SALAHKAH PERIGI MENCARI TIMBA?
Bagaimana mungkin srikandi Islam yang mulia, Khadijah r.a menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW untuk dijadikan isteri? Apakah itu menggambarkan bahawa Khadijah memiliki sifat TIDAK TAHU MALU?
Ceritanya begini. Seorang gadis merasakan sudah tiba masanya untuk mendirikan rumahtangga. Namun dia bukanlah terlalu terdesak untuk mendapatkan cinta seorang lelaki. Hanya merasakan perlu menamatkan zaman bujang bagi mengelak berlakunya sesuatu yang tidak di ingini. Jua, untuk mengisi fitrah seorang manusia, mengasihi dan dikasihi.
Gadis ini masih belum berpunya. Barangkali tidak punya masa untuk berpacaran sebelum ini. Mungkin uga yang ditunggu tidak kunjung tiba. Boleh jadi pernah ditinggalkan kekasih hati. Namun ketika ini dia sedang meminati insan bergelar lelaki.
Tetapi, malu dan segan rasanya diri. Mahu menyatakan pandangan serong. Hendak meluahkan, apakah mungkin nanti dicop sebagai wanita yang tidak tahu malu. Namun, getaran dihatinya hanya Allah yang tahu.
Benar, bukan dia sahaja yang berhadapan dengan situasi sebegini. Ramai wanita barangkali sedang memendam rasa, menaruh hati kepada lelaki impian. Tetapi bimbang jika diibaratkan umpama perigi mencari timba.
Namun adakah itu satu kesalahan? Ketika hasrat mereka adalah untuk menyunting lelaki sebagai pemimpin diri dan keluarga yang bakal dibina kelak. Atau mungkinkah kita yang gagal memahami antara adat dengan ibadah.
Jika ia satu kesalahan, bagaiman amungkin srikandi Islam yang mulia, Khadijah r.a menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW untuk dijadikan suami? Apakah itu menggambarkan bahawa Khadijah memiliki sifat TIDAK TAHU MALU?
“Wahai anak saudara pakcikku, sesungguhnya akau telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-kata mu…”
Begitulah luahan Khadijah pada saat meghulurkan lamaran kepada Nabi Muhammad. Barangkali tidak ramai yang tahu, perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan.
Sebaliknya merupakan sunah dan kebaikan ini berdalilkan hadis daripada Anas r.a yang berkata telah datang sorang wanita kepada baginda Rasulullah dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku? Lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas r.a dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas r.a: Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik daripadamu kerana dia mencintai nabi dan menawar dirinya demi kebaikan.” (Riwayat Bukhari no 5120, Nasaie dan Ibn Majah).
Pasti rasa malu itu tetap ada untuk meluahkan perasaan. Apatah lagi daripada seorang wanita kepada seorang lelaki. Namun bukankah masih ada caranya untuk melontarkan hajat dan keinginan kepada lelaki.
Gunakanlah BAHASA BERLAPIK atau KIASAN, perumpamaan dan sindiran kepadanya untuk memahami perasaan. Jua, boleh digunakan khidmat orang tengah sebagai perantara bagi menyampaikan pesanan dan hasrat.
Namun ILMU dan KEFAHAMAN yang mantap perlu diutamakan terlebih dahulu. Benar, Islam tidak melarang wanita meminang lelaki. Bagaimanapun, janganlah ia dilakukan dengan semberono. Asal sukakan lelaki, terus melamar tanpa mengkaji usul asalnya...Awas ya.. ^_^
Sumber: I LUV ISLAM_Sept 2010_M/S 16
* Ermm...pada anda bagaimana? Pada saya, apapun keputusan dan tindakan yang diambil (perigi mencari timba) semuanya haruslah dimulakan dengan ILMU dan bersuluhkan saranan didikan Islam itu sendiri. :-)
No comments:
Post a Comment