REFLEKSI KU : "Di Atas Sajadah Cinta"
REFLKSI KU _04.02.2010_Khamis à 1 CERITA / SINETRON_“DI ATAS SAJADAH CINTA”_Karya : Habiburrahman El Shirazy. (Astro 106 Oasis_12.00 pagi – 01.00 pagi.) Berikut diringkaskan dan disimpulkan salah satu satu cerita menarik dalam sinetron yang telah saya tonton di kaca televisyen.
Kisah seorang lelaki beriman bernama Zahid yang ingin melamar gadis idamannya, Salmah. Sebelum melamar Zahid sempat solat istikharoh kemudian pergi ke rumah Salmah untuk melamar. Sayang seribu kali sayang, Zahid sudah terlambat. Salmah telah dilamar oleh seorang pemuda bernama Yasir, dan pinangan Yasir itu telah diterima oleh ibubapa Salmah. Pinangan Zahid terpaks ditolak.
Zahid dan Salmah masing-masing merasa amat sedih kerana cinta mereka tidak kesampaian untuk hidup bersama. Salmah terlalu sedih dan cuba berikhtiar agar mereka tetap akan dapat hidup bersama. Salmah merancang untuk ‘khalwat’ agar mereka ditangkap dan di nikahkan. Zahid sebaliknya menolak dengan baik segala rancangan Salmah. Zahid malah menghadiahkan sehelai sejadah buat Salmah dengan harapan agar menyerahkan segala ketentuan kepada Allah s.w.t.
“Kita harus tawakal, pasti ada jalan keluar” kata Zahid.
“Aku akan selalu menjaga sejadah cinta mu” kata Salmah. Salmah juga sebenarnya berasa amat malu dan kesal dengan cadangan khalwat terhadap Zahid. Segera ia beristighfar pada Allah swt.
Berkat solat, doa dan kesabaran, akhirnya Allah memberikan petunjuk buat Salmah. Tunang Salmah yang disangka baik oleh ayahnya ternyata seorang kaki kelab malam malah terjebak dengan pengambilan dadah. Ayah Salmah sungguh menyesal kerana tidak menyelidiki latar belakang Yasir sebelum menerima lamaranya. Setelah Yasir ditangkap, pertunangan mereka diputuskan dan ayah Salmah berpesan pada Salmah bahawa beliau bersetuju menerima pinangan Zahid yang ditolak sebelum ini. Salmah sungguh gembira dan berlari menuju ke rumah Yazid untuk menyampaikan berita gembira tersebut.
Malangnya Salmah telah terlewat. Zahid baru saja keluar rumah bersama beg pakaiannya dengan niat untuk meninggalkan jauh tempat yang didudukinya. Dalam kesayuan hati Zahid perlahan-lahan ia membawa langkah dan sempat singgah ke destinasi yang selalu dikunjunginya sebelum berlalu pergi.
Salmah pula terlalu sedih lalu berlari kearah masjid. Dia lantas duduk tersedu-sedu kerana harapannya terasa hancur berderai. Segalanya telah dirancang Allah, kebetulan Zahid melalui jalan berhampiran tempat Salmah sedang duduk menangis teresak-esak.
Dipendekkan cerita, akhirnya mereka dapat disatukan sebagai suami isteri yang sah dengan pernikahan yang suci dan terhormat. Happy ending gitu…ermmm…best juga karya-karya senetron Habiburrahman El Shirazy ni. Rasanya macam sinetron ni pasti dibukukan, emm…pasti ada buku “Di Atas Sajadah Cinta” dijual dipasaran. Cuma saya sendiri belum berkesempatan mencari apatah lagi untuk mendapatkan buku yang amat menarik minat saya ni.
Moral of the story, sememangnya Allah s.w.t lah yang akan mengatur segala jalan hidup manusia di dunia ni. Bersabarlah dan bertawakallah. Pasti akan ada jalan yang lebih baik. Selalulah kita bersangka baik terhadap-Nya, dekatkan diri serta mohonlah pada Allah s.w.t dengan sesungguhnya. InsyaAllah kita akan dapat penyelesaian yang TERBAIK.
“Bila Allah tarik satu, pasti akan diganti yang lebih baik, Yakinlah kerana itu janji Allah buat hamba-Nya.” :-)

2 comments:
Salam ziarah.
Banyak cabang jiwa yang positif, antaranya terima teguran kekwan dan sesiapa saja. Rasional pada hala itu ialah kita perbaiki mana2 kekurangan kita. Percaya bahawa salah satu amalan dan normal seorang pemblogger ialah saling bertegur sapa, meskipun sekadar ungkapan salam.Sapaan itu amat sinonim tetapi menyentuh hati dan jiwa kepada yang memahami. Sepatah dalam ruangan chating kita akan menambahkan tali persaudaraan sesama Islam sejagat. Asalamualaikum..one sharing to u.Bye
w'salam...makasih infonya cg. :)
Post a Comment