♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, February 25, 2010

KRONOLOGI PENYELESAIAN MASALAH KU DI DALAM KELAS


KRONOLOGI PENYELESAIAN MASALAH KU DI DALAM KELAS


Sambil duduk menjamu mee goreng, aku mengimbas semula peristiwa beberapa minggu yang lalu. Sambil itu jari jemariku pantas menekan huruf-huruf pada laptop di meja ku. Ada sesuatu yang ingin ku coretkan untuk tatapan dan peringatan buat diri ku sendiri.


(Minggu 1) : 04.02.2010 (Khamis) – 8.20 -9.20 pagi

Kelas 4B merupakan kelas terpilih bagi murid-murid yang yang mempunyai peratus kelulusan peperiksaan yang rendah pada tahun 2009. Murid-murid di kelas 4B terdiri daripada murid yang agak nakal dan terdapat juga yang belum dapat menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan kelas 4A, majoriti muridnya mudah dikawal dan mudah memberikan sepenuh perhatian semasa di kelas. Tambahan pula murid 4A keseluruhannya sudah menguasai 3M.

Kesukaran mengawal kelas 4B membuatkan suara ku begitu lantang dihadapan kelas. Berkali-kali juga aku berjalan dai meja ke meja murid agar memastikan mereka memberi perhatian terhadap pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaaraan yang sedang aku sampaikan. Sambil bersuara mataku lebih tertumpu pada murid-murid. Murid yang memandang dan memberi perhatian pada ku membuatkan aku rasa diberi perhatian. Sebaliknya masih terdapat bebberapa murid yang lalai dengan dunianya sendiri. Sura ku yang begitu lantang umpama teariakan dipdanag kawad langsung tidak diendahkan beberapa murid dikelas.

“Ini boleh mendatangkan marah” desis hati ku.

“Tap…tap…tap..” bunyi hempasan rotan di atas meja sengaja ku lakukan bagi menarik perhatian murid di kelas. Hanya seketika wajah mereka menatap ku tanda memberi perhatian. Selepas itu mereka kembali pada dunianya. Bermain ‘duit-duit’ dengan melakarkan nilai duit serta mengoyakkan kertas buku latihan. Sebahagian yang lain membuka buku teks Sivik di muka surat yang lain sambil berbisik-bisik bercerita mengenai gambar. Ada saja ulah dan ceritanya. Di sini kesabaran ku agak teruji. Terasa perit di kerongkong ku.

“Kenapa mereka masih tidak memberikan perhatian pada p & p (pembelajaran & pengajaran) ku?” aku bermolog sendiri. Timbul sedikit rasa kecewa akibat gagal mengawal kelas.

Aku tetap meneruskan kelas. Masih tetap bersuara lantang dan meronda setiap meja murid ku. Seperti biasa selepas berbincang dengan murid mengenai kandungan teks, aku akan memberikan latihan pengukuhan. Kadangkala emosiku tercabar melihat beberapa orang muridku sengaja bersembunyi dibawah meja untuk mengelak daripada teguranku.

“Tappp..” bunyi rotan mengenai punggung mereka diikuti ketawa daripada beberapa orang murid yang lain. Aku hampir tersenyum tetapi sengaja ku sembunyikan kelucuan hatiku melihat gelagat murid ku.

Sekali lagi aku berasa gagal apabila hanya terdapat satu atau dua orang murid sahaja yang menghantar tugasan latihan. Aku mengeluh sendiri. Perasaan hampa melingkari perasaanku. Motivasiku yang subur terasa layu dan tidak bermaya.



(Minggu 2) : 11.02.2010 (Khamis) – 8.20 -9.20 pagi

Pada minggu ini aku tidak dapat memasuki kelas disebabkan melaksanakan tanggungjawab mengiringi 9 murid peserta nasyid dibawah bimbingan ku untuk menyertai pertandingan nasyid sempena MTQ bagi sekolah rendah Zon Apin-Apin. P&P ditangguh dan akan dibawa ke minggu berikutnya.


(Minggu 3) : 23.02.2010 (Khamis) – 8.20 -9.20 pagi


Rasa kecewa membuatkan aku menulis sedikit luahan rasa di ruangan Facebook. Beberapa rakanku memberikan cadangan dan pendapat. Antara yang ku ingati ialah.. “jangan menjerit nanti terasa perit”. Terdapat juga yang mencadangkan agar mencari pendekatan yang lain.

Aku akui pendekatan murid sekolah rendah dan menengah memang amat berbeza. Ini dikuatkan lagi dengan fakta yang pernah ku dengari di televisyen yang berbunyi:

“Didik kanak-kanak berumur 7-14 tahun dari segi pendekatan personaliti. Dan didik kanak-kanak/remaja berumur 14 tahun ke atas dengan pendekatan seperti kawan.”

Aku dapat merasakan aku perlu tekankan pada penghantaran tugasan latihan bagi setiap murid. Oleh itu pada P&P kali ini aku memberi peringatan dan amaran tegas agar semua murid dapat menghantar tugasan.

“Semua mesti hantar latihan ya. Siapa tak hantar, cikgu denda tiga rotan ya. Ingat…cikgu denda tiga rotan. Cikgu tulis nama siapa yang sudah hantar ni.” Demikian aku memberi peringatan yang tegas buat mereka.


