♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, October 7, 2010

PADA HELAAN NAFAS


PADA HELAAN NAFAS


Pada helaan nafas

Satu persatu ku sedut dan ku hembus

Membekalkan oksigen pada jasad ku

Demi menyambung nyawa hidup ku


Pada helaan nafas

Terkadang aku lupa akan nikmat percuma ini

Kerana leka berkelana di dunia

Hingga lalai mensyukurinya…


Pada helaan nafas

Tika aku diuji sang pencipta

Hatiku dihiris sembilu

Nafas ku jadi tersedu-sedu

Mengiringi tangis yang terluah


Pada helaan nafas

Ku heret minda pada sang pencipta

Ku luahkan rintihan rasa hanya pada-Nya

Sujud syukur pada kurniaan satu nyawa

Tenang damai pada hidayah-Nya


Pada helaan nafas

Entah di manakah penghujungnya

Hanya redha memohon kasih sayang-Nya

Ku dambakan suluhan cahaya iman

Semoga bekalan ini mencukupi

Untuk kembali pulang menemui-Nya

No comments: