♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, October 25, 2011

ANTARA TAHU, TAK TAHU DAN NIAT

ANTARA TAHU, TAK TAHU DAN NIAT

Bila ada rasa tahu,
mahu disampaikan
apa yang diketahui
niat yang baik-baik...
sampaikan yang baik-baik...

Bila tak tahu...
Ada rasa was-was
Mungkin beranggapan ada yang tak tahu
Lantas disampaikan jua yang diketahui
Niat agar yang lain sama-sama tahu

Antara tahu dan tak tahu
Ada niat yang terselit...
Niat hanya yang baik-baik..
Jauh sekali pada rasa tak baik...

Apapun demensi diri terbatas...
Masakan dapat memahami minda manusia lain?
Minda mereka boleh saja fikir yang baik-baik..
Minda mereka boleh saja fikir yang sebaliknya..

Maafkan diri ini wahai teman..
Rendah ilmu khilaf diri
Bersuluh TIDAK MATANG
jadi gelaran mu...

Andai yang dibincangkan
mengganggu diri dan nilai 1 Malaysia
Salam rendah diri seikhlas hati mohon kemaafan
Semoga kita semua dirahmati Tuhan..



Nota: Kemaafan jua dipinta...terima kasih atas peringatan itu. ^___^

Saturday, October 8, 2011

AIR MATA RINDU


Lirik lagu: AIR MATA RINDU - K.H Junaedi Al Baghdadi

Kan ku tunggu
Di ujing malam
Kau ku tunggu.. (2x)

Kan ku lebur
Mimpi ku di
Dalam redha Mu... (2x)

Akan ku teguk
secawan anggur....Cinta Mu..
Agar rindu Mu
Datang di hati ku...duhai Allah...

(Ulang rangkap 1,2,3)

Dalam derita ku
Ada cinta kasih Mu
Dalam air mata ku
Ada rindu Mu

Biar derita itu
Datang dalam hidup ku
Biar duka menjadi
Nyanyian hidup ku

Dalam tidur pujian nama Mu
Dalam kidung ku sebut nama Mu

(Ulang rangkap 1,2,3,4,5,6).

Link Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=4ar9BGKDZVg

Nota: Lagu yang masih terngiang-ngiang di telinga dan mata pada kaca TV di bumi Jakarta, Indonesia_07.10.2011_Jumaat_Hotel Orchardz....ada yang indah tersisip pada memori.....alhamdulillah. ^_______^


Saturday, October 1, 2011

ENTAH SIAPA YANG MAHU


ENTAH SIAPA YANG MAHU AKAN DIA


Entah siapa yang mahu akan dia
Kerana dia punya jiwa pelbagai rasa
Itu ini ada saja diikutinya...

Entah siapa yang mahu akan dia
Dalam solat dan pengabdian sang pencipta
Dia bergaul tak kira bangsa dan agama...

Entah siapa yang mahu akan dia
Sesekali akan kelihatan sopan
Terkadang keluar sikap keanak-anakan

Entah siapa yang mahu akan dia
Gadis biasa berkerudung di wajah
Tapi bisa saja menyertai latihan Askar Wataniah

Entah siapa yang mahu akan dia
Punya kerjaya dan punya empat roda
Tapi turut punya hutang yang dibayar sederhana

Entah siapa yang mahu dia
Sukar diramal jiwa terdalam..
Bila suka senyap-senyap dan banyak diam..

Entah siapa yang mahu dia
Umur meningkat mencecah 30
Tapi masih jua berstatus solo

Entah siapa yang mahu akan dia
Kerna yang dia mahu pula tak mahu...
Yang mahu dia...dia pula tak mahu...

Entah siapa yang mahu dia...
Berentah..entah sebab tak tahu...
Walhal...yang dimaksudkan sendiri yang tahu.


Ha...ha...ha..kasihan akan dia.
Semoga dipermudahkan urusan jiwa-jiwa si dia ini.
^_________^

MALAM KEBUDAYAAN_MSKPPM_DAERAH KENINGAU (2011)


MALAM KEBUDAYAAN_MSKPPM_DAERAH KENINGAU (2011)

Tarikh: 26.09.2011_Isnin_8.00malam_Dewan SMK Gunsanad 2.

Alhamdulillah....sekali lagi aku dan pasukan guru-guru Zon Apin-Apin merangkul Naib Juara pertandingan Malam Kebudayaan sempena MSKPPM peringkat Daerah keningau, Sