♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, December 4, 2010

IMBASAN MEMORI


IMBASAN MEMORI

Entah kenapa petang ini aku amat teruja melihat drama bertajuk "PESONA RINDU" yang ditayangkan selama dua jam di TV 1. Seolah-olah ada sesuatu yang ku ingati, ya....seseorang yang pernah bertakhta dihati ku. Bezanya drama ini banyak mengisahkan perhubungan rumahtangga manakala memori ku pula perhubungan sebaliknya. Berikut sinopsis cerita pada drama tersebut.

PESONA RINDU_TV1_3.00-5.00ptg. ♥ ♥ ♥


Najmah menolak pertunangan dengan seorang ustaz semata-mata cintanya pada seorang sahabat baiknya, Safwan. Namun, perkahwinan Najimah dan Safwan tak kesampaian kerana Safwan tiba-tiba sakit tenat dan meninggal dunia. (Sedih pulak daaa..... )

Perkahwinan bagi Fazlan (sahabat baik Najmah) pula agak suram kerana isteinya-Darina (juga sahabat baik Najmah) terlalu sibuk belajar di luar negara selama 3 tahun. Fikiran negatif/stress kadangkala merosakkan perasaan Fazlan terhadap isterinya. Hanya sahabatnya Najmah tempat meluahkan segala perasaan duka. Apakah luahan perasaan itu bertukar menjadi CINTA?

‎"Saya betul2 sukakan awak...kita serasi. Yang penting saya sukakan awak, awak sukakan saya, kita tak perlu fikirkan perasaan orang lain." kata Fazlan pada Najmah. Dalam diam persahabatan Fazlan dan Najmah mula bertukar cinta. Namun Najmah masih SEDAR kedudukannya sebagai SAHABAT BAIK kepada isteri Fazlan, Darina. Mampukah Najmah bertahan dengan pendiriannya?

‎"Kenapa kau nak lukakan hati perempuan lain? Kenapa kau nak kahwin LAKI orang? Dulu ada oanrg sihat, kau nak kahwin dengan orang nazak sakit. Setahu mak, orang yang kahwin dengan LAKI orang tu tak akan bahagia. Terpulanglah, mak tak nak masuk campur." kata ibu Najmah setelah mengetahui niat Najmah yang akhirnya setuju berkahwin dengan Fazlan. (Aduhhhhh......)

Setelah 3 tahun berlalu, Darina akhirnya habis belajar dan kembali ke pangkuan suami tercinta. Lakonan drama berpura-pura terpaksa dibuat oleh Najmah dan Fazlan yang sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. (Fazlan sebagai suami yang mempunyai dua isteri semakin jadi keliru. Aaduhh...sampai bila drama berpura2 mereka bertahan???)

‎"Tempat isteri kan di sisi suami.." tetapi... situasi tak semudah seperti yang difikirkan apabila memiliki dua isteri.

Darina akhirnya dapat menghidu penipuan suaminya apabila dia terserampak dari jauh dengan suaminya mengendong seorang anak kecil di parking kereta sedangkan suaminya memberitahu sedang sibuk mesyuarat. Darina semakin sakit hati apabila melihat permainan kanak-kanak (patung dan kapal) di rumah mereka. "Sampai hati menipu.." bisik Darina.

Hasil intipan Darina terhadap pergerakan suaminya, dia berjaya juga mengesan suaminya di rumah sahabat baiknya sendiri Najmah yang juga madunya sendiri. Setelah KEBENARAN SITUASI diketahui dari mulut suaminya. Darina menangis semahunya, Darina mengakui KESILAPANNYA selama 3 tahun MENGABAIKAN HATI dan PERASAAN suaminya.

"Ini semua bukan salah Naj dan Lan. Tapi saya terkilan sebab kamu tidak berterus terang kepada saya. Saya tak sangka sahabat baik sendiri buat macam ni pada saya." Darina terlalu kecewa, air matanya bercucuran.

Darina akhirnya mengorak langkah membawa rajuk di hati. "Jaga Naj baik2..." kata Darina sambil menaggalkan CINCIN PERKAHWINAN dan menyerahkan cincin tersebut di tapak tangan suaminya.

REFLEKSI KU:
Huhhhhhh...sekian terima kasih. Tiap KISAH ada KESUDAHANNYA. Tiap yang terjadi pasti ada HIKMAHNYA. Apakah ini semua RENCANA ALLAH buat hambanya???? Jodoh datang berbagai cara. Apapun....sebelum buat KEPUTUSAN, ada baiknya BERFIKIR TENTANG PERASAAN ORANG LAIN. Sanggupkah membuat orang lain TERLUKA atau TAK PERLU FIKIR PERASAAN ORANG LAIN??? ^_^

Pada saya, cerita ini banyak pengajarannya. Situasi Darina seolah-olah seperti watak ku. Seorang yang bersikap agak manja dan suka dimanjakan. Sikap manja ini juga mungkin kurang matang dan sering alpa serta kurang prihatin terhadap pasangannya. Apakah sikap ku dulu kurang matang....ahahhahha...ada sikit2 lah. Huhuhu.. :).

Mengenang perhubungan kasih ku yang terputus 3 tahun lalu tidak lagi buat aku menangis, malah aku kadang-kadang tersenyum mengingatinya, entahlah...yang pasti aku sudah boleh menerima perpisahan yang terjadi dan menganggap si dia kini sahabat baik ku. Lagipun, pada saya, TIADA PAKSAAN andai HATI si dia sudah TAK SUDI lagi.

Hikmahnya kini, aku belajar lebih prihatin dan cuba bersikap lebih matang berbanding dahulu. Apapun, aku percaya, sesuatu hubungan itu biarlah juga sentiasa bersuluhkan RESTU ALLAH swt, agar yang hubungan di bina itu sentiasa di RAHMATI dan di BERKATI. InsyaAllah..... ^_^

1 comment:

Unknown said...

Asalam efah..banyakkan bersabar ya..berserahlah padaAllah kala mendapat kesulitan..layarilah kehidupan dgn penuh iklhas. Allah telah itu maha mendengar..amin.