Alhamdulillah tahun ni aku dapat beraya dengan si oren ku. Aku bawa bersama adik-adik ku dan anak buah ku bersama-sama menaiki si oren. Gembira dapat menggembirakan mereka semua. Alhamdulillah si oren yang baru berusia 1 tahun tidak banyak ragam. Hanya perlu mengisi minyak penuh untuk membolehkan banyak tempat dikelilingi.
"Alhamdulillah...ini semua pasti dengan izin Allah swt jua..." bisik hatiku.
Seingat aku Raya pertama aku mengunjungi 3 rumah (Kg Kirokot, Kg Bayangan & Kg Kota Ayangan). Raya kedua aku mengunjungi 3 rumah juga (Kg Sondoton, Kg Minawo & Kg Tanah Merah). Raya ketiga aku mengunjungi 3 rumah di Kg Bayangan lagi dan 1 rumah di Kg Kota Ayangan lagi. Raya keempat aku mengunjungi 3 rumah (Kg Bariawa, Kg Pasir Putih & Taman Perumahan). Raya kelima aku mengunjungi 3 rumah (Flat Guru SMK Keningau, Kg Merampong & Kg Tudan Baru). Raya ke enam aku dan si oren berehat tanpa sebarang jemputan. Hehehe.
Minggu persekolahan bermula pada minggu kedua Hari Raya iaitu pada 05.09.2011 (Isnin). Dikelas masih ada jamuan kuih raya dari rakan guru dan beberapa buah kelas. Hari sabtu (12 Syawal) sekali lagi aku menerima jemputan rumah terbuka di 5 tempat (Pejabat Puteri pensiangan, Kg Bulu Silou, Taman perumahan (JKR), Kg Bunsit & Kg Merampong).
Wah...meriah juga sambutan raya pada tahun ini. Ini disebabkan langkah perjalananku semakin jauh bila bersama si oren. Alhamdulillah berkat masa dan kesihatan yang mengizinkan jua. Puasa sebulan turun 4 kg, Syawal yang masih meriah mungkin menebus kembali berat 4 kg yang telah hilang...huhuhu. Tak apa...ada puasa 6 lagi.... ^___^.
Tahun ini perbelanjaan tempahan kuih raya kurang sedikit berbanding tahun lepas (RM4**.00) iaitu sekitar RM3**.00. Mungkin lebih jimat kalau buat kuih sendiri. Bajet pakaian ku dan adik-adik pula sekitar RM4**.00. Huhuhu...habis bonus pemberian kerajaan. Apapun alhamdulillah dengan rezeki yang ada.
No comments:
Post a Comment