♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, August 31, 2010

MARI MENGENAL SEORANG AHLI HIKMAH: LUQMAN AL-HAKIM


Saya kongsikan pula info dari sahabat FB saya Hadi Abdullah.


MARI MENGENAL SEORAG AHLI HIKMAH: LUQMAN AL-HAKIM

Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang yang Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah.

Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”

Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulan jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”

Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.

Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”

Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.)

PEREMPUAN VS MUSLIMAH


PEREMPUAN VS MUSLIMAH


Perempuan

Apabila teruna memerhatikannya.. Perempuan membalas dengan renungan mata.

Apapila teruna mendekati selangkah.. Perempuan hias berpuluh langkah tak hirau salah.

Apabila teruna memujuk rayu.. Perempuan lemah terkulai layu.

Apabila teruna memberi harapan.. Perempuan hanyut dalam angan langsung rebah di pangkuan.

Muslimah

Apabila teruna memandangnya.. Muslimah tunduk mengelak panah syaitan lantas malu menghijab mata.

Apabila teruna mendekati selangkah.. Muslimah berundur beribu langkah takutkan perintah ALLAH.

Apabila teruna memujuk rayu.. Muslimah anggap itulah bisikan iblis tanpa jemu.

Apabila teruna menutur harapan.. Muslimah yakin janjiNya kebahagiaan menanti di hadapan.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi sejati yang diselaputi iman yang hakiki yang tidak mudah dicemari.
Sumber: Nota FB dari sahabat ku Suci. Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama. :)

Saturday, August 28, 2010

RAPUH


RAPUH - OPICK

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Youtube pilihan: http://www.youtube.com/watch?v=ACUQf9AVNbs&feature=related

Semoga terhibur dalam mengingati-NYA. :)

Friday, August 27, 2010

MENANTI MU


MENANTI MU


Sekian lama aku melihat
Sekian lama aku berangan
Dan sekian lama aku cuba berusaha
Akhirnya...pilihan terluah...
Tindakan juga terlaksana...
Hingga terpahat satu tarikh keramat...
Tarikh bersejarah mendapatkan mu...

Kini...aku menanti mu..
Menanti mu...bersama renjisan moral baharu..
Menyimpan sedikit demi sedikit kos biaya
Demi persiapan menyambut mu
Demi memudahkan jua urusan bersama mu

Menanti mu...
Meletakkan rasa di ruang debar
Kerana mengharapkan yang terbaik
Mengharapkan tiada cacat celanya.
Dan...menanti mu...
Ku basahi kalimah doa syukur..
Semoga memiliki ini dipermudahkan..
Semoga memiliki ini juga diiring keselamatan...

BERTURUT-TURUT PERGI


BERTURUT-TURUT PERGI


Bunyi telefon bimbit ku memberi isyarat kehadiran mesej.

"Salam....mentua si Didi meninggal jam 8 pagi tadi" demikian mesej dari kakak ku Juhasia pada 25.08.2010 (Rabu).

Hati ku jadi hiba membacanya. "Mungkin sudah lama sakit, sudah masanya ia pergi." hati ku berbisik.

"Inalillahi waina ilaihi rajiun...Al-Fatihah. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali." Aku cuba meletakkan ruang kesedihanku pada garis sabar dan rasional.

Selang sehari, sekali lagi aku menerima mesej dari kakak ku Juhasia selepas sahur, namun selepas selesai mengajar di kelas 5B (sekitar jam 9.30pagi) barulah aku membacanya.

"Salam Ipa. Bini si Didi meninggal kemarin" (26.08.2010-Khamis).

"Apa....mesej ini SALAH TAIP barangkali. Yang meninggal mentua adik...bukan bini adik." Hatiku kurang berpuas hati. Dalam debaran...aku segera menghubungi telefon kakak ku. Huhh...hampa...kakak ku siuk mengajar dikelas. Sia-sia aku menelefon...suara ku dikatakan tidak jelas. "Hantar mesej jak la" kata kak Juhasia. "Mesej....aduh...pasti lambat sedikit....dia kan lagi sibuk mengajar." aku merintih sendirian.

Tak putus asa, aku menghubungi ayah ku yang kebetulan sudah berada di Beaufort bersama ibu ku, rakan ibu ku dan abang ipar ku (suami kak Juhasia). Namun...pangilan langsung tak bersambut.
"Aduhhh......kenapa bapa tak angkat call ni?" aku kecewa lagi.

"Tak apa....call mama pula" aku masih tak putus asa.

Syukur...telefon dihujung sana bersambut. Kedengaran suara mama menjawab salam dalam keadaan serius. Tapi mama memang macam tu...selalu serius bila bercakap di talian.

"Mak, betulkah bini si Didi (Jue) meninggal?" Aku segera meminta penjelasan.

"Iya. Selang satu hari saja lepas bapa dia meninggal. Mungkin dia (Jue) terlalu sedih. Tambah lagi dia memang selalu sakit-sakit." Demikian mama memberi pejelasan.

Selepas menamatkan perbualan. Aku duduk seketika ditangga bilik guru. Aduh....terasa berubah sekelip mata perasaan dihati. Sebak teramat. Ada titisan air mata, hiba...sayu...sedih...dan TAKUT. Orang-orang yang hampir dengan ku sudah dipanggil Allah. Aku takut ada antara keluarga kami selepas ini dipanggil.

"Astagfirullah....Astagfirullah....Astagfirullah... Ya Allah...ujian apakah ini? Ujian apakah ini ya Allah? Kasihan adik ku Asmadi....bagaimana mungkin dia menerima sekali lagi kesedihan orang-orang yang hampir dengannya. Ayah mentua mungkin boleh bersabar....ini...isteri tercinta. Kasihan puteri kecilnya yang baru berusia beberapa bulan.....kehilangan kasih sayang ibunya."


"Jenazah isteri si Didi dikebumikan selepas Solat Jumaat ni. (27.08.2010)" Itu info terakhir ku terima dari kakak ku.


"Maafkan saya Jue....tak sempat meminta maaf kalau-kalau ada tersilap dan tersalah selama bersama dengan kamu. Zahirnya salah dan silap saya tak nampak, tapi pernah singgah kata-kata di hati memperkecilkan mu disebabkan rasa sakit yang sering kamu alami dan kadangkala tanggungjawab memasak, menjaga anak serta mencari rezeki dilakukan oleh suamimu (adik ku). Maafkan saya Jue....maafkan saya." Ada kekesalan bermain di minda ku. Kesal tak sempat berbicara dan bersua muka dengan Jue buat kali terakhir.


"Astagfirullah. Ya...Allah...tiada kesempatan untuk ku memohon maaf pada mereka. Maafkan saya ya Allah..."



Niatku untuk mengajak teman-teman ku mendoakan arwah moga tenang di alam sana. Maka aku mencoret sesuatu diruang FB:


Jalifah Azliza Azlan Astagfirullahalazim...Ujian apakah ini wahai Tuhan? Kenapa dicabut nyawa itu berturut2? Terasa sangat lemah mendengar khabar ini. Ya Allah...berilah KETABAHAN dan KEKUATAN kepada adik lelaki ku yang telah kehilangan ayah mentua dan isteri tercinta. AL-FATIHAH. :'(


Jalifah Azliza Azlan Inalillahi hi wa ina ilaihi rajiun. Daripada Allah kita DATANG. Dan kepada Allah kita KEMBALI.


Jalifah Azliza Azlan Menanti kemeriahan Aidilfiti bersama mereka yang hanya sekali sekala bertemu....namun janji panggilannya sudah sampai....di bulan Ramadhan ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Pada tanah merah perkuburan itu....insyaAllah bakal ku kunjungi andai diberi kesempatan oleh-Nya. :'(


Suci Salsabila Mohd Salleh
Innalillahi wa inna illaihirraaji'uun..Semoga tabah menghadapi dugaan ini.. Ketahuilah bahawa setiap yang lahir pasti akan kembali kepangkuanNya jua.. Hadapilah ia dengan tenang dan tabah.. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang y...ang beriman.. kitab amalannya di buka dengan cahaya kebajikan.. dan catatan khilafnya di kafarah oleh pemadam maghfirah.. Ameen..


