak semudah yang disangka
Bagai memilih sesuatu barangan
Punya kualiti memuaskan hati


Bila harus memilih
Pilihlah juga rentak langkah hidup mu
Ke kiri atau ke kanan
Ke utara, selatan, timur mahupun barat
Janji berpaksi pada Tuhan
Kerana hidup ini sekadar persinggahan



Diari Abstrak Seorang Pencinta:
LeyFah82_15.05.2010 (Ahad)_4.00 petang

Wednesday, May 12, 2010

DI MANA KHUSYUK KU?


DI MANA KHUSYUK KU?

Agak lewat ku tunaikan Solat Maghrib sebentar tadi. Namun dapat dapat juga ku tunaikan kewajipan Solat Maghrib itu 15 minit sebelum masuk waktu Solat Isyak. Anak buah ku turut mengikuti langkahkah ku untuk bersolat dan sengaja ku sediakan sejadah kecil berwarna purple dibelah sejadah besar warna coklat milik ku.

"Nah...pakai ini?" kata anak buah ku sambil memegang kain telekung kecil milik adik bongsu ku.

"Tak payah...ni aunty Pah punya, ada sudah." kata ku sambil menunjukkan kain telekung ku.

Selepas sempurna memakai telekung, aku mengajak anak buah ku ikut solat. Seperti biasa, anak buah ku Mohd Mifdhal Ziyad akan mengangkat tangan seolah-olah takbir dan terus sujud. Hanya sekali perbuatan itu dan ia akan merangkak ke depan membelek-belek apa juga barang-barang dihadapannya.

Aku??

Aku tetap meneruskan solat ku. Namun khusyuk ku kadang tersasar seketika. Anak buah ku mencapai sesuatu di atas meja solek dihadapan sejadahnya. Dalam bacaan yang tak pasti sempurna atau tidak, sudut mata ku pula sempat memerhati gelagat anak buah ku.

"Aduh.....saat solat yang singkat ini, perhatian itu cuma satu, cuma untuk-NYA. Tapi kenapa fikiran ku masih memikirkan duniawi??" Hati ku serba salah. Namun aku tetap meneruskan solat ku hingga salam dan doa yang ringkas.

"Idal buat apa??" tegur ku pada anak buahku selepas selesai menunaikan Solat Maghrib.

"Idal pakai bedak. Cantik sudah Idal kan??" Jawabnya penuh tulus ikhlas sambil tersenyum hingga membuatkan matanya mengecil (sepet). Rupanya benda yang dibelek satu persatu, dibuka satu persatu dan disapu-sapu ke pipinya ialah bedak muka ku. Aku cuma tersenyum geli hati dengan gelagatnya. Terhibur seketika dengan telatahnya dan tak sampai hati melafazkan kata marah.



Sementara menunggu Solat Isyak, aku menyelesaikan tugas lain sambil mendengar irama nasyid Gema Nurani di Muzik Aktif yang bermula pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam. Solat Isyak juga agak lambat ku tunaikan, sekitar jam 7.45 malam, padahal Isyak masuk sekitar jam 7.31 malam pada hari ini. Ku akui sikap bertangguh ku ini masih terlalu liat untuk diubah.

Ketika menunaikan solat Isyak, anak buah ku sibuk berbual-bual dengan adik ku Anis di ruang tamu. Aku sendiri sedang menunaikan solat Isyak di dalam bilik. "Kali ini aku tidak perlu mengajak anak buah ku solat, lagipun dia sedang seronok bermain di ruang tamu" bisik ku.

Semasa menunaikan solat, langkah kecil kedengaran menghampiri pintu bilik ku.

"Aunty Irus..." jerit anak buah ku. Tidak suara berbalas dari adi ku Anis, rupanya adik ku sudah berada di bilik air. Dua orang adik bongsu ku pula, Nonow dan Cici masih belum balik dari mengaji di surau. Kesunyian menyebabkan anak buah ku sekali lagi menghampiri ku. "Kali ini aku cuba mempertahankan khusyuk ku. Apapun terjadi, biarlah. Aku mesti tunaikan solat ini dengan khusyuk terlebih dahulu." hati ku berbisik.

