♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Sunday, February 21, 2010

SABAR, IKHLAS DAN REDHA


SABAR, IKHLAS DAN REDHA

Kata orang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kata-kata ini memang benar kerana kisah hidup seseorang akan menjadi cerita generasi akan datang. Untuk itu ciptalah cerita yang indah-indah hari ini untuk dikenang di kemudian hari.

Jadikan kisah Nabi Ayub yang menderita kerana penyakit selama berbelas-belas tahun yang tetap sabar dan teguh imannya. Sementara isterinya begitu setia melayani, menjaganya dengan penuh kasih saying seikhlas hati disamping membanting tulang mencari rezeki.

Nabi Ayub berdoa, “Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Maha Pemurah” – (Surah Al-Anbiya:83).

Allah memakbulkan doanya serta merta dengan meminta Nabi Ayub memukul tanah dengan kakinya. Lalu keluar air dari mata air dan Allah meminta Nabi Ayub mandi dan minum air itu. Keajaiban berlaku di mana seluruh penyakitnya hilang.

Inilah hasil daripada sebuah kesabaran, keikhlasan dan keredhaan menerima segala takdir Allah.

“Kadang-kadang manusia menyesal kerana kata-kata yang telah diucapkannya, tetapi ia tidak pernah menyesal kerana diamnya”.


Hadis & Falsafah, Majalah NUR, m/s 17, Februari 2010.

Friday, February 19, 2010

YAKINLAH ADANYA HARI ITU


YAKINLAH ADANYA HARI ITU

Orang yang faham bahawa umur dunia singkat, harta dunia sedikit, perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti, maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa tentang apa sahaja yang berhubung dengannya.

Usahlah bersedih walau apa sahaja yang luput darimu berupa keduniaan. Bukankah kita mempunyai ‘RUMAH LAIN’ yang lebih MULIA, KEKAL, BESAR dan INDAH? Itulah RUMAH AKHIRAT. Pujilah Allah kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.

“Peristiwa lalu adalah mimpi, hari ini adalah reality dan hari esok adalah harapan INDAH.”


Hadis & Falsafah, Majalah NUR, m/s 127, Februari 2010

Friday, February 12, 2010

PERKUKUH JIWA MENERUSI TENAGA POSITIF


HARI ini ramai yang menyambut hari baru dengan penuh kesyukuran. Yang pasti satu hari lagi peluang hidup berkurang. Entah tinggal berapa hari lagi baki yang masih ada. Rahsia yang Maha Kuasa tiada siapa boleh menembusi ruang-Nya.

Ajal, jodoh, rezeki dan titik akhir yang menjadi penentu bahagia atau sengsara menjadi persoalan yang tidak mungkin terjawab. Saat menyambut hari bahagia setiap hari, eloklah kita meneliti arah garis nasib masa depan. Mampukah kita mengubah nasib dan bukan berserah kepada nasib?

Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya sentiasa gerun memikirkan misteri takdir manusia menerusi sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang terkumpul kejadiannya dalam perut ibu selama 40 hari berupa mani, kemudian 40 hari berupa darah, kemudian berupa daging seperti itu juga. Lalu diutus malaikat meniup roh di dalamnya dan diperintahkan mencatat empat perkara iaitu; rezeki, ajal, amal perbuatan dan nasib sial atau untungnya. Demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang itu ada kalanya melakukan perbuatan ahli syurga sehingga jarak antara dia dan syurga selangkah saja. Maka sesungguhnya telah tertulis dalam Kitab dan dia berubah melakukan perbuatan ahli neraka sehingga masuk ke dalamnya. Dan seseorang yang melakukan perbuatan ahli neraka sehingga tidak jauh jarak antara dirinya dan neraka melainkan selangkah saja, maka tertulis dalam catatan Kitab dia melakukan amal ahli syurga dan masuk ke dalamnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Suatu ketika anda berjumpa dengan fenomena pelik yang menyimpan kenangan 10 atau 20 tahun lalu. Takjub dan hairan berjumpa dengan kawan lama, mengapa lelaki ini boleh berjaya mengatasi anda pada hal 10 tahun lalu dia bukan siapa-siapa.

Akhirnya nasib nyata boleh berubah, Allah tidak pernah berbuat zalim kepada makhluk-Nya, siapa yang berusaha pasti akan mendapat hasil sesuai dengan usahanya itu. Tetapi ramai pula yang berputus asa.