Jalifah Azliza Azlan
Suci: Terima kasih Suci. Kata2 kamu selalu buat saya tenang dan rasional, terpadam seketika rasa hati yg sangat duka. Amin.....insyaAllah.

Sahira_Fazana: Sy selalu dengar sakit itu ini...tak pasti yang mana kebenarannya...mungkin itu peta...nda Allah mengingatkan risiko sakit yang sangat dekat dengan kematian. Terima kasih kerana sudi bersama2 mendoakan.

Ashrafi_Ippie: Terima kasih.


Suci Salsabila Mohd Salleh sekurang-kurangnya pemergian mereka di Ramadhan yang mulia..

Monday, August 23, 2010

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB


6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB


Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

"Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH swt! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”


Nota: Sharing info dari nota FB Suci. TQvm. :)

Saturday, August 21, 2010

AKU BANGGA DENGAN MURID KU


AKU BANGGA DENGAN MURID KU
Sekitar awal bulan Ogos 2010, aku telah memberikan tugasan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan kepada muridku untuk menyiapkan CARTA KELUARGA KEMBANGAN sebagai kerja tambahan di rumah. Sesiapa murid ku yang dapat menyiapkan tugasa dengan baik akan diberikan ganjaran hadiah . Namun seperti biasa hanya seorang yang mengahantar tugasan di kelas 5A. Dalam senyuBoldm...ada rasa terkilan di hati.

Mujurlah seorang murid yang menghantar tugasan tersebut amat memuaskan hati ku. Sedikit sebanyak kekecewaan ku terubat dengan karenah murid. Tambahan pula aku mengetahui kekurangan hidup yang dialamai oleh murid-murid ku yang majoritinya berasal daripada keluarga petani. Kekurangan ini mungkin penyebab kepada tugasan yang tidak siap tugasan atau sememangnya mereka lupa atau malas. Kekerapan memberi denda kadangkala membuang masa waktu P&P yang sepatutnya dimanfaatkan untuk mengajar.

Oleh itu, aku lebih suka menggunakan HADIAH sebagai peneguhan kepada murid ku yang rajin.


"Beri tepukan kepada Wan Nur Azmina kerana telah menyiapkan tugasan dengan baik. Tahniah. Ini hadiahnya." aku mengarahkan rakan sekelas Wan Nur Azmina untuk memberi tepukan di atas kerajinannya untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Bebebrapa murid menumpukan mata pada hadiah yang baru diperolehi Azmina. Aku cuma tersenyum memerhatikan mereka. Walhal hadiah yang ku beri tidaklah mahal sangat. Namun cukup untuk membuatkan murid-murid ku dihargai dan berasa amat bangga.

DUNIA CERIA MEREKA


DUNIA CERIA MEREKA

Mereka leka dengan aktiviti sendiri
Lelaki sesama lelaki
Perempuan sesama perempuan

Lelaki asyik berkisah cerita
Atau memegang pensel
Melakar sesuatu yang hebat di atas kertas

Perempuan juga berkisah cerita
Kadang bergaya dengan rambut dan tudung
Atau mencipta sesuatu yang indah di atas kertas

Perempuan....suka benar ketawa ceria
Lelaki...suka benar beraksi
Tiada perasaan cinta yang mempersonakan pada mereka
Tiada perasaan duka yang dikhuatiri diwajah mereka

Mereka ceria...
Mereka bersukaria...
Mereka sentiasa bersemangat...
Mengisi ruang waktu persahabatan yang indah
Tiada khayalan jauh yang difikirkan

Mereka tanpa sedar..
Akan meninggalkan waktu..
Menyulam hari demi hari meniti usia
Mengakhiri sebuah dunia
Dunia ceria mereka

(Nukilan minda ketika cuba menyelami dunia anak murid ku di tahun 3A SK Merampong, 2010)

Wednesday, August 18, 2010

SIPUT BABI


SIPUT BABI

"Siput Babi" ada di mana???

Yeazaa....Siput Babi ada di mana-mana saja.