(Minggu 4) : 25.02.2010 (Khamis) – 8.20 -9.20 pagi

“Selamat pagi cikgu” suara murid bergema di kelas 4B sambil berdiri. Terdapat seorang murid perempuan leka duduk dan bermuka selamba.

“Kenapa ada lagi yang duduk tu?” Aku mengajukan pertanyaan sambil memandang kearah murid yang perempuan tersebut.

Sekali lagi merek memberi ucapan selamat. “Selamat pagi, duduk semua.” Balasku.
Hari ini…aku mengotakan janjiku untuk melaksanakan denda tiga rotan ke atas murid yang tidak menghantar tuasan latihan.


“Okay sebelum tu, cikgu mau denda murid yang tidak hantar latihan minggu lalu. Nama yang cikgu sebutkan duduk. Yang tidak disebut, berdiri satu barisan depan cikgu untuk denda tiga rotan.” Aku memberi arahan. Murid-murid yang terlibat segera berbaris didepan ku.

Sememangnya aku agak malas menguruskan soal denda di dalam kelas kerana ia membazirkan masa dan membuatkan P&P tidak dapat dijalankan dengan baik. Tetapi kali ini aku mesti melaksanakan denda agar murid ku sentiasa beringat dan tidak lalai dengan pesanan ku.

“Cikgu, dia belum kena rotan, dia tidak siap tu” seorang murid mengadu kepada ku terhadap 5 orang murid lelaki yang sengaja duduk dan tidak mahu tangannya dirotan. Aku tak menyangka mereka masih berdegil dan selamba duduk di kerusi masing-masing. Namun kelihatan wajah mereka agak bimbang. Aku segera menghampiri mereka dan denda yang sama diberikan kepada mereka.

Selesai melaksanakan denda, aku segera meneruskan P&P bagi tajuk Unit 2 : Sayangi Diri. Sekali lagi aku menyemak murid dari meja ke meja agar mereka bersedia dengan buku tekas masing-masing. Ternyata mereka sudah membuka muka surat 11 di buku masing-masing. Hatiku agak senang dengan perubahan mereka.

Suasana kelas pada kali ini juga agak diam. Semua murid seolah-olah terkejut dan trauma dengan denda tiga rotan yang ku berikan ke atas mereka sebentar tadi. Dalam diam aku cuba merotan tapak tangan ku. ‘Aduh…sakit jua ni kena rotan ni’ desis hati ku. Tanpa membuang masa, aku segera mengambil kesempatan pada kesenyapan mereka untuk meneruskan P&P. Terukir senyum girang dibibir ku kerana kelas pada kali ini terasa sunyi dan semua murid memberikan perhatian terhadap ku. Hanya terdapat seorang dua murid yang berbual-bual namun sempat ku tegur agar mereka segera memberikan perhatian. Kali ini suaraku sederhana kuat dan tidak selantang minggu lalu. Ini disebabkan kelas agak diam dan memberikan perhatian kepada ku. Sekali sekala aku memberikan senyuman agar tiada tekanan di wajah murid ku.

Alahmdulillah… kalau inilah penyelesaiannya dan syukur ku panjatkan ke hadirat-Nya jika sikap murid ku ini terus berkekalan memberikan perhatian sepenuhnya pada P&P ku pada masa akan datang. Kali ini aku mengajar dalam keadaan gembira dan tiada tekanan. Ku sulami pula dengan ketegasan agar murid menghantar latihan bagi mengelakkan mereka menerima dendaan yang menyakitkan. Semoga perubahan ini berkekalan dan hasil pembelajaran ku sentiasa mencapai objektif pembelajaran. :-)

5 comments:

etuza said...

Salam Cg..nampak berbagai masalah dalam P&P kan. Tapi bagi saya itu kecik saja..cuba buat dan amalkan dengan langkah kaki kanan masuk kelas, bismilah dalam hati, doaka agar semua murid jadi yg baik..usah pilih kasih..bagi didikan sama rata. tegas secara lembut berkesan. murid rasa dihargai..kesannya dalam tu. bagi motivasi secara umum ..kepda murid yakni semua murid seolah cg tujukan padahal cg sindir positif yng nakal itu. Bagi pujian pada kerja latihan murid sekalipun x siap, pasi esok-esok akan berubah tu murid. Insyaallah..jangan teriak perit tu...relex saja.tetapi pukulan kehalusan budi menegena hati murid kita.
( tips senior guru)

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Wah...ni yg sy suka...ada guru senior sudi share tips dalam kelas. Hee...makasih infonya cg. InsyaAllah sy akan amalkan setiap dikelas. :D

etuza said...

salam, hai..alala ada pula salah ejaan. pasi ( pasti) mengena bukan menegena ya.
Kekadang ada sikologi bagi hadiah pada murid yang lemah tu, jika dia ada perubahan hargailah agar perlahan terpupuk jati diri dia. Hadiah biskut atau cumi kah..mana-manalah makanan yng sesuai. Saya ada buat ni mujarab juga..tahniah anda guru perihatin.

RTJA said...

ipa ada 1 ja yg aku mo komen,guru disiplin ja yg bleh merotan ba.aku rasa jgn rotan la smbrgn

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Ermmm...TQ peringatannya RTJA. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Sedang meneroka dan mencari bagaimana pendekatan yang terbaik. :)