♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, October 27, 2010

JADILAH MAWAR BERDURI


Jadilah mawar berduri
Sebagai senjata pelihara diri

Dirimu terlalu suci
Seindah perhiasan diberi
Jangan pula kau cemari diri
Dek hitam debu duniawi

Datangnya Islam mengangkat martabatmu
Terciptanya syariat memelihara dirimu
Sayangi hatimu, bajai Imanmu
Dan ketahuilah, ALLAH jua amat kasih padamu

Jadilah mawar berduri
Pelihara peribadi
Hargai maruah diri
Dan dirimu akan menjadi penyeri
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi

Jangan dengan lirik manjamu kau goncang Iman sang lelaki
Goncanglah dunia dengan keteguhan Iman di hati
Bersama kita berusaha menjadi mawar berduri
Semoga di beri peluang menjadi srikandi yang mewakafkan diri di jalan ILAHI..
Ameen..


*Sumber: Draipada kiriman sahabat saya Suci Salsabilah. ^_^

Friday, October 15, 2010

Rumusan Teks Ucapan Pembentangan Bajet 2011


Rumusan Teks Ucapan Pembentangan Bajet 2011


Bajet kali ini merupakan bajet ke -53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi binkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.

Rumusan dan laporan penuh Pembentangan Bajet 2011 yang bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak ialah:

  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan
  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah
  • Merancakkan industri pelancongan: antaranya 85 juta ringgit untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi. 50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang
  • Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan 3.8 billion ringgit bagi tahun 2011
  • 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Telefon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun

229 juta untuk projek Iskandar Malaysia - untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki perkhidmatan pengakutan awam

  • Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet 850 juta ringgit.
  • 91 juta ringgit untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.
  • Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar
  • Industri Kreatif: 200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan
  • Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalah Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.

Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti

29.3 billion ringgit untuk Kementerian Pelajaran, 10.2 billion ringgit untuk Kementerian Pengajaran Tinggi dan 627 juta ringgit untuk Kementerian Sumber Manusia - khas untuk pembangunan modal insan

  • Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management

111 juta untuk projek PERMATA

  • 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. 213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.
  • Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan 95 juta ringgit

250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

  • Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan 20 juta ringgit
  • 213 juta ringgit di peruntukan abgi mengangkat tinggi penguasaan bahasa malaysia, bahasa inggeris & memperkemas kukurikulim.

Biasiswa kepada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit

220 juta untuk siswazah jurusan lain dan 50 juta ringgit untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT.

  • 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.
  • Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.

Meningkatkan produktiviti pekerja

  • Program Latihan 1 Malaysia sebanyak 500 juta ringgit khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran & mempelajari kemahiran baru

474 juta ringgit untuk golongan bukan siswazah

Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi - 30 juta ringgit untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011

  • Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuat kuasa 2011
  • Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan 20 Juta ringgit
  • Pembangunan sukan negara: 356 Juta Ringgit unruk pengurusan aktiviti sukan

Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini

  • Meningkatkan pemilikan rumah - 568 juta ringgit disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.
  • Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan 1.2 billion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan

Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar - 6.9 biliion ringgit untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik & jalan luar bandar.

  • Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda)
  • 50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.

200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepung terutama di Sabah & Sarawak

  • Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah 170 juta ringgit bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk meningkatkan hasil tangkapan
  • Meringankan Beban Hidup Rakyat: 947 juta ringgit sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta 230 juta ringgit untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi
  • Elaun imam naik 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan.

Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada 800 ringgit sebulan

  • 500 juta ringgit untuk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara
  • Cadangan 212 billion untuk RMK-10, NKRA dan NKEA
  • Penjawat Awam mendapat Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 pada bulan Disember

Nota: Bajet kali ini prihatin pada warga desa terutamanya pemimpin kampung (Ketua Kampung) dan juga Imam yang ditugaskan di kampung. Saya tumpang bangga dengan keprihatinan PM pada rakyat dipelusuk kampung ni. Untuk penjawat awam pula ada BKK (Bantuan Khas Kewangan) sebanyak RM500.00 pada bulan Disember. Cuti bersalin juga bertambah dari 60 hari menjadi 90 hari.....sangat mengembirakan buat kaum ibu. Yeazaaa.....syukur rezeki yang ada. Cuma saya tercari-cari ayat PM semalam dalam rumusan ini "Gaji Guru KAFA di naikkan dari RM500 kepada RM800.00." . Apapun semoga semua kata2 PM terlaksana. (

BAJET 2011_TV1_3.30 petang - 6.30 petang_(Siaran Langsung). Dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

) ^_^

Thursday, October 7, 2010

AJARKAN AKU MAKNA CINTA?


AJARKAN AKU MAKNA CINTA?


Ajarkan aku makna CINTA?

Kerana CINTA itu sukar diramal…..


Ajarkan aku makna CINTA?

Kerana cinta sering saja buat aku cemburu buta…


Ajarkan aku makna CINTA?

Kerana cinta pernah buat aku sangat terluka…


Ajarkan aku makna CINTA?

Kerana aku sering mencari kesempurnaan cinta


Ajarkan aku makna CINTA?

Kerana aku sangat kagum pada mereka.

Yang CINTA TUHAN melebihi cinta sesama MANUSIA


Ajarkan aku makna CINTA?

Kerana aku tak rela berkongsi cinta

Seperti mereka yang redha berpoligami...


Ajarkan aku makna CINTA?

Kerana cinta aku takut terluka lagi

Sering pula suka menolak cinta yang hadir

Walau hati tak merelakan dan air mata saksinya

Apakah aku kini seorang yang pemilih?

Aku cuma ingin selamat dari luka-luka yang pernah menyakitkan..


Pada Dia Maha Pencipta….

Kurniakan aku CINTA sejati Mu

Semoga cinta utama ku hanya pada-MU

Agar aku juga bisa menyemai cinta

Pada insan-insan di sekeliling ku....

PADA HELAAN NAFAS


PADA HELAAN NAFAS


Pada helaan nafas

Satu persatu ku sedut dan ku hembus

Membekalkan oksigen pada jasad ku

Demi menyambung nyawa hidup ku


Pada helaan nafas

Terkadang aku lupa akan nikmat percuma ini

Kerana leka berkelana di dunia

Hingga lalai mensyukurinya…


Pada helaan nafas

Tika aku diuji sang pencipta

Hatiku dihiris sembilu

Nafas ku jadi tersedu-sedu

Mengiringi tangis yang terluah


Pada helaan nafas

Ku heret minda pada sang pencipta

Ku luahkan rintihan rasa hanya pada-Nya

Sujud syukur pada kurniaan satu nyawa

Tenang damai pada hidayah-Nya


Pada helaan nafas

Entah di manakah penghujungnya

Hanya redha memohon kasih sayang-Nya

Ku dambakan suluhan cahaya iman

Semoga bekalan ini mencukupi

Untuk kembali pulang menemui-Nya

Saturday, October 2, 2010

SAKIT ITU UJIAN


SAKIT ITU UJIAN

UJIAN ALLAH seperti mana yang diketahui ada dalam DUA bentuk iaitu KEBAIKAN dan KEBURUKAN misalnya tubuh yang sihat atau sebaliknya. Ini semua bagi mengingatkan manusia agar sentiasa BERSYUKUR dan BERSABAR dengan setiap KURNIAAN-NYA.


Firman Allah yang bermaksud:

“Setiap yang BERNYAWA pasti menemui KEMATIAN. Dan kami MENGUJI kamu dengan KESUSAHAN dan KESENANGAN sebagai CUBAAN dan kepada kami kamu semua akan DIKEMBALIKAN.” – Surah al-Anbiya’:35.


Biarpun PENYAKIT itu dirasakan perit pada zahirnya namun bagi pandangan insane-insan beriman, disebaliknya terkandung PAHALA dan KEAMPUNAN dosa-dosa yang membuatkan diri mereka sentiasa MENGINGATI ALLAH.


Menurut Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Tiada sebarang MUSIBAH yang menimpa seorang Muslim melainkan Allah akan MENGAMPUNKAN DOSANYA walaupun dia hanya tercucuk duri." - Hadis Riwayat al-Bukhari.

Sumber : Hadis & Falsafah_MAJALAH NUR_m/s 108_Oktober 2010

Friday, October 1, 2010

6 PRINSIP MORAL KEKUATAN DIRI


6 PRINSIP MORAL KEKUATAN DIRI

Dr Ary Ginanjar Agustin yang menampilkan modul latihan The ESQ Way 165 menyatakan seseorang itu harus memiliki enam prinsip moral agar tidak mudah mengubah pendirian diri apabila diri diterap badai walau sekeras mana sekalipun. Kekuatan diri yang jitu membolehkan seseorang itu membuat keputusan yang jitu dan bijaksana tanpa melanggar prinsipnya. Kesemua PRINSIP yang harus dimiliki perlu berpegang kepada ALLAH.

Prinsip Dasar TAUHID iaitu berprinsip hanya kepada ALLAH
(Spritual Commitmen).

Prinsip KEPERCAYAAN iaitu komitmen kepada MALAIKAT
(Spritual Integrity).

Prinsip KEPIMPINAN iaitu mencontohi NABI dan RASUL-NYA
(Spritual Leadership).

Prinsip PEMBELAJARAN iaitu berpedoman kepada AL-QURAN
(Continuous Improvement)

Prinsip MASA DEPAN iaitu BERIMAN kepada HARI KEMUDIAN
(Spritual Vision).

Prinsip KETERATURAN iaitu IKHLAS kepada KETENTUAN ALLAH.

Sumber: Hadis & Falsafah_MAJALAH NUR_m/s 90_Oktober 2010

RESAH KASIH SI ‘BAIK HATI’


RESAH KASIH SI ‘BAIK HATI’

Alam maya telah menemukan aku dengan seorang insan yang baik hati. Bergelar alim dan banyak ilmu agamanya. Tak dinafikan aku amat meminati kelebihan ilmu agamanya. Aku amat menghormatinya kerana komitmennya yang tinggi pada sang pencipta dan ibubapanya. Kata-kata usikannya kadang menjentik hati ku. Namun aku selalu menafikan bila berkomunikasi dengannya.

“Saya suka cara awak.”

“Saya sayang awak.”

“Saya sangat-sangat sayang awak.”

“Iangat saya selalu.”

“Saya sayang awak….awak sayang saya???”

Aduh….hati perempuan ku tak dinafikan berbunga-bunga. Senyum melingkari bibir ku dan rasa bahagia membuai-buai perasaan. Namun pengalaman silam mengajar aku lebih berhati-hati. Aku lebih suka senyum. Segala rasa hati biar Tuhan saja yang tahu.

“Terima kasih. ^_^”

“Saya amat hargainya.”

“Orang baik seperti kamu pasti ramai yang sayang.”

“Saya sentiasa ingat kamu yang baik hati.”

“Ehehehe….sayang sesama manusia…”

Demikian balasan ku pada ayat-ayat manis daripadanya. Jawapan yang sebolehnya agak tersembunyi dan tidak jelas.

Sebenarnya, daripada penelitian ku dia yang ku gelar si “BAIK HATI” sudah berumah tangga dan umurnya agak muda daripada ku. Entah kenapa dia menyembunyikan statusnya sebenar, mungkin beniat beristeri, 4 (maafkan aku kerana berprasangka seperti ini.) Pernah satu ketika aku bertanya tentang isterinya dan dia menafikan, namun aku sempat melihat sekeping gambar persandingannya di alam maya. Si dia akhirnya mengaku telah beristeri. Aku hanya tersenyum dengan pengakuannya. Jauh di sudut hati, aku menanamkan tembok dan batas perasaan ku terhadapnya, perasaan ku tak boleh hanyut dengan kata-kata manisnya.

Beberapa hari berlalu si Baik Hati masih dengan cara percakapannya.

“Saya sayang awak.”

“Keputusan di tangan awak. Nak panggil ‘abang’ .....atau ‘adik’.”

Namun cepat saja jari-jariku menaip…..‘adik demi membataskan perasaan ku dan perasaannya. Dan boleh saja aku memanggilnya ‘abang’ dengan niat HORMAT terhadap ILMU AGAMAnya yang tinggi. Namun, sebolehnya aku tidak mahu meletakkan HARAPAN. Harapan yang MEMBAHAGAIAKAN tetapi akhirnya MEMUSNAHKAN hati dan perasaan ku di hari kelak. Sungguh aku juga sangat menyayanginya, namun cuma sebagai TEMAN yang BAIK HATI.

“Wahai Tuhan, kenapa aku diuji dengan insan baik hati sepertinya? Dia sudah menemui jodohnya. Masakan aku boleh berkongsi kasih sayang dengan kaum hawa lain? Fitrah kaum hawa, tidak mahu kasih sang adam dibahagi-bahagikan. Tambahan pula ilmu agama ku tak kuat menghadapi situasi poligami. Pastinya bicara ku mengundang perang kata-kata di hari kelak. Aku tak mahu menerima akibat yang menyakitkan jiwa dan perasaan ku lagi. Tolong aku wahai Tuhan, berikan aku kekuatan dan keputusan yang terbaik.”

Hati ku merintih…..ada rasa sedih bermaharajalela. “Tak apalah, biar sedih sekarang, jangan sedih berpanjangan di masa akan datang. Semoga bertemu lagi insan yang baik hati tetapi belum dimiliki dan memiliki” pujuk hati kecil ku.

“Buat si ‘BAIK HATI’, terima kasih kerana menyayangi ku. Ku harap kasih sayang mu ikhlas dan bukan gurauan. Aku juga ikhlas menyayngi mu sebagai sahabat yang sentiasa mendidik ku dalam soal-soal agama. Maafkan aku kerana tak membelai mesra kasih sayang yang diberi. Sungguh, aku mahu berhati-hati mengendalikan perasaan ku yang pernah rosak kerana belaian CINTA sebelum ini. Tambahan pula, diri ku rasa tak layak berdamping dengan mu yang serba sempurna dalam soal agama. Aku juga tidak mahu menyelit pada ruang kebahagiaan yang sudah dimiliki oleh isteri mu. Sungguh aku dapat merasakan kesedihan dihati isteri mu nanti. Kerana, sesungguhnya kaum hawa amat suakakan kesetiaan pada suami yang satu dan berharap suaminya juga setia pada yang satu. Melainkan mereka (kaum hawa) yang benar-benar mengerti dan sedia menghadapi RISIKO poligami. Tapi pada aku, aku tak bersedia.”

Terima kasih wahai TUHAN kerana memberikan aku kesempatan mengenali insan-insan yang BAIK HATI di muka bumi ini. ^_^

MUHASABAH DIRI:

"Perasaan SUKA dan CINTA adalah dua perkara yg berbeza. Tidak salah bagi seorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan HASUTAN SYAITAN yang membawa kepada ZINA HATI."

Firman Allah, "Dan jika kamu ditimpa sesuatu GODAAN SYAITAN, maka BERLINDUNGLAH kepada ALLAH. Sesungguhnya Allah Maha MENDENGAR lagi Maha MENGETAHUI."