Ada di pokok bunga, ada di dinding rumah dan ada yang pandai naik tangga.

KEJUTAN SI SIPUT BABI (19.03.2010_Jumaat_10.38 malam)

Pada suatu hari......perut ku memberi isyarat.... "TANDAS".

Baiklah, aku segera menunaikan hajat.

Tiba-tiba.... "apocotttt" ... aku hampir terlompat apabila melihat dua ekor Siput Babi betul-betul selesa dalam gayung dan seekor lagi di hujung getah paip.

"Syukur...aku tak pengsan. Masih boleh kawal 'kejutan' seperti ini." bisik ku.
Aku tersenyum sendiri di dalam tandas sebelum aku menjatuhkan dua ekor siput babi tersebut di luar rumah. "Maafkan saya wahai Siput Babi" bisik hati kecil ku.
Sementara itu, minda ku mula bermain dengan soalan demi soalan. "Kenapa Siput Babi masuk dalam rumah? Bagaimana Siput Babi ini boleh masuk ke ruang tandas?"
-TING- Setelah dianalisis, minda ku membina jawapan sendiri.
"Sekitar bulan Febuari dan Mac 2010 ini, cuaca panas berpanjangan sehingga menyebabkan rumput diluar semakin kering. Hujan pula sudah beberapa minggu tidak turun. Berkat usaha Siput Babi, melalui ruang saluran air, ia akhirnya tiba di destinasi lembab membahagiakan dan ada banyak air (di kamar tandas)."



TEKA TEKI SIPUT BABI

Pertama kali saya dengar soalan teka teki ini daripada pensyarah di Maktab Perguruan Tawau Sabah (KPLI_Jan 2008). Dan kali kedua saya degar daripada rakan FB sebentar tadi yang juga seorang ustaz/pensyarah yang bertugas di Maktab Perguruan Ken Tuaran Sabah.

Bunyi soalan:
"Mengapa siput babi ni jalan sekejap berenti..... jalan sekejap berenti..... jalan sekejap berenti..... jalan sekejap berenti lagi?"

Apa jawapan anda?
Terlintas jawapan di minda ku, mungkin Siput Babi sedang meneropong mana satu jalan yang sesuai dilalui. Namun jawapan ini sebenarnya tak betul.

Jawapan sebenar ialah :
Siput Babi dalam keadaan KELIRU. "Aku ni...SIPUT ka...BABI ka?" kata si Siput Babi sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.
BICARA KAMI DI FB:
Teka-teki ustaz (sahabat FB):

อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด mengapa siput babi ni jalan kjp berenti..... jalan kjp berenti..... jalan kjp berenti..... jalan kjp berenti.....

Jalifah Azliza Azlan OOo...itu soalan pensyarah sy d Maktab Tawau tahun 2008. Jawapannya: Siput Babi KELIRU... "Aku ni...SIPUT ka...BABI ka?" kata si Siput Babi. Betul ka ustaz??

อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด btul la tu

Jalifah Azliza Azlan Yeahhhhhh...

Jawapan teman-teman lain:

Einytrah CokLet sekejap dia rasa dia siput...dia jalan...pastu dia rasa dia babi dia berenti pikir lagi balik...rasa dia siput...dia jalan...pastu dia rasa dia babi dia berenti lagi balik...begitula itu ;p

نور Alizah dia berenti rehat tu...berat cengkerang yg dia bwk...huhu

Mazani Kasioh kepanatan bah dia pah..ada asma kali ..tula jln pn skjp2 stop..ambk nafas n tenaga dl..bgs suh dia minum milo..spya cergas dan kuat hihihi

Ajie Andun hahaha siput babi pun moden sdh ba skg ni hehehe

Antara aku & Pn Sairana:

ShaiErla QuerlaShandez Dia confuse bah tu Ipah sama ada dia siput atau babi!Kikiki

Jalifah Azliza Azlan Pn Sai: Iya...banar...tepat sekali. Teringat plak sama TK Jamaludin...sejak sy soal dia teka teki ni...dia namapak sy saja terus cakap..."Siput ka...Babi ka"? Heee.

