♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, October 1, 2010

RESAH KASIH SI ‘BAIK HATI’


RESAH KASIH SI ‘BAIK HATI’

Alam maya telah menemukan aku dengan seorang insan yang baik hati. Bergelar alim dan banyak ilmu agamanya. Tak dinafikan aku amat meminati kelebihan ilmu agamanya. Aku amat menghormatinya kerana komitmennya yang tinggi pada sang pencipta dan ibubapanya. Kata-kata usikannya kadang menjentik hati ku. Namun aku selalu menafikan bila berkomunikasi dengannya.

“Saya suka cara awak.”

“Saya sayang awak.”

“Saya sangat-sangat sayang awak.”

“Iangat saya selalu.”

“Saya sayang awak….awak sayang saya???”

Aduh….hati perempuan ku tak dinafikan berbunga-bunga. Senyum melingkari bibir ku dan rasa bahagia membuai-buai perasaan. Namun pengalaman silam mengajar aku lebih berhati-hati. Aku lebih suka senyum. Segala rasa hati biar Tuhan saja yang tahu.

“Terima kasih. ^_^”

“Saya amat hargainya.”

“Orang baik seperti kamu pasti ramai yang sayang.”

“Saya sentiasa ingat kamu yang baik hati.”

“Ehehehe….sayang sesama manusia…”

Demikian balasan ku pada ayat-ayat manis daripadanya. Jawapan yang sebolehnya agak tersembunyi dan tidak jelas.

Sebenarnya, daripada penelitian ku dia yang ku gelar si “BAIK HATI” sudah berumah tangga dan umurnya agak muda daripada ku. Entah kenapa dia menyembunyikan statusnya sebenar, mungkin beniat beristeri, 4 (maafkan aku kerana berprasangka seperti ini.) Pernah satu ketika aku bertanya tentang isterinya dan dia menafikan, namun aku sempat melihat sekeping gambar persandingannya di alam maya. Si dia akhirnya mengaku telah beristeri. Aku hanya tersenyum dengan pengakuannya. Jauh di sudut hati, aku menanamkan tembok dan batas perasaan ku terhadapnya, perasaan ku tak boleh hanyut dengan kata-kata manisnya.

Beberapa hari berlalu si Baik Hati masih dengan cara percakapannya.

“Saya sayang awak.”

“Keputusan di tangan awak. Nak panggil ‘abang’ .....atau ‘adik’.”

Namun cepat saja jari-jariku menaip…..‘adik demi membataskan perasaan ku dan perasaannya. Dan boleh saja aku memanggilnya ‘abang’ dengan niat HORMAT terhadap ILMU AGAMAnya yang tinggi. Namun, sebolehnya aku tidak mahu meletakkan HARAPAN. Harapan yang MEMBAHAGAIAKAN tetapi akhirnya MEMUSNAHKAN hati dan perasaan ku di hari kelak. Sungguh aku juga sangat menyayanginya, namun cuma sebagai TEMAN yang BAIK HATI.

“Wahai Tuhan, kenapa aku diuji dengan insan baik hati sepertinya? Dia sudah menemui jodohnya. Masakan aku boleh berkongsi kasih sayang dengan kaum hawa lain? Fitrah kaum hawa, tidak mahu kasih sang adam dibahagi-bahagikan. Tambahan pula ilmu agama ku tak kuat menghadapi situasi poligami. Pastinya bicara ku mengundang perang kata-kata di hari kelak. Aku tak mahu menerima akibat yang menyakitkan jiwa dan perasaan ku lagi. Tolong aku wahai Tuhan, berikan aku kekuatan dan keputusan yang terbaik.”

Hati ku merintih…..ada rasa sedih bermaharajalela. “Tak apalah, biar sedih sekarang, jangan sedih berpanjangan di masa akan datang. Semoga bertemu lagi insan yang baik hati tetapi belum dimiliki dan memiliki” pujuk hati kecil ku.

“Buat si ‘BAIK HATI’, terima kasih kerana menyayangi ku. Ku harap kasih sayang mu ikhlas dan bukan gurauan. Aku juga ikhlas menyayngi mu sebagai sahabat yang sentiasa mendidik ku dalam soal-soal agama. Maafkan aku kerana tak membelai mesra kasih sayang yang diberi. Sungguh, aku mahu berhati-hati mengendalikan perasaan ku yang pernah rosak kerana belaian CINTA sebelum ini. Tambahan pula, diri ku rasa tak layak berdamping dengan mu yang serba sempurna dalam soal agama. Aku juga tidak mahu menyelit pada ruang kebahagiaan yang sudah dimiliki oleh isteri mu. Sungguh aku dapat merasakan kesedihan dihati isteri mu nanti. Kerana, sesungguhnya kaum hawa amat suakakan kesetiaan pada suami yang satu dan berharap suaminya juga setia pada yang satu. Melainkan mereka (kaum hawa) yang benar-benar mengerti dan sedia menghadapi RISIKO poligami. Tapi pada aku, aku tak bersedia.”

Terima kasih wahai TUHAN kerana memberikan aku kesempatan mengenali insan-insan yang BAIK HATI di muka bumi ini. ^_^

MUHASABAH DIRI:

"Perasaan SUKA dan CINTA adalah dua perkara yg berbeza. Tidak salah bagi seorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan HASUTAN SYAITAN yang membawa kepada ZINA HATI."

Firman Allah, "Dan jika kamu ditimpa sesuatu GODAAN SYAITAN, maka BERLINDUNGLAH kepada ALLAH. Sesungguhnya Allah Maha MENDENGAR lagi Maha MENGETAHUI."


No comments: