DUNIA BICARA
Dunia bicara, ya...bicarakan yang baik-baik. Berikan sesuatu yang memotivasikan dan itu yang cuba saya lakukan sebaik mungkin. Alhamdulillah, buat permulaannya kelihatan seperti tindak tanduk kanak-kanak kecil yang baru belajar berjalan. Kini bagai anak kecil yang baru menggagahkan diri agar teguh berdiri dan berjalan dengan baik.
Buat pertama kali saya berbicara di hadapan anak-anak murid sekolah saya sendiri untuk menyampaikan ceramah motivasi yang bertajuk 'Strategi dan Persediaan Menghadapai UPSR' dan 'Larangan Merokok' sebagai ceramah tambahan. Daripada 54 murid (2010), 63 murid (2011) dan terkini 71 orang murid (2012). Semua dilakukan demi kemahuan untuk merenjiskan kesegaran motivasi kepada anak-anak murid saya yang bakal menghadapi UPSR setiap tahun.
Saya mengambil peluang untuk melatih diri memotivasi murid UPSR pula ketika berkesempatan mengikuti Kem Motivasi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah di Kem Malangang pada 4 Julai 2012 (Rabu). Ketika itu penceramah jemputan tidak dapat menghadirkan diri untuk ceamah Bahasa Merlayu.
Setelah diberi arahan, saya cuba melakukan yang terbaik sahaja untuk tugasan mengisi ruang masa dua jam tersebut dengan aktiviti motivasi. Syukur bahan telah disediakan oleh pihak atasan ketika itu iaitu 'Kelebihan dan Kelemahan Saya' dan 'Saya 20 Tahun Akan Datang'. Saya cuma perlu mempersiapkan diri dan bersikap profesional seperti penceramah jemputan. Saya berusaha sedaya upaya memberikan kata-kata motivasi dari hati dan bicara yang ikhlas. Sesekali saya selitkan dengan kisah teladan kehidupan agar murid yang sermai 163 orang itu tidak jemu mendengar bicara saya.
Alhamdulillah, pada 11 Julai 2012 (Rabu) saya menerima jemputan pula untuk menyampaikan ceramah di SK Bunga Raya, Keningau Sabah untuk tajuk 'Pengurusan Masa'. Padahal ketika itu minda dan fizikal saya masih terlalu penat kerana baru balik dari Kem Motivasi di Kem Malangang. Perjalanan memandu kereta dari Tamparuli-Tuaran-Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau yang memakan masa sekitar 3-4 jam membuatkan saya terlalu letih.
Namun, saya gagahkan diri juga mengatasi kelemahan tersebut. Saya teruskan mencari bahan dan membuat power point ceramah yang terbaik. Itu saja yang mampu saya lakukan disaat kekangan kesihatan cuba mencabar diri. Tambahan pula saya telah berjanji lebih awal agar dapat menghadirkan diri sebagai penceramah pada tarikh yang dicadangkan.
"Selamat pagi semua...apa khabar, semua sihat ya?" demikian bicara awal saya kepada murid-murid SK Bunga Raya yang seramai 52 orang ketika itu. Suasana ruang makmal komputer dijadikan sebagai ruang dewan ceramah dan penghawa dingin berfungsi dengan baik. Lokasi ini kelihatan amat sesuai walaupun fungsi utamanya adalah untuk Makmal Komputer. Sekitar 1 jam 40 minit masa yang diberikan untuk saya menyampaikan ceramah. Alhamdulillah, ceramah saya kebetulan habis tepat pada masanya.
Tiada apa yang saya harapkan selain, murid yang mendengar bicara saya dapat mengambil faedah dan mengubah diri ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Itu sahaja yang saya harapkan dan ribuan doa saya panjatkan kepada Allah agar niat saya termakbul dengan bantuan dan izin-Nya.
Selesai melalui dunia bicara yang telah terlaksana, saya membuat penilaian dan refleksi terhadap diri saya sendiri. "Adakah murid berasa seronok dengan saya?" ermmm...sukar diramal, mereka saja yang mampu menilai. Yang pastinya sepanjang saya berada dihadapan mereka, wajah mereka masih ceria.
No comments:
Post a Comment