ShaiErla QuerlaShandez Kau tu Ipah balik2 TK sebut teka-teki ini masa anual camps,sampai penat kami dengar!

Jalifah Azliza Azlan Pn Sai: Ahahhahha.....nakal kamurang arr...tahan jak tu telinga. Last sudah TK kan tahun ni kan, ermmm... silih berganti jak TK. Macam rugi ndak p Kem Tahunan, tapi teda jaga adik2 sy d rumah guru juga ba.
Hmmmm...pada saya hidup di bumi Tuhan ini indah sekali jika kita cuba memahami kehidupan makhluk lain. Makhluk seperti haiwan, serangga kecil dan tumbuh-tumbuhan. Bersyukur kita dicipta sebagai manusia yang berakal dan lebih hebat dari makhluk lain. :)

Wednesday, August 11, 2010

~~30 HARI FADILAT SOLAT TERAWIH~~ (AWAS...TIDAK BENAR?)


~~30 HARI FADILAT SOLAT TERAWIH~~


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama 'Salsabila', serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Nota: Sharing info dari nota FB teman ku, Alizah. TQvm. Fadilat ini pernah saya yakini (zaman sekolah menengah) dan saya amat bersungguh dalam setiap solat Tarawih di bulan Ramadhan. Apapun daripada perbincangan teman-teman, dikhuatiri fadilat ini telah direka-reka. Bagi teman-teman yang punya sumber sebagai rujukan, silalah kongsikan dengan saya. Masih banyak pembetulan ILMU yang harus saya perbaiki. :)
Setelah meminta pendapat teman-teman, maka saya telah memeperolehi komen mereka seperti berikut. Terima kasih pada teman-teman yang membetulkan pemahaman saya:
نور Alizah sy juga pernah mgeluarkan notes mengenai fadhilat tarawih tuk 30 hari...tp, telah d beritahu bahwa ianya palsu...dsini ada link sebagai rujukan, mohon jgn d sebar... wallahualam... http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Ljuslee Lee ‎30 Fadilat Tarawih yg d sebarkan memang di ragui... majlis ulama sepakat menolak 30 Fadilat Tarawih 2, klu x silap pengharaman dari umat islam dari mempercayainya rujuk majlis ulama yg mengeluarkan fatwa kebangsaan tahun 2007 (klu x silap, silap sila perbetulkan). hadis ini di ragui sumbernya dan boleh merosakn akidah umat islam.

อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด memang tidak benar pun... hadis palsu yang tiada sumber... berlegar dalam masyarakat Islam hanya pada abad ini saja......

Hartijah Kanai hadis palsu tu ipa.

Adevin Etuza saya juga mendapat teguran..dan memangpun bukan dr hadis..hanya ayat2 biasa saja utk memotivasikan kita semua..ambil manfaatnya.

SUNGKAI 1 RAMADHAN 1431


SUNGKAI 1 RAMADHAN 1431 / 11.08.2010 (Rabu)

Sebelum tiba 1 Ramadhan, aku sudah mengingatkan dua orang adik ku agar bersedia menunaikan ibadah puasa.

"Nanti 11 hb ni kita puasa ya. Kakak Ipa tidak masak lagi waktu siang. Jadi tiada makan siang. Kita makan waktu malam saja. Boleh ka??" aku memberi persoalan kepada dua orang adik bongsu ku yang tinggal bersama ku di rumah guru.

Adik bongsu ku Ainul Badriyah (7 tahun) mengangguk faham. Adik lelaki ku Azwan Shahnizam (9 tahun) masih dengan gaya mengigit sesuatu benda.

"Nanti kalau puasa, tidak boleh bersihkan telinga guna putik kapas. Lepas buka puasa baru kasi bersih telinga. Tidak boleh gigit benda dalam mulut juga." Aku berkata sambil memerhatikan gelagat adik lelaki ku. Adik lelaki ku segera mengalihkan benda yang digigit ke dalam mulut sebentar tadi sambil tersenyum-senyum.
10 Ogos 2010 (Selasa) jam 7.15 malam, aku meghayunkan langkah menjejaki adik-adik ku yang pergi surau untuk megaji. Niat ku untuk menunaikan Solat Tarawih yang pertama. Syukur semuanya berjalan lancar dan adik-adik ku menurut arahan ku untuk turut sama-sama menunaikan Solat Tarawih.

Keesokan paginya sekitar jam 4.00 pagi, aku dikejutkan dengan jam lonceng diikuti oleh 'alarm clock' dari kedua-dua handset ku. Aku segera bangun memanaskan baki lauk yang di masak sekitar jam 10 malam. Sepatutnya lauk tersebut untuk makan malam kami namun disebabkan agak lewat memasak, adik-adik ku sudah dibuai dengan tidur yang lena. Susu suam, kismis serta spirulina juga aku sediakan buat tambahan sahur adik-adik ku.

Alhamdulillah puasa kami 3 beradik berjalan dengan baik-baik saja. Petang selepas adik ku balik dari sekolah agama, mereka kelihatan agak lemah. Sebelum mereka ke sekolah agama tadi sering juga aku ingatkan agar kurangkan bermain dan berlari agar tidak penat dan berasa haus.

"Panas badan saya" kata adik bongsu ku.

"Bila kita boleh makan?" soalnya pula.

"Kejap lagi, jam 6.31 petang. Tengok jam tu." Aku mengarahkan pengelihatan ku kerah jam dinding yang tepat menunjukkan jam 5.00 petang.

Tanpa membuang masa aku segera bergegas ke dapur. Buat pertama kali aku akan menyediakan makanan sungkai (berbuka puasa). Tiada apa yang istimewa. Aku cuma menggoreng nasi, menumis sayunr kacang buncis / kacang pendek serta menggoreng ayam masak merah. Mujur pagi tadi ada rakan sekerja menjual rambutan, maka bolehlah jadi hidangan berbuka bersama buah kurma dan air jus perisa oren. Menyedapkan rasa, aku membuat sedikit sambal air asam limau kasturi yang dicampur cili padi dan kicap manis.

Hidangan yang ala kadar dan cukup untuk purut merasa kenyang. Syukur alhamdulillah.


"Apa menu esok pula ya?" minda ku mula berangan-angan pula. Yang pasti minum air kelapa muda yang baru diminta dari Pak Cik Alaudin (tukang kebun skolah) yang kebetulan sedang mengambil buah kelapa di kawasan sekolah pagi tadi.

Tuesday, August 10, 2010

TAK DAYA...


TAK DAYA...


26 Julai 2010 (Selasa) : 9.20-10.20 pagi


Aku segera mempercepatkan langkah menuju ke kelas 4A untuk giliran mengajar subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK). Seperi biasa, selepas murid memberi salam, aku akan mengembalikan buku latihan mereka. Siapa yang menghantar latihan akan duduk. Manakala yang gagal menghantar latihan akan didenda sebanyak tiga rotan pada tapak tangan. Denda tersebut diingatkan lebih awal sebelunm dilaksanakan.


Bagi murid yang punya kesungguhan, pasti mereka akan menghantar latihan yang diberi. Tambahan pula aku sering memberikan jawapan pada latihan yang agak sukar dijawab dan murid nhanya akan menyalin latihan beserta jawapan yang ku tulis di papan putih. Apapun aku bangga dengan semua murid di kelas 4A kerana majoriti mereka akan menghantar latihan yang diberi jika dibandingkan dengan kelas 4B.


Minggu sebelum p&p ku ini seorang murid perempuan yang duduk paling belakang berdiri dan mengangkat tangan.


"Cikgu, kenapa cikgu bagi latihan banyak sangat?" kata Sha (bukan nama sebenar).


"Supaya kamu cepat pandai dan tulisan cantik." ringkas jawab ku.


Sebenarnya mata pelajaran PSK mempunyai 6 tema dan terdiri dari tajuk-tajuk kecil yang memerlukan banyak latihan. Setelah dirancang tempoh masa menghabiskan pengajaran kesemua tajuk tersebut, aku mengambil keputusan setiap dua masa (1 jam) aku mengajar PSK, aku akan mengambil dua tajuk kecil agar P&P tersebut dapat dihabiskan sehingga hujung tahun.


