♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Thursday, August 18, 2011

Di Tarikh 18 Ramadhan 1432H / 18 Ogos 2011 (Khamis)


Di Tarikh 18 Ramadhan 1432H / 18 Ogos 2011 (Khamis)
(7.30-9.30 malam_Masjid Al-Jamie Kg Merampong, Keningau, Sabah.)

Tarikh ini merupakan tarikh yang menggamit kenangan di bulan Ramadhan. Sedang aku mengikuti solat isyak yang disambung terus dengan solat tarawih 8 rakaat + witir 3 rakaat, tiba-tiba bekalan api mati. Suasa menjadi gelap gelita. Serentak dengan itu aku dikejutkan dengan suara makcik disebalah kiri ku yang tiba-tiba bersuara melatah walhal ketika itu jemaah sedang khusyuk solat isyak rakaat pertama.

"Aaaa...santut ie..." katanya dalam loghat dusun.

Dalam terkejut aku tiba-tiba merasa lucu dan perasaan lucu tersebut membuatkan bibirku mengukir senyum paling lebar tanpa suara. Iskkk...khusyuk ku melayang seketika hingga aku kembali khusyuk semula pada rakaat kedua. Rasa kasihan terhadap makcik disebelah kiri ku yang mudah melata kerana terkejut. Dan tiba-tiba fikiran ku terkenang sepintas lalu akan arwah anak sulung perempuannya yang juga merupakan sahabat ku di sekolah dulu. Usia anak sulungnya berakhir di usia 28 tahun (3.1.2009) apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya. Semoga makcik ini sentiasa tabah.

Ketika menunaikan solat Tarawih pula, khusyuk ku terganggu lagi apabila aku terpijak hujung telekung rakan jemaah disebelah kanan ku. Serba salah membuatkan aku mahu lebih berhati-hati untuk tidak terpijak lagi telekungnya. Dan ada masa aku sendiri terpijak kain telekung ku menyebabkan kepala ku tertarik ke bawah sedikit. Keadaan itu pasti membuatkan rasa kurang selesa, seolah-olah kepala ditolak ke bawah. Iskk..heeee. ^_^

Solat Tarawih pada tahun ini agak selesa berbanding solat Tarawih tahun lepas kerana pembahagi ruang surau lelaki dan perempuan telah ditukar daripada kain yang berterbangan ditiup kipas kepada papan plywood yang kukuh. Perubahan ini dibuat sendiri oleh penduduk Kg Merampong yang saling berkerjasama.

Buat pertama kalinya juga aku ikut menjamu jamuan morie selepas solat tarawih diadakan dimasjid pada tahun ini. Biasanya aku akan menunggu adik Ainul dan adik Azwan serta rakan-rakannya Azmirul, Firdaus dan Iwan di dalam kereta ku sehingga mereka selesai mengambil makanan morie.

Oh ya, lebih kurang 12 hari lagi berada di bulan Ramadhan 1432 H ni. Tarikh 1 Ramadhan 1432 H pada tahun ini amat cantik apabila ia jatuh bersamaan pada 1 Ogos 2011 dan kebetulan jatuh pula pada hari Isnin. Bermakna tarikh hari ini 18 Ogos juga merupakan 18 Ramadhan. Di penghujung bulan Ogos juga akan ada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Serentak dengan itu puasa Ramadhan berakhir dan disambut dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal sempena memeriahkan kemenagan beribadah di bulan Ramadhan.

Semoga bulan Ramadhan, bulan Syawal dan bulan Kemerdekaan pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar dan ceria. Salam Ramadhan, Salam Aidilfitri dan Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Mohon maaf salah silap yang nyata mahupun tersembunyi (zahir dan batin). Semoga aman, berbahagia dan dirahmati selalu. Amin. ^__^


2 comments:

Unknown said...

Asalam..
ada award untuk blog kamu ya. Sila ke laman EWWK.

apa pendapat kamu tentang tarikh sebenar kemnerdekaan Malaysia?

jan marah saya soal ada saya mahu tahu ja..

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

W'slm...ehehhehe....tarikh kemerdekaan. Ermmm...31 Ogos dan 16 September....itu dua tarikh kemerdekaan yang tertulis dalam buku sejarah...hee...mungkin ada yg cikgu mahu kongsikan. Bah...bagi tau jak ya...^__^