Anak buah selamba melintas dihadapan sejadah ku. Entah apa lagi yang dibuatnya di hadapan sejadah ku. Kali ini pandangan ku terarah terus di hamparan sejadah. Mengira rakaat berpandukan 4 kubah gambar masjid di hamparan sejadah.

Tiba-tiba sekeping biskut marie bergoleh diatas sejadah ku. Cobaan. Segera tangan kanan kecil anak buah ku mengutipnya. Anak buah ku duduk seketika sambil mengunyah biskut di hadapan sejadah ku. Sekelip mata saja, kedudukannya berubah lagi, berdiri semula diadapan sejadah ku. Entah apa lagi ulahnya kali ini. Aku masih cuba mempertahankan khusyuk ku.

"Tap...tap" bunyi hentakan kaki kanan anak buah ku betul-betul berada di hadapan tempat ku bersujud. Syukurlah kepala ku tidak dipijak. Bagai lagak kaki berkawad, sekali lagi kakinya dihentakkan. 'Ya Allah....aku hampir tergelak melihat kaki comelnya, mentang-mentanglah auntynya ni ikut latihan Askar Wataniah.' Segera ku tutup mata ku buat seketika dan tetap meneruskan solat ku.
'Entah apa yang cuba dilakukan oleh anak buah ku, minta perhatian barangkali' bisik hati ku.

Hampir selesai menunaikan solat, anak buah ku sudah melarikan diri, seolah-oleh menghindari diri dari dimarahi. Kebetulan pula adik ku Anis baru sahaja keluar dari bilik air dan dia menjadi sasaran anak buah ku untuk dijadikan teman bermain. Hatiku beristighfar. 'Apa sudah jadi dengan khusyuk ku dalam solat hari ini' bisik hati ku.

Senyuman kecil meleret dibibir ku dan kepala ku automatik mengeleng beberapa kali. "Iskkkk...terlalu banyak kekurangan dalam diri ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki...masih banyak yang perlu dipelajari. Terasa ilmu ini terlalu sedikit hingga khusyuk pun sukar dipertahankan."

Friday, May 7, 2010

PERISTIWA ITU BUAT AKU TRAUMA


PERISTIWA ITU BUAT AKU TRAUMA


Selepas selesai bersahur dan menunaikan solat Subuh, aku dan rakan ku adik Farah duduk bersantai di bilik sewa Segama, Kota Kinabalu. Haba yang panas menyebabkan tingkap bilik kami buka sedikit. Entah bila masa kami terlelap kembali, aku tidak menyedarinya.

"krak...krak..." sayup-sayup bunyi batang paip jenis plastik yang dipasang besi cangkuk dimasukkan ke dalam bilik melalui cermin tingkap bilik. Aku langsung tak menyedarinya.

"Woiiii" kata adik Farah sambil menendang batang paip tersebut. Ketika itu batang paip sudah hampir mencecah beg tangan yang mengandungi dompet ku. Kata adik Farah, dia sempat melihat tangan kecil berkulit gelap memegang batang paip tersebut. Kanak-kanak PTI barangkali.

"Woi...woi..." jerit ku kerana terkejut dan sangat panik melihat sebatang paip panjang melewati pembaringan ku. Hujungnya yang hampir mencecah beg tangan ku betul-betul membuatkan aku sangat risau. Tambahan pula aku baru kehilangan Kad Pengenalan beberapa bulan lepas. Jeritan ku disertakan tendangan kaki kanan bertubi-tubi dari atas ke bawah seolah-oleh ingin mematahkan batang paip tersebut. Tiada hasilnya, malahan kaki kiri ku terluka disebabkan bergesel dengan batang paip tersebut.

Rupanya perlakuan ku hanya diperhatikan oleh adik Farah. Pencuri yang cuba mencuri sudah beberapa minit melarikan diri. "Heeee" adik Farah akhirnya ketawa terbahak-bahak melihat telatah ku. Aku hanya terkebil kebil...tersenyum sendiri pula.