Seperti biasa P&P ku berjalan dengan baik. Kupon makan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) kadang kala menjadi peneguhan kepada murid ku. Sesiapa murid yang sudah menghantar latihan, akan kuberikan kupon makan yang kebetulan diberi oleh tukang masak RMT sebelum rehat persekolahan. Manakala yang tidak menghantar latihan, kupon makan masih dalam simpanan ku. Maka berlumba-lumbalah anak-anak murid ku menyiapkan latihan.


Dalam kesibukan melayan karenah murid ku, aku dikejutkan dengan suara garang dari murid ku, Sha.


"Oiiii...jangan lindung ba...tidak nampak." Suara Sha agak marah disebabkan pengelihatannya terlindung untuk menyalin latihan di papan putih.


Seketika keadaan menjadi reda dan berlalu begitu sahaja. Aku pula sibuk mengumpulkan latihan yang sudah disiapkan oleh berapa orang murid di kelas 4A. Pandangan ku tiba-tiba terarah pada Sha. Sha sudah berada di meja hadapan kelas, menolak kepala seorang murid lelaki yang mungkin menghalang pandangannya. Aku segera berdiri meleraikan perselisihan mereka. Cuma cebikan kecil di antara mereka ku dengar, cebikan yang biasa dibuat ketika saling berselisih di antara murid-murid ku. Aku kembali meneruskan kerja ku apabila Sha sudah berada di meja paling belakang, kedudukan mejanya.


"Saya cucuk ko pakai ni..." jeritan Sha amat kuat sambil mengangkat pen ke arah seorang murid lelaki. Sambil itu, rakan semejanya cuba menahannya. Aku segera mengatur langkah ke arah Sha.


"Keapa ni? Sabar...sabar..." kata ku ke arah Sha sambil mengurut-urut belakangnya.


"Duduk...duduk..." aku mengarahkan Sha duduk. Namun badan Sha semakin keras dan agak sukar ku kawal. Ketiggian Sha hampir sama dengan ku. Kalau sikap marah menguasainya, rasanya aku TAK DAYA mengawalnya lagi. Memang benar tekaan ku, Sha beranjak satu langkah ke hadapan menuju ke arah murid lelaki yang dimarahinya. Aku segera memegang tangan Sha.


"Panggil guru disiplin." aku memgeluarkan kata-kata arahan. Dua orang murid lelaki segera memanggil guru disiplin. Bebeapa minit kemudian, guru disiplin datang memanggil Sha dan murid lelaki tersebut ke bilik guru. Aku cuma memerhatikan langkah mereka keluar dan meneruskan semula pembelajaran.


Jauh disudut hati ku, aku kesal melibatkan guru disiplin kerana pastinya nama Sha dan murid lelaki tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai murid yang bermasalah disiplin. Apapun aku tiada pilihan lain andai keadaan sudah tidak terkawal. Semoga peristiwa ini tidak berulang lagi. Aku juga mengharapkan agar Sha mempunyai perubahan sikap yang lebih positif di masa akan datang.

Wednesday, August 4, 2010

MENGEJAR RUANG MASA


MENGEJAR RUANG MASA


Aku...
sedaya upaya mengejar ruang masa
7 minit ku lihat tinggal 5 minit
Kekangan bisa membuat minda ini buntu saja


Aku...
sedaya uapaya mengejar ruang masa
Namun kini dijerat pada ruang lain..
membuatkan langkah tertangguh seketika
walhal aku perlu mencapai
apa yang ingin ku capai..


Aku...
sekali lagi lagi cuba mengejar ruang masa
Kerana kini aku benar-benar menyedari
Masa itu kan berakhir jua
dan kekagalan itu
bakal menjadi jawapan pada usaha ku


Aku...
cuba dan cuba mengejar ruang masa
yang semakin pergi meninggalkan ku...
Manakan boleh lagi...?
masa tinggal 60 saat..
Aku pasrah pada kejadian...
Mengakui akan kecacatan usaha ku..
kerana sering singgah pada destinasi LEKA.