♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, November 10, 2010

PENGAJIAN ISLAM TRADISIONAL (Sekolah Pondok)

Fii Dzilalil Quran {في ظلال القرأن}

PENGAJIAN ISLAM TRADISIONAL (Sekolah Pondok)
( KG Tamau, Kota Belud, Sabah )

PUSAT PENDIDIKAN ISLAM

Pendahuluan.

Menyedari tentang pentingnya penerusan pengajian Islam secara tradisional maka sebuah pusat pengajian ala-pondok tradisional telah diwujudkan di kampung Rosok, Kota Belud pada tahun 1990. Kini Pondok Rosok telah dipindahkan ke Kg. Tamau, Kota Belud pada Januari 2010 dan mula mengambil pelajar bagi sesi 2010 pada 1 Ramadhan. Pondok adalah sebuah tempat pengajian yang menjalankan sistem pengajiannya yang tersendiri dan unik. Sistem talaqqi (Menadah kitab) merupakan sistem utama yang diamalkan di pondok. Di sini Tuan-tuan Guru bukan setakat sebagai seorang tenaga pengajar, akan tetapi sebagai qudwah (teladan) bagi pelajar-pelajar, di samping sebagali penasihat dan pembimbing pelajar tersebut sepanjang masa. Perkara ini berterusan sehinggalah pelajar tersebut mampu untuk membaca kitab sendiri seterusnya sudah mampu berdiri sendiri dan keluar sebagai seorang Tuan Guru yang baru untuk mengembangkan sistem pondok ini khususnya dan Islam amnya.

Visi

Sebagai pusat penyebaran ilmu dan gerakan massa yang berdaya saing.

Misi

Melahirkan generasi muslim yang menghafal al-Qur’an dan berpegang pada ajarannya bagi membentuk para ulama’ dan pemimpin masa depan yang mempunyai ilmu dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Objektif

1.Melahirkan generasi muslim yang terpelajar dan mampu menyebarkan Islam berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah serta menguasai perkembangan semasa dan teknologi terkini.

2.Mengajar ilmu-ilmu Islam yang menekankan asas pembangunan manusia dari semua sudut.

3.Melahirkan pelajar yang menguasai Bahasa Arab dengan mahir.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah:

Penaung: Ust.Hj.Madli Hj Manshor

(Imam Daerah Kota Belud)

Penasihat:

Hj.Akriah Abdullah.

(Sarjana Muda Farmasi, USM)

Pengerusi: Ust Mustaqim Aling

(Darul Qur’an, Kuala Trengganu)

Tim.Pengerusi: Che Hamzah Yusof

(Sarjana Muda Sains, USM)

Setiausaha: Saifudin Hj Ahmad

(Sarjana Muda Pengajaran (Matematik), OUM)

Bendahari: Saiful Anuar Abd.Rahman

(Sarjana Muda Pendidikan (Matematik), UPSI)

Ketua Unit:

1Kerja-Kerja Teknikal: Hj Ahinin Dusilin

(Sarjana Muda Sains dan Pendidikan, UMS)

2.Pengurusan Dana: Ust Abd Sattar Muhammad)

(Sarjana Muda Bahasa Arab, Univ. Al-Azhar)

3.Kurikulum: Ust. Samsudin Mohd Yasin

(Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan, UIAM)

4.Ko-Kurikulum: Jumat Sakmat

(Sarjana Muda Psikologi Pembangunan Belia dan Komuniti,UMS)

5.Unit Amal: Ahmad Fauzi Saiffuddin

(Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, UiTM Sabah)

6.Lojistik: Nasdin Pumpunga

(Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling, UPM)

Asik Masteri

(Sarjana Muda Pengajian Melayu, UM)

8.Pembangunan, Keselamatan dan Keceriaan: Daniah Abdullah.

Teori

- Belajar Kitab dengan Tuan2 Guru

- Mengulangkaji Pengajian Dengan Senior atau Mempelajari kitab-kitab

yang tidak diajar.

Amali

- Amalan Harian.

- Pelajar mengikut Tuan2 Guru.

Pengajian.

Kelas terbahagi kepada 2 iaitu:

1.Pengajian Pondok (Pelajar asrama dan harian yang berdaftar)

2.Umum (Pelajar dan masyarakat sekitar – kuliah maghrib)

Tempoh Pengajian

Pengajian pondok tidak mempunyai tempoh tertentu. Ini disebabkan pengajian pondok menitikberatkan kemampuan pelajar itu menerima setiap pelajaran serta kemampuan mereka terhadap pelajaran tersebut. Oleh yang demikian pelajar yang benar-benar mampu sahaja akan menghabiskan pengajian dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun mereka yang tidak mampu mengikut pelajaran tersebut mungkin perlu mengulangi pelajaran sehinggalah mereka benar-benar mampu. Walaupun begitu ini hanya terhad kepada sistem pengajian pondok yang berbentuk NIZAMI sahaja, sedang sistem pengajian sekolah biasa tidak sedemikian.

Waktu Pembelajaran

Bagi pengajian pondok, masa dipenuhi dengan aktiviti pengajian sama ada aktiviti itu berbentuk kurikulum atau ko-kurikulum.

Kurikutum di pondok secara umum

- Mengenal Al-Quranul Karim.

- Belajar Kitab-kitab Jawi Kecil , Kitab Rumi dan Asas Bahasa Arab

- Belajar Kitab-kitab Jawi Besar dan Kitab Arab Kecil

- Menghabiskan Kitab-kitab

Berdasarkan asas kurikulum inilah kitab-kitab pengajian akan dibahagikan kepada pelajar untuk mereka mengikutinya. Contohnya Subjek Feqah: Pelajar akan didedahkan dengan kitab yang rendah sebelum berpindah ke kitab yang Iebih besar. Mereka juga akan dilatih membaca kitab kepada junior sebagai latihan asas.

Ko-kurikulum di pondok secara umum

- Belajar Berceramah.

- Belajar Berzanji

- Berzikir

- Latihan Imam Terawih (Senior)

- Menyampaikan syarahan dalam musim tertentu spt. Maulud

- Imam solat Berjemaah

- Kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

- Pertanian dan Penternakan

- Seni mempertahankan diri

- Ilmu perubatan Islam.

MATAPELAJARAN YANG DIAJAR

I - Tauhid

2 - Feqah

3 - Nahu (Tatabahasa Arab)

4 - Balaghah (Sastera Arab)

5 – Soraf ( Ilmu kunci Bahasa Arab)

6 - Tasawwuf/Akhlak

7 - Tafsir

8 - Hadis

9 - Mantiq (Ilmu Logik)

10 - Sejarah Islam

Tambahan:

Pondok baru yang telah dibangunkan di kg Tamau, Kota Belud mula mengambil pelajar pada 1 ramadhan lepas. Kini pelajarnya baru ada 9 orang. Kapasiti asrama ialah seramai 20 orang.

Syarat kemasukan:

1.Lelaki bujang. Umur tak kira berapa. Yang penting minat untuk belajar.

2.Tidak merokok/ berikrar untuk berhenti merokok.

3.Sedia patuh pada semua peraturan pondok.

4.Tiada masalah disiplin.

5.Tinggal di asrama.

6.Yuran daftar RM50 dan yuran makanan RM100 sebulan. Bagi mereka yang benar-benar tidak mampu (miskin) boleh dibincangkan pengecualian oleh AJK atau cari sponser.

7.Masak sendiri- beramai-ramai.


Sumbangan kewangan dari seluruh umat Islam amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun pondok di Bank Islam, Kota Kinabalu

( 100 – 160 – 202 – 129 – 36 )


Nota: Saya baru mengetahui kewujudan sekolah pondok (Pengajian Islam Tradisional) di Sabah melalui Ust Abd Sattar Muhammad (sahabat Facebook). Alangkah bagusnya andai sekolah ini dimanfaatkan oleh anak-anak muda masa kini mahupun sesiapa sahaja yang berminat. Pasti bertuah dapat menambahkan ilmu agama di pondok ini disamping dapat mengenali rakan sepengajian yang baik-baik.

21 comments:

Good Wife, Mom to my family. said...

oh saya pun baru tau..
ok juga ada pondok agama mcm ini
tiada maklumat lengkap kah tentang pondok ini.

Good Wife, Mom to my family. said...

saya pun baru dpt tau pondok neh
tiada maklumat lengkap kah efa?
salah satu usaha yang patut dibanggakan sebagai usaha untuk menyebarkan dakwah islam .

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

BLADE: TQvm...iya..insyaAllah.. :D

My New: OOo...maklumat..ini jak yang say tau. Iya...ngam ni kasi peluang sama remaja2 ikut juga. Ada ba sorg ustaz d FB tu, dia yg banyak urus jua tu. Ustaz Sattar, pensyarah Maktab Kent Tuaran. Cuba cari2...ada tu. Heeee. ;D

isham said...

assalamualaikum...bleh kongsi nak tau kah..klu mau bjar kat pondok 2 cam mna caranya ya...
n brapa tahun pling max bjar kat sna...??
guru dari mna jga yg ajar dri sna...

isham said...

salam...
tumpang tny cam mna mau dftar gi sna..brpa lma max bjar d sna...

drien said...

assalamualaikum...sklh nie ada untk pompuan kha juak...lau blh sy nak msk juak pas stpm nnt nie...

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Mr Shaddam & Mr Drien:

Maaf lambat respon. Saya ambil masa tanya dengan ustaz Sattar. Kata ustaz Sattar: "syarat nak masuk elajar di pondok fii dzilalil quran ;
1. lelaki sahaja
2. bawah umur 18 thn
3. berminat sungguh2 nak belajar
4. tempoh belajar 2 tahun dan jika pihak pondok merasakan pelajar tu berpotensi, akan usahakan untuk dihantar ke pusat2 pendidikan di semenanjung."

Rujuk dan PM (Private Mesej) dengan Ustaz Satar di FB ya ---> อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด @ http://www.facebook.com/sattarm .

Semoga success selalu ya. ^___^

Nur Hidayah said...

assalamualaikum.. nak tumpang tanya, ada tak sekolah pondok yang hanya menempatkan pelajar perempuan dan boleh masuk selama dua bulan..? sebab saya tengah study jadi dalam masa yang sama tak dapat nak buat pengajian lama kat sekolah pondok. tetapi saya ingin sangat mendalami ilmu bhsa arab dan al-quran,al-sunnah bagi mengimbangi ilmu duniawi dan ukhrawi saya..

Nur Hidayah said...

Assalamualaikum..saya nak tumpang tanya ada tak sekolah pondok yang hanya menempatkan pelajar perempuan dan boleh masuk walaupun tempoh pengajian yang diambil tidak lama seperti 2 bulan sahaja disebabkan beberapa masalah yang dihadapi. saya ingin mendalami ilmu bahasa arab, al quran dan al-sunnah.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Buat Nurhidayah:
Saya sudah tanya ustaz Sattar mengenai persoalan kamu. Ni jawapan dari ustaz Sattar di messages FB.

"อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด
Salam... Setakat ni kami tak dapat menyediakan perkhidmatan untuk pelajar perempuan."

Apapun...sy sentiasa doakan semoga niat kamu sentiasa dipermudahkan dan tercapai juga akhirnya. Jangan berputus asa ya...mgkin di tempat lain ada.... ^_^

Mohd Yazid said...

assalam. saya nak tanya, boleh tak kalau saya nak dtg belajr tp untuk 1-2 bulan sahaja kerana masa tu cuti sem saya.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

W'salam...tentang niat kamu utk belajar tu cuba berhubung terus dengan Ust Saifuddin 0198102540. Semoga dipermudahkan segala urusan kamu untuk menimba ilmu... ^_^

PetualangDunya |CH1789| said...

assalam.. just melawat2.. ;) alhamdulillah, sy bru taw psal sek0lah p0ndok ni.. terimakseh atas in4. tersebut.. malangnya sek0lah ni lbih mngutamkn lelaki.. sm0ga anak2 muda sabah dbukakan pintu hati oleh ALLAH SWT untuk j0in sek0lah mcm ni..

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

W'salam. Iya...mungkin belum sampai masanya untuk sekolah pondok perempuan. Aamiin...semoga Allah sentiasa memberikan hidayah-Nya. :)

Abu Fu'ad Ibn Fareed said...

Assalamualaikum.
Saya Fuad asal daripada Lahad Datu. Kampung saya di Kota Belud. Saya mahu bertanya tentang sekolah pondok di KB seperti yang saudari sudah terangkan. Saya ingin mengetahui, berapa lamakah masa yang di ambil untuk tamat kajian semasa di sana atau adakah tamat kajian itu bergantung kepada penghafalan Quran atau sebaliknya? Dan saya mahu tahu, apakah dan dimanakah arah tuju selepas melanjutkan pelajaran di sana? Adakah layak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Mesir atau mana-mana pusat pengajian Islam di dalam dan luar negara? Mohon boleh berkongsi maklumat. Sebab saya dan rakan berminat untuk melanjutkan pelajaran dan mendalami lagi tentang ilmu kalam. Wallahualam...

Saudari boleh membuat 'feedback' ke fuadfaridkhan@gmail.com e-Mail/FB.

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Walakumusalam wtb Saudara Fuad Farid Khan.
Ini reply mesej Ustaz Sattar di FB saya.
"อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด
Salam. Kita terima pelajar yg betul2 mau belajar asas Islam. Pengajian selama 2 thn. Jika prestasi memuaskan, kita akn hantar ke semenanjung utk sambung pengajian. Dan di sana pelajar boleh pilih arahtuju utk menjadi hafiz dan utk ke luar negara."

Anonymous said...

perempuan xda ke?

Anonymous said...

salam... berapa had umur yg boleh masuk sekolah pondok nhi..

Anonymous said...

Berapa had umur utk masuk skola pondok nhi..

Unknown said...

McMna nk dptkn no tel bg dptkn MakluMat lanjut?

Unknown said...

boleh x dapatkn no tel utk MkluMat lanjut??