KALI PERTAMA MENCBAR DIRI
Selepas habis sesi persekolahan pada 25.10.2010 (Isnin), aku mengeluarkan niat untuk keluar ke pekan dengan mengajak Kak Rosmi. "Kakak yakin ka saya boleh bawa ni?" Itu persoalan ku buat Kak Rosmi memandangkan aku sendiri tak punya keyakinan.
"Bila lagi mau bawa kan?" Aku mencabar diri ku sendiri. Maka buat kali pertama aku membawa kereta Myvi Oren kesayanagn ku ke pekan Keningau. Sesekali aku melanggargaris putih penanda jalan dengan kelajuan hanya gear 3. Kereta dibelakang ku asyik saja memotong perjalanan ku. "Tidak apa, baru belajar ba", aku memujuk diri sendiri.
Tiba di sekitar round about besar berhampiran dengan barik Polis, aku melakukan kesilapan besar. Adakah aku suka hati memotong lorong jalan lori besar yang baru sahaja memulakan perjalanan mengelilingi round about ke kanan. Kononnya aku mahu juga mahu belok ke kanan, padahal lorong ku harus terus maju ke depan tanpa belok.
"Maaf, saya mahu ke kanan juga" bisik hati ku. Dengan pemanduan ku yang tak stabil dan kereta terbatuk-batuk, kereta ku berjalan seperti kura-kura mengelilingi round about. "Ponn, ponn, ponn" aduh...lori beri hon agak kuat sebanyak 3 kali terhadap ku. Dengan selamba, aku meneruskan perjalanan ku. "Alamak....banyak mata memandang ku, malunya. Aku dah lakukan kesilapan besar, maafkan aku lori" bisik hati ku.
Perasaan ku tenang-tenang saja pada mulanya, namun setelah mengenangkan semula peristiwa round about, hati ku menjadi gelisah dan sangat bimbang....aduhhh...kenapa ada gelisah dan bimbang tiba-tiba. Selesai membayar bil api, astro, streamyx dan membayar bulanan kereta di bank MyBank aku mengajak Kak Rosmi ke masjid pekan Keningau untuk menunaikan solat Asar. Sungguh hati ku rasa gelisah dan mahu muhasabah diri seketika di rumah Allah. Sempat juga ku titipkan sms baut sahabat ku di Labuan untuk meminta pendapatnya mengenai kegelisahan ku ini. "Banyakkan baca selawat" Ringkas saja jawapannya namun ia dapat membantu aku menenagkan diri.
Petang itu hujan turun mencurah-curah. Syukur setiap kali keluar berjalan, aku tak pernah meninggalkan payung dalam beg ku. Sikap ini telah ku amalkan sejak di sekolah menengah lagi. "Sediakan payung sebelum hujan" aku suka pepatah ini, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Aku dan kak Rosmi jalan berpimpinan dibawah satu payung. Perjalanan kami seterusnya ke Servay untuk membeli barang-barang dapur. Selesai memborong barang, aku dan kak Rosmi kerkedek-kedek membawa barang ke kereta yang ku parking berdepan dengan Restoran Sri Keningau. Parking tersebut kebetulan ku perolehi apabila Guru Besar Ku kebetulan ingin keluar dari parking tersebut. Seolah-oleh perjalanan ini dirancang dengan baik, kerana mendapat parking yang baik dari orang yang dikenali pula.
Kelewatan membeli barang menyebabkan aku dan Kak Rosmi balik dengan jalan yang sudah gelap. Kali pertama juga aku mencabar diri dengan memandu dalam keadaan gelap dan menggunakan lampu kereta. Syukurlah perjalanan pulang berjalan dengan baik dan selamat. Ada rasa bangga menyelinap ke dasar hati ku. Sebaik saja aku tersenyum sendirian, aku sekali lagi melakukan kesilapan. Bumper belakang sebelah kiri kereta ku melanggar tiang parking. Aduhhhh...rupanya aku masuk agak rapat pada dinding parking kereta di rumah guru ku. Hati ku terguris lagi melihat calar pada kereta ku buat kali kedua. Calar tersebut berlaku pada tempat yang sama kejadian calar di kampung halaman ku, Kg Penagatan Ulu.
Sekali lagi aku muhasabah diri. "Usah mudah merasa bangga Efah...bersederhanalah dan berwaspadalah selalu" bisik hati ku. Huhhh....sukar diramal apa lagi yang akan berlaku selepas ini. Ku serahkan pergantungan pada Allah....semoga aku dijauhkan dari takdir yang tidak baik.
No comments:
Post a Comment