PANADOL PINK
Tarikh: 11.09.2011 (Ahad)_7.00malam / 13 Syawal 1432H
Dari pagi lagi terasa berat kepala. Kerongkong pula terasa perit. Mungkin sebab terlalu banyak makan kuih raya dan minum minuman yang manis-manis menyebabkan kerongkong ini kurang selesa. Pagi hari Ahad aku habiskan dengan mencuci baju sekolah adik-adik yang berlonggok di kamar. Jika tidak berkesempatan mencuci waktu pejabat, aku akan menunggu sehingga hujung minggu (Sabtu & Ahad) untuk mencuci kain tersebut.
Selesai mencuci kain belang pinggang ku terasa lenguh. Maklum sajalah mencuci kain secara manual dengan tangan. Entah bilalah aku mampu membeli sebuah mesin, gaji bulanan cukup-cukup tanpa simpanan. Ermmm....sukar diramal perbelanjaan yang tidak menentu namun masih bersyukur kerana masih cukup untuk menampung kehidupan bersendirian.

"Tolong urut belakang kak Ipa dengan losyen halia" pintaku kepada adik bongsu ku Ainul.
Tangan kecilnya mula mengurut-ngurut belakang ku.
"Tepuk-tepuk...karate-karate...picit-picit bahu" pinta ku lagi. Tangan kecil adikku menurut saja tanpa karenah.
Tangan kecilnya mula mengurut-ngurut belakang ku.
"Tepuk-tepuk...karate-karate...picit-picit bahu" pinta ku lagi. Tangan kecil adikku menurut saja tanpa karenah.
Alhamdulillah setelah diurut, bahagian belakang ku agak lega dan aku baring seketika untuk berehat. Setelah berehat beberapa minit aku segera ke dapur pula untuk menyiapkan makan tengahari. Masakan ringkas sahaja, sayur dan makanan sardin jadi pilihan.
Petang berlabuh, aku teringat akan laporan kokurikulum ku yang belum selesai. Aku segera menyiapkannya setelah bekalan api mati beberapa minit. Kerja akhir masa selalu macam ini, kelam kabut aku menyiapkan apa lagi yang tidak siap.
Ketekunanku memaksa mindaku berkerja keras. Semakin siap kerja semakin berat pula terasa dikepala. Memikirkan ada janji dengan seorang teman, aku berusaha mengotakannya. Namun keseimbangan badan ku tidak mengiziknkan. Kepalaku semakin pusing, langkahku kadang terhoyong hayang.
Sebiji panadol pink yang ku telan selepas Asar kurang berkesan, malah aku semmakin pening. Niatku untuk tidak memakan ubat berlebihan sehingga memilih ubat panadol kanak-kanak yang kuperuntukkan untuk adik-adik ku. Segalanya tidak menjadi, dos untuk kanak-kanak masakan sesuai untuk orang dewasa.
"Ya...aku bukan kanak-kanak, aku orang tua....heee" aku sendiri ketawa apabila rakan ku Anie turut ketawa terbahak-bahak setelah aku menceritakan aku memakan panadol pink.
Alhamdulillah setelah dua jam menelan dua biji panadol dewasa, aku kembali segar dan kepala ku agak ringan. Aku segera ke dapur untuk memasak makan malam. Kasihan adik-adik ku dan rakan ku yang agak terbiar disebabkan aku leka dengan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Alhamdulillah....kesembuhan ini juga pasti dengan izin Tuhan, panadol yang ku telah hanya perantaraan untuk aku kembali sembuh. Syukur, nikmat sihat masih menyebelahi ku.

No comments:
Post a Comment