Kejadian tersebuat buat kami tidak tidur lagi. Malah tingkap segera di tutup. Kejadian itu benar-benar membuatkan jantung ku berdegup kencang. Kesannya, aku pernah melompat bangun dari tidur yang nyenyak kerana terkejut melihat cahaya dari luar, sangat bimbang jika tingkap lupa ditutup dan pencuri datang lagi.

Kini semuanya tinggal memori. Memori ku bersama adik Farah yang menyewa di sebuah bilik bagunan atas kedai Segama Kota Kinabalu Sabah pada tahun 2007. Hani, rakan rumah sewa juga juga dalam kenangan, kami tinggal bersama selama setahun. Mereka berdua telah mewarnai saat aku cuba berdikari mencari rezeki di bandaraya utama negeri Sabah ini. Hanya kerja kerani bergaji sekitar RM600.00 - RM700.00 yang dapat ku perolehi walhal kelulusan ku ketika itu ialah Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling di Universiti Malaysia Sabah.


Walau hanya setahun tinggal bersama mereka berdua, banyak kenangan manis dan pahit kami tempuhi. Aku amat merindui persahabatan kami. Walau bangsa berbeza, aku berbangsa Dusun, Hani berbangsa Jawa (arwah bapa) + kadazan (ibu) dan adik Farah berbangsa Melayu Sarawak (bapa) + Bisaya Beaufort (ibu), kami bertiga selalu saling memahami. Khabar terkini ku terima dari Hani dan adik Farah, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2010 ini. Tahniah buat mereka, doaku semoga majlis tersebut berjalan lancar dan hidup berkeluarga melengkapkan lagi kebahagiaan diri masingp-masing. :)

Wednesday, May 5, 2010

60 SAAT : ANTARA HUJAN & ROTAN


60 SAAT : ANTARA HUJAN & ROTAN


Sekitar jam 3.00 petang, angin bertiup diiringi hujan renyai di luar rumah menyebabkan aku bergegas mengutip kain di ampaian ruang kali lima. Cuaca redup ditambah letih meneroka internet memyebabkan mata ku memerlukan rehat. Maka, segera ku ikut jejak anak buah ku Mifdhal Ziyad yang sedang tidur lena di ruang tamu.

Kelopak mata ku masih berat untuk dibuka sekitar jam 5.00 petang. Namun...kenakalan anak buah ku telah membantutkan keselesaan tidur ku. Jari telunjuk kecilnya sengaja di sentuh-sentuh ke wajah ku.

"Eja MADU?" pintanya.

"M-A 'MA'.....D-U 'DU'....MADU" jawab ku dalam keadaan mata tertutup.

"Eja 'MAMA'...." katanya lagi.

Aku masih melayan karenahnya. Macam-macam lagi ejaan yang dipinta untuk dieja...'KAYU', 'ABAH', 'MATA' dan lain-lain. Sampai akhirnya, ku gagahi diri untuk melihat jam di dinding rumah. Sudah jam 5.30 petang. Pintu rumah terbuka sedikit. Di tepi pintu terdapat beg biru dan merah kepunyaan dua orang adik bongsu ku.

Perlahan-lahan aku bangun. "Mana dua orang adik saya ni, sekitar jam 5.30 petang mereka mesti mandi untuk bersiap pergi mengaji di surau." aku mula mencari jejak mereka. Aku segera meninjau ke luar. Mereka tidak bermain basikal dengan jiran sebelah seperti kebiasaan yang dilakukan sebelum ni. "Dua hari lepas, dorang main di taman permaina Pra Sekolah, mesti dorang disana" aku mula membuat andaian.

"Idal...mari pakai selipar...kita cari dorang Cici. Mau rotan dorang ni, belum balik lagi. Dorang main di Pra Sekolah." Anak buah ku yang berumur genap 3 tahun bulan 15 Mei 2010 ini cepat faham. Selesai memakai tudung, aku segera keluar rumah. Aku sengaja membawa rotan (rotan berupa penggulung pembalut plastik buku berwarna putih). Anak buah ku sudah berlari-lari anak menuju ke arah Pra Sekolah, kira-kira 50 meter dari kuarters guru ku.

"Cici...Nonow...balik.....gelap sudah" jerit anak buah ku.

Dari mana ayat yang dipelajari anak buah ku...aku tak tahu. Yang pasti aku tersenyum riang dengan kelancaran kata-katanya dan semangat yang ada dalam dirinya. Aku mengekori anak buah ku dari belakang. Jeritan comelnya masih tidak dipedulikan oleh dua orang adik ku yang leka bermain dengan 3 orang jiran rumah yang sebaya umur dengan mereka.

Dalam 20 langkah menghampiri taman permainan, adik lelaki dan adik perempuan ku segera keluar dari taman dan berlari-lari anak untuk balik ke rumah. Tiada sepatah kata dari mulut ku mahupun dari mulut mereka, malah mereka terus melarikan diri untuk balik ke rumah. Seolah-olah sebatang 'rotan' itu telah memberi jawapan kepada mereka. Aku pula hanya memandang dan mengekori mereka. Anak buah ku sendiri sudah berlari anak mengekori larian adik-adik ku.

Jika di ikutkan hati...mahu saja dirotan punggung mereka. Mujur mereka sangat memahami dan bertindak cepat untuk pulang. Baru sahaja aku menukar arah untuk mengekori langkah mereka...tiba-tiba hujan mula turun. "Alamak...hujan...." minda ku segera mengabaikan situasi tadi. Kini fikiran lebih terarah untuk memepercepatkan langkah agar tidak basah kuyup disirami hujan yang mula turun. Aku segera berlari-lari anak mengejar langkah adik-adik ku dan cuba mengawal larian anak buah ku agar tidak terjatuh. "Cepat Idal...hujan turun..." aku memberi semangat buat anak buah ku untuk terus berlari hingga sampai ke kuarters.

Tiba di rumah, adik-adik ku kini bergilir-gilir mandi. Aku pula meneruskan kerja lain tanpa memikirkan lagi situasi tadi. Seolah-olah...perisiwa tadi adalah berlari untuk menyelamatkah diri dari hujan sahaja. ;)

DOA SEORANG PENCINTA


DOA SEORANG PENCINTA

Ya Allah ya Tuhanku…
Tuhan Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang
Ampuni dosaku, dosa kedua ibubapaku,
dosa kaum keluarga ku serta dosa
muslimin dan muslimat sekalian.

Ya Allah ya Tuhanku…
Berikanlah aku petunjuk ke jalan yang Engkau redhai,
berilah aku kekuatan dalam menempuh ujian Mu ini.
Sesungguhnya hamba Mu ini insan yang amat lemah lagi kerdil,
Hanya pada Mu tempat aku berserah…
Bukalah pintu taubat untau saudara ku,
Lembutkan hatinya supaya mengikut segala perintah Mu,
Berikanlah dia petunjuk ke jalan yang diredhai,
Redhakan dendam yang bersarang dalam jiwanya.

Ya Allah…
Sekiranya benar apa yang ada dijiwaku ini kurniaan dariMu,
Kau berilah petunjuk kepada hamba Mu ini…
Sekiranya ia jalan yang boleh membawa aku ke jalan yang Engkau murkai,
Jauhkanlah ia dari dalam jiwa ku…

Sekiranya benar dia telah ditakdirkan untuk ku,
Kau rapatkanlah lagi hati kami berdua dalam mencari keredhaan Mu.
Gandakan perasaan takut kami terhadap Mu,
supaya kami tidak terpesong dari jalan yang telah engkau tetapkan…

Dan sekiranya dia bukan takdir untuk ku,
kau jauhkanlah dia segera dari sisiku,
hilangkan bayang-bayangnya dari pandangan ku,
luputkan ia dalam mimpi ku…

Hanya pada Mu tempat aku berserah
Hanya pada Mu tempat aku memohon petunjuk…
Amin…Amin…
Ya Rabbal Alamin…