Mereka berkata: “Nasib tidak menyebelahi aku. Setiap kali berniaga pasti muflis, nak minta projek ke sana ke mari macam peminta sedekah tidak juga dapat. Bila aku boleh kaya? Tuhan sudah tetapkan nasib aku sentiasa sial, tidak payah buat kerja sungguh-sungguh, tidak berfaedah, semua tidak menjadi.”

Ubat bagi orang berputus asa dan berserah kepada nasib ialah:

* Jika takdir anda buruk berlarilah menuju takdir yang baik. Tiada siapa tahu suratan nasib yang melingkari perjalanan hidup di dunia ini. Susah senang silih berganti menjadi lumrah alam. Tiada kata putus untuk memahami takdir.

Tidak akan mampu akal manusia mencapai rahsia Allah itu. Hikmahnya adalah supaya kita tidak melampau dalam kesombongan. Ada masa sihat kadang kala jatuh sakit, kaya sebentar lalu miskin tiba-tiba. Ketika berkuasa beringat suatu hari nanti kerajaannya akan jatuh ke tangan orang lain.

Semua berputar dalam genggaman Allah supaya kita tahu kita tidak mampu mencabar kuasa-Nya.

Maka diciptakan manusia dalam keadaan tidak mengetahui takdir dirinya sendiri. Dia serba lemah dan jahil. Supaya manusia sentiasa berharap kepada Allah dan memohon dikurnia nasib yang baik dan berusaha berlari daripada takdir buruk menuju takdir baik.

Allah tidak akan menolong sesiapa yang tidak mahu menolong dirinya sendiri. Jadi, tiada alasan bagi seorang Muslim menyerah kepada nasibnya. Jangan salahkan takdir, kerana perjalanan hidup anda belum selesai dan ia sudah tertulis di Luh Mahfuz.

Seperti kata-kata hikmah yang dilontarkan Umar Al-Khattab mengenai takdir manusia, “Sesungguhnya kita berlari daripada takdir buruk kepada takdir yang baik.” Semua itu rahsia Allah. Anda masih mampu mengubah keadaan buruk menjadi baik atas izin Allah.

* Lonjakkan tenaga positif dalam diri. Kejayaan hanya diperoleh selepas anda mengalami tekanan. Semakin tertekan, semakin kuatlah usaha untuk keluar daripada tekanan itu. Begitulah kehidupan, setiap manusia memiliki tenaga positif yang melayakkannya tetap bertahan mengharungi mara bahaya.

Tenaga positif itu mengubah seseorang yang tidak dikenali menjadi orang ternama. Ia berada pada jiwa orang yang lahir di tengah mangsa kemiskinan kemudian memberi kekuatan pada seluruh jiwa raganya hingga mampu melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan yang diwarisi turun temurun.

Tenaga positif itu seolah-olah bisikan Tuhan yang mengusik air mata taubat penjenayah yang pekak telinga mereka daripada mendengar nasihat orang mulia lagi warak. Jika manusia sudah kehilangan tenaga positif itu, seolah-olah dia menjadi mayat sebelum dicabut rohnya.

Hidup tidak berguna sama sekali, ada dan tiadanya tidak memberi kesan kepada alam maya ini.

Apabila kita memiliki tenaga positif ini, berbahagialah orang di sekeliling kita. Mereka rasa selesa berdampingan dengan kita. Adaptasi sosial yang kita jalinkan begitu indah dan kemas, jauh daripada penyimpangan yang menyakitkan hati. Begitulah gambaran seorang mukmin menerusi sabda baginda SAW yang bermaksud: “Mukmin yang terbaik adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain.”

Seperti seorang bapa yang memegang tangan anaknya dengan lembut, matanya yang redup menitipkan semangat positif ke jiwa si anak, ibunya pula mengungkapkan bahasa indah mengandungi hikmah dan nasihat mengiringi langkah kecil anaknya menghirup khazanah ilmu.

Seperti seorang yang sakit dan diramal tidak akan dapat disembuhkan lagi, tenaga positif itu membangunkan jiwanya yang masih menyimpan kekuatan untuk menghabiskan sisa hidup dengan amal yang bermanfaat bagi orang lain. Setiap saat menjadi peluang untuk memperbaiki hubungannya dengan Allah dan manusia di sekelilingnya.

