♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, October 1, 2011

BOLA JARING_MSKPPM_Daerah Keningau 2011



BOLA JARING_MSKPPM_Daerah Keningau 2011

Tarikh: 17.09.2011_Sabtu_8.00 pagi - 2.00 petang

Alhamdulillah....selesai permainan, pasukan guru-guru Zon Apin-Apin dinobatkan sebagai pemenang Naib Johan. Johan adalah pasukan guru-guru Zon Pagalan dan tempat ketiga ialah pasukan guru-guru daripada SMK Keningau 2.

Entah bagaimana seramai 5 pasukan yang menyertai pertadingan terasa semuanya hebat-hebat belaka. Terdengar desas desus rakan sepasukan yang cuba meramalkan akan mendapat tempat ke-4 atau tempat ke-3 setelah melihat kemampuan pasukan masing-masing yang agak hebat. Separuh permainan, kami menang sekali dan kalah sekali dari dua pasukan yang kami temui.

Tiba-tiba seorang rakan pasukan kami tarik diri menyebabkan pasukan kami tepat hanya 7 orang, tiada lagi simpanan. Kelihatan sahabat ku yang berusaha meghantar mesej agar aku dan rakan serumah segera datang sebelum permainan kelihatan hampa.

"Tarik diri atau teruskan permainan?" katanya apabila kelihatan kebanyakan anggota pasukan Zon Apin-Apin hilang semangat setelah seorang anggota telah meninggalkan pasukan untuk urusan keluarga. Kami sepakat meneruskan permainan, cuba sedaya upaya.

"Kamu ambil posisi GS" katanya kepada ku.

"Alamak....boleh ka saya?" aku masih ragu-ragu.

"Kamu ndak payah shoot, tolong si Vet ambil bola.." katanya.

"Baik...saya cuba.." aku mengiyakan sahaja.

Demikian antara dialog yang masih ku ingat ketika itu. Tiba pertandingan dengan pasukan SMK Teknik aku agak kaku kerana GA pasukan lawan yang mengawal ku sangat tinggi bagi ku. Aku cuma di paras lehernya. Sesekali terasa badanku disondol dengan badannya yang tinggi. Aduh....permainan ku semakin teruk. Tiada apa yang dapat ku bantu. Rakan sepasukan ku pula jarang menghantar bola kerana musuh terlalu rapat dengan ku. Bola yang ingin ku ambil sentiasa berjaya di tepis atau diambil. Semangat ku hilang seketika.

"Tidakkkk...aku tidak mahu menghampakan rakan-rakan ku. Apap patut ku buat?" Bisik hati ku.

"Hasbunallah...hasbunallah...hasbunallah..ya Allah..berikan aku kekuatan untuk mengatasi kelemahan ini." bisikku berulang-kali di dalam hati sepanjang permainan itu.

Ayat ini ku pelajari dari seorang teman ku ketika menuntut di Maktab Perguruan Tawau pada tahun 2008 dahulu. Katanya, bila rasa takut, bacalah 'hasbunallah'. Aku amat mengaguminya dan sejak itu aku mengamalkannya. Dilaman lain ada juga menceritakan tentang ayat hasbunallah ini.

"Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung."

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda –Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.

Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar. Subahannallah.


Demikian antara ayat yang menjadi kekuatan ku ketika. Entah bagaimana aku akhirnya berjaya membuat satu taktik untuk mengelirukan musuh ku. Semakin sahabatku (Vetonia) yang memegang posisi GA mendekati ku...aku semakin menjauhkan diri daripadanya. Musuhku pula sentiasa mengawal ketat terhadap ku. Ya, kawalan ketat dari jauh akan memberi peluang kepada sahabat ku untuk menjaringkan gol dengan seorang sahaja halangan dikawasan D.

Itu juga yang ku lakukan ketika perlawanan dengan pasukan SMK Keningau 2 dilangsungkan untuk mencari tempat kedua dan ketiga. Diakhir permainan, ada beberap orang yang mengetahui juga taktik yang ku lakukan. GA di pihak lawan tidak lagi mengawal ku dengan ketat. Namun ketiadaan kawalan terhadap ku menyebabkan aku berpeluang mengambil bola untuk diserahkan kepada sahabat ku Vetonia.

Alhamdulillah, permainan dan taktik ini berjaya. "Tidak juara bermain" tapi "juara berfikir" untuk taktik perlu juga untuk meraih kemenangan. Tahniah buat rakan sepasukan ku yang ku lihat semakin hebat diakhir permainan. Tahniah juga untuk diri ini yang masih mampu berfikir walau bola kadang tersalah sasaran ke pihak lawan...hikhik. Memori ini indah jika dikenang. Dan pastinya ribuan kesyukuran jua ku panjantkan kepada sang pencipta di atas limpahan rezeki kepada hambanya yang berusaha. ^___^

1 comment:

Ampuan Awang said...

aktif lagi rupanya main-main blog ya ... heh heh heh