SEPATUTNYA FIKIR BERKALI-KALI
"Sepatutnya aku perlu memikirkannya berkali-kali. Bukan hanya sekali. Bukan kerana terpengaruh dan meyakini hasrat seorang teman, aku pula lupa memikirkannya untuk beberapa kali." Hati dan mindaku masih terbeban dengan pilihan diriku sendiri.
"Fikir sekali sebelum kita memberi. Fikir berkali-kali sebelum kita menerima." Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang tetamu jemputan dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia di kata TV 1 dengan tajuk perbincangan 'Buat Baik Berpada-Pada' sekitar jam 10 pagi tadi.
"Kenapa aku perlu memikirkannya berkali-kali sedangkan ternyata pilihan itu disokong penuh oleh teman ku (Cikgu S)?" Aku masih menyoal diriku sendiri.
"Hasil lebihan loan penuh tersebut setelah ditolak dengan harga rumah boleh digunakan untuk melangsaikan semua bayaran hutang seperti kereta, PTPTN dan loan bank yang lain." Demikian kata ejen perumahan yang tidak jemu memberi penjelasan kepadaku. Kata-katanya juga sama seperti apa yang pernah diunagkapkan oleh sahabat ku Cikgu S beberapa bulan yang lalu.
"Kamu tidak rasa rugi kah ambil rumah tu? Rumah tu stodio, hanya satu bilik dan saiz kelihatan kecil. Lagipun pinjaman loan kerajaan kita ni hanya dapat digunakan sekali sahaja. Ada lebih baik kamu mencari lot tanah dan buat loan kerajaan untuk bina rumah di atas tanah sendiri disekitar Keningau ini." Kata seorang rakan sejawatku di tempat kerja apabila mengetahui hasrat ku untuk membeli rumah. Pendapatnya begitu jauh berbeza dengan rakan ku, Cikgu S.
Aku semakin dilema memikirkan pendapat-pendapat mereka. Ada logiknya kata-kata rakan sejawat ku itu. Tambahan pula, rumah yang akan ku beli jauh di daerah Kota Kinabalu. Pada mulanya aku memilih rumah di blok G agar dapat bersama dengan rakan ku Cikgu S yang bertugas disekitar Tenom. Tapi entah bagaimana, ejen rumah tersebut sesuka hati memindahkan aku di blok B. Kegembiraan ku hilang malah berganti dengan rasa tidak puas hati dan sedikit suntikan rasa marah.
"First come, first serve" katanya selamba.
"Amboi sedap mulut bercakap. Kenapa tiada perbincangan terlebih dahulu?" Aku amat tidak berpuas hati, namun kata-kata ku tersekat di kerongkong. Tiada kata yang terluah. Segalanya terasa tidak bermakna lagi. Pesanan ku melalui sms tidak diendahkan oleh ejen perumahan apabila aku ingin membatalkan pembelian rumah tersebut. Malah ejen perumahan tersebut kelihatan pantas memasukkan bayaran wang dipositku sebanyak RM500.00 dan bukti resit pembayaran telah siap sedia diberikan kepada ku.

"Aduh, si mata sepet, percakapan lembut diselang selikan batuk-batuk seolah-olah tidak sihat. Kesopanan bicara mu membuatkan aku masih sahaja mahu bersabar terhadap mu. Kalau saja ada nada suara tinggi, boleh sahaja aku berkeras untuk terus membatalkan semuanya." bisik hati ku diiringi rasa tidak puas hari.
"Jika aku memilih untuk membatalkan pembelian rumah ini bermakna aku harus bersedia untuk kehilangan wang dipositku sebanyak RM500.00. Atau, aku teruskan sahaja pembelian ini, siapa tahu ia berbaloi dengan membuat sewaan terhadap rumah tersebut?" Aduh....aku semakin binggung memikirkan semua ini. Semangat ku boleh sahaja hilang kerana fikiran ku asyik tertumpu kepada urusan yang satu ini.

"Tahniah, anda sudah memiliki rumah." Kata si ejen perumahan. Sambil menghulurkan tangan untuk bersalam, dia tersenyum lebar.
"Apa salam-salam ni....haram....faham kah?" Hati ku menjerit namun tidak terluah bicara dibibir. Dalam keadaan perasaan yang berbolak balik, tanpa sedar aku menyambut juga salam tahniah daripadanya dengan balasan senyuman yang terpaksa.
"Aduh, dosakah aku kerana bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim? Mana pergi ilmu, iman dan keyakinan mu efah?" Aku mengherdirk diriku sendiri. Kesal berbaur marah dengan diriku sendiri.
"Aduh, dosakah aku kerana bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim? Mana pergi ilmu, iman dan keyakinan mu efah?" Aku mengherdirk diriku sendiri. Kesal berbaur marah dengan diriku sendiri.
"Asertif...asertif...asertif. Tegas diri...tegas diri...tegas diri... efah." Aku memarahi diriku sendiri.
"Semuanya sudah berlalu. Nasi sudah menjadi bubur. Solat istikharoh yang dibuat beberapa hari lepas bagi mendapatkan keputusan pula banyak dipengaruhi fikiran-fikiran negatif. Dimana kesudahan semua keputusan ini? Sepatutnya aku perlu berfikir berkali-kali sebelum menerima sesuatu daripada orang lain." Aku menasihati diri ku sendiri.
"Semoga keputusan yang terlanjur dibuat akan dapat berjalan dengan baik. Semoga semua urusan hidup ini dipermudahkan. Amin..." Hanya doa sahaja yang mampu ku iringi keputusan yang terasa berat untuk ku tarik balik.
6 comments:
xpa dah beli rumah tu..dunwori next time boleh jual rumah tu..jgnrisau harga rumah makin hari makin naik=)
Baik...terima kasih beri sokongan. InsyaAllah...semoga semuanya dipermudahkan nanti... ^_^
Assalamualaikum.
Terima kasih sudi beri komentar. :)
Wa'salam....sama-sama. Terima kasih juga sudi singgah di sini.. ^_^
jadikan semua ni sebagai pengajaran..semoga kita lebih berhati-hati dimasa akan datang...seeloknya minta pendapat dengan ramai orang..pertimbangkan yang mana lebih banyak menyokong samaada setuju atau tidak setuju...
apapun semoga kertelanjuran itu boleh mendatangkan kesenangan di masa akan datang....
Iya...silapnya saya kerana kurang meminta pendapat dengan ramai orang. Errmmm...terima kasih perkongsian idea ya. Ya...hanya mampu berdoa semoga semuanya dipermudahkan. ^___^
Post a Comment