Sesungguhnya, tenaga positif itu berasal daripada kuasa Allah yang membuka mata hati kita sehingga mampu melihat hikmah kebaikan di bawah tompokan ujian kehidupan. Membuat anda mampu tersenyum, memujuk hati yang luka dan melupakan rasa sakit yang menghiris kalbu.

Rasulullah SAW pernah memohon kepada Allah supaya diberi tenaga positif yang berasal daripada Nur Allah. Dalam doa baginda memohon kepada Allah supaya menghapuskan kesedihannya kerana penghinaan dan kekejaman yang dilakukan penduduk Taif.

Baginda SAW berdoa supaya hilang segala kesedihan dan rasa putus asa: “Aku berlindung kepada Nur wajah-Mu yang mulia yang memberi cahaya kepada langit dan bumi dan yang menyinari segala yang gelap-gelita. Dan menjadi baik kerananya segala urusan dunia dan akhirat.”

Jika hati sudah diterangi cahaya Allah, serta merta kekuatan itu bangkit dan menghidupkan jiwa raga kita, jadi tiada alasan untuk berserah kepada nasib yang tidak pasti.

Sumber: BERITA HARIAN (AGAMA)-blog : 18.02.2008 --> http://agamaberitaharian.blogspot.com/search/label/Takdir
Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my

Wednesday, February 3, 2010

REFLEKSI KU : "Di Atas Sajadah Cinta"


REFLEKSI KU : "Di Atas Sajadah Cinta"


REFLKSI KU _04.02.2010_Khamis à 1 CERITA / SINETRON_“DI ATAS SAJADAH CINTA”_Karya : Habiburrahman El Shirazy. (Astro 106 Oasis_12.00 pagi – 01.00 pagi.) Berikut diringkaskan dan disimpulkan salah satu satu cerita menarik dalam sinetron yang telah saya tonton di kaca televisyen.

Kisah seorang lelaki beriman bernama Zahid yang ingin melamar gadis idamannya, Salmah. Sebelum melamar Zahid sempat solat istikharoh kemudian pergi ke rumah Salmah untuk melamar. Sayang seribu kali sayang, Zahid sudah terlambat. Salmah telah dilamar oleh seorang pemuda bernama Yasir, dan pinangan Yasir itu telah diterima oleh ibubapa Salmah. Pinangan Zahid terpaks ditolak.

Zahid dan Salmah masing-masing merasa amat sedih kerana cinta mereka tidak kesampaian untuk hidup bersama. Salmah terlalu sedih dan cuba berikhtiar agar mereka tetap akan dapat hidup bersama. Salmah merancang untuk ‘khalwat’ agar mereka ditangkap dan di nikahkan. Zahid sebaliknya menolak dengan baik segala rancangan Salmah. Zahid malah menghadiahkan sehelai sejadah buat Salmah dengan harapan agar menyerahkan segala ketentuan kepada Allah s.w.t.

“Kita harus tawakal, pasti ada jalan keluar” kata Zahid.

“Aku akan selalu menjaga sejadah cinta mu” kata Salmah. Salmah juga sebenarnya berasa amat malu dan kesal dengan cadangan khalwat terhadap Zahid. Segera ia beristighfar pada Allah swt.

Berkat solat, doa dan kesabaran, akhirnya Allah memberikan petunjuk buat Salmah. Tunang Salmah yang disangka baik oleh ayahnya ternyata seorang kaki kelab malam malah terjebak dengan pengambilan dadah. Ayah Salmah sungguh menyesal kerana tidak menyelidiki latar belakang Yasir sebelum menerima lamaranya. Setelah Yasir ditangkap, pertunangan mereka diputuskan dan ayah Salmah berpesan pada Salmah bahawa beliau bersetuju menerima pinangan Zahid yang ditolak sebelum ini. Salmah sungguh gembira dan berlari menuju ke rumah Yazid untuk menyampaikan berita gembira tersebut.

Malangnya Salmah telah terlewat. Zahid baru saja keluar rumah bersama beg pakaiannya dengan niat untuk meninggalkan jauh tempat yang didudukinya. Dalam kesayuan hati Zahid perlahan-lahan ia membawa langkah dan sempat singgah ke destinasi yang selalu dikunjunginya sebelum berlalu pergi.

