TARAWIH & SELIPAR
25 Ogos 2011 (Khamis) / 25 Ramadhan 1432 H:
Malam itu selepas menunaikan solat maghrib, aku segera membawa adik bongsuku Ainul dan Azwan ke surau/Masjid Kg Merampong. Seperti biasa selepas menunaikan solat Isyak dan solat tarawih 8 rakaat + solat witir 3 rakaat, kadang-kadang diselitkan sedikit ceramah / tazkirah ringkas. Aku meluangkan masa mendengar tazkirah rigkas mengenai Malam Lailatul Qadar. Maklum sajalah, ramadhan di ambang 10 malam terakhir. Setelah habis tazkirah, aku berniat untuk terus bergegas keluar menuju kereta yang ku parking berhampiran masjid tanpa menunggu jamuan makanan.
Namun hampir 10 minit aku berdiri mencari selipar ku d tangga perempuan, tidak kelihatan. Aku masih berbaik sangka dan menunggu di hujung kakilima masjid. Aku melihat adik Mira sedang menjamu mangga dan kicap, dan tanpa segan silu aku menyertainya. Mangga muda milik anak murid ku, Atirah (4B) sedap pula dimakan. Aku lupa seketika menegnai selipar ku yang hilang.
Walaubagaimanapun aku masih juga menunggu selipar ku, hampir 30 minit aku menunggu, sah kini ku akui selipar ku hilang. Sebelum ini orang lain yang mengalaminya. Kini diri sendiri pula terkena. Perasaan geram bercampur marah bersilih ganti. Terkadang aku membayangkan aku hanya berkaki ayam untuk pulang.
"Aduhhh....selipar pink itu agak ganjil kerana mempunyai reben seolah-olah diikat. Selipar ku itu agak berat sedikit daripada selipar jepun yang ada, harganya juga agak mahal sedikit berbanding selipar jepun biasa. Tidaklah mahal sangat, RM 8.00 lebih. Ermmm..."
Dalam kebuntuan untuk berfikir, aku mendengar rungutan anak muridk ku Norsyafiqah yang baru sahaja menemui selipar birunya yang hilang. Dan kini dia mempunyai dua selipar. Itulah peluang ku untuk meminjam selipar hijaunya yang satu lagi untuk mengalas kaki ku pulang ke rumah.

Tanpa sedar malam itu juga tertulis status mengenai selipar ku di FB dan aku menerima pelbagai pandangan yang baik daripada mereka. :
No comments:
Post a Comment