SEPATUTNYA...
Ya...sepatutnya aku perlu membeli kasut/sandel baru kerana kasut ku sudah kelihatan lama, tapak kelihatan bertompok disebabkab terdapat kesan tapak terkopek, mencacatkan pemandangan mata yang melihat. Hingga suatu ketika itu aku ditegur seorang teman.
"Kasut kau ka ni? Kau ni...kalau cantik, cantik betul. Kalau buruk,buruk betul." tegur teman itu.
Aku sekadar tersenyum. Kasut aku masih baik cuma terkopek sedikit bahagian tapak atas. Sepatutnya aku perlu membeli kasut baru sebagai ganti, tapi entah kenapa aku sering sahaja menangguhkannya.
Sekali lagi aku ditegur oleh seorang teman baru ketika mengikuti satu kursus sekolah. Ketika itu aku memakai stokin yang berlubang kecil pada atas stokin, mungkin berlubang disebabkan gigitan semut atau ada benang yang terputus. Dengan selamba aku memakainya kerana itu sahaja stokin yang terbawa ketika perkhemahan. Sebenarnya ada banyak lagi stokin lain dirumah dan sepatutnya aku memilih stokin yang masih bagus, namun entah bagaimana aku tersalah ambil stokin yang berlubang. Cobaaannn betul.
"Hikhik...stokin kau berlubang..." kata teman yang baru ku kenali. Lelaki pula tu.
Dengan selamba aku menjawab "Heee...salah ambil stokin bah...sekali sekala kelihatan seperti orang miskin."
"Tak apa...jangan marah ya.." katanya...
"Ok saja bah.. " aku hanya tersenyum.. ^__^
Ya...sepatutnya aku berasa amat malu dengan kedua-dua situasi tersebut, namun anehnya...sedikitpun aku tidak berasa malu. Untuk apa berasa malu??? Malah aku teringat akan kisah sufi rabiatul Adawiyah yang tidak kisah dengan pakainnya kerana cintanya hanya pada sang pencipta.
Menurut seorang ulama seangkatan dengan Rabiatul Adawiyah, Sufyan Thauri, seorangulama hadis yang sangat alim pada masa itu, orang yang terhindar dari kesenangan duniawi,maka ia tidak suka memakia pakaian yang mewah dan mahal. Tambah beliau, inilah yangdiamalkan oleh ahli sufi [Rabiatul Adawiyah].
Seorang bertanya: "Bagaimana seorang itu yang suka memakai pakaian cantik dan kasut?" Pesuruh Allah menjawab: "Semua Urusan Allah adalah Indah, dan Dia sukakan keindahan." (Muslim)
Sumber: Buku_Keindahan Hidup Menurut Perspektif Al-Quran_m/s 12_Perpustakaan Keningau,
Ermm..bukanlah aku lupa untuk menjaga penampilan diri ku. Aku cuma berusaha sedaya yang mampu sahaja memperbaiki penampilan. Huhuhuuu....pakai seadanya yang termampu dan sekadar bersederhana. Kalau terpakai yang berlobang tu...apa bulih buat daaaa....lain kali hati2...hikhik. ^_^
No comments:
Post a Comment