Salmah pula terlalu sedih lalu berlari kearah masjid. Dia lantas duduk tersedu-sedu kerana harapannya terasa hancur berderai. Segalanya telah dirancang Allah, kebetulan Zahid melalui jalan berhampiran tempat Salmah sedang duduk menangis teresak-esak.

Dipendekkan cerita, akhirnya mereka dapat disatukan sebagai suami isteri yang sah dengan pernikahan yang suci dan terhormat. Happy ending gitu…ermmm…best juga karya-karya senetron Habiburrahman El Shirazy ni. Rasanya macam sinetron ni pasti dibukukan, emm…pasti ada buku “Di Atas Sajadah Cinta” dijual dipasaran. Cuma saya sendiri belum berkesempatan mencari apatah lagi untuk mendapatkan buku yang amat menarik minat saya ni.

Moral of the story, sememangnya Allah s.w.t lah yang akan mengatur segala jalan hidup manusia di dunia ni. Bersabarlah dan bertawakallah. Pasti akan ada jalan yang lebih baik. Selalulah kita bersangka baik terhadap-Nya, dekatkan diri serta mohonlah pada Allah s.w.t dengan sesungguhnya. InsyaAllah kita akan dapat penyelesaian yang TERBAIK.

“Bila Allah tarik satu, pasti akan diganti yang lebih baik, Yakinlah kerana itu janji Allah buat hamba-Nya.” :-)

Saturday, January 23, 2010

BAHAYA EGO



BAHAYA EGO



“Setiap kegiatan yang baik hendaklah diniatkan sebagai ibadah. Jangan mengeluh kerana ia menghilangkan kekuatan. Buanglah EGO kerana ia adalah BEBAN.”



“Beralih daripada yang buruk kepada kebaikan merupakan satu perjuangan yang panjang dan sukar. Namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan”.



“Usah persiakan usiamu dengan dendam kesumat, hal-hal yang tidak perlu, bertekak dan bermasam muka. Sebaliknya penuhkan hari mu dengan perkara bermanfaat. Percayalah, senyuman mampu meruntuhkan egomu.”



“Jika anda sedar anda berbuat salah, akuilah ia dan belajarlah daripada kesilapan itu. Usahlah menunding jari kearah orang lain sebaliknya lihat ke dalam diri sendiri. Gali di mana akarnya…”





Majalah NUR (Januari 2010), Hadis dan Falsafah, m/s 80.

Friday, January 22, 2010

KEMBALI BAHARUI JIWA



KEMBALI BAHARUI JIWA



Jika anda merasakan telah mencapai apa yang dicita-citakan, usahlah berpuas hati sebelum anda benar-benar mencapai BINTANG.



Anugerah akan kecantikan, keceerdasan, pengetahuan, kekuatan dan semuanya akan berubah menjadi derita dan musibah jika tidak diberkati Allah. Inilah peringatan Allah buat manusia yang lupa dan menjauhkan diri dari-Nya.



Sesungguhnya Allah sentiasa mengingatkan manusia untuk kembali memohon perlindungan daripada-Nya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud;




“Maka segeralah kembali kepada Allah. Sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata bagi kamu. Janganlah kamu mengadakan Tuhan yang lain di samping Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata bagi kamu”. (Surah Az-Zariyat: Ayat 50-51)



Kembalilah kita memperbaharui jiwa yang kontang, kembali mengatur cara hidup, amalan dan jalinkan hubungan baik dengan Allah.




Majalah NUR (Januari 2010), Hadis dan Falsafah, m/s 28.

WALAU SEDIKIT BIAR BAHAGIA



WALAU SEDIKIT BIAR BAHAGIA



Allah menuntut kita menyebarkan perkara-perkara baik namun Dia juga yang mencipta cemuhan-cemuhan yang datang dari mulut manusia. Berusahalah mencari keredhaannya, menerima pembahagian, meyakini ketentuan dan tidak bimbang masa nan mendatang.



Jadilah anda seperti rama-rama, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai, dari satu taman ke satu taman yang lain. Hidupnya sentiasa berpusing daripada yang kepada yang baik.



Jadilah juga seperti lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik yang pula, mengeluarkan madu, tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Dengung menggambarkan suka dan rela. Ia bagaikan utusan langit atau duta dari alam yang kekal datang berkunjumg.



Firman Allah yang bermaksud:



“Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bersukacita. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal). Yunus: 58”




Majalah NUR (Januari 2010), Hadis dan Falsafah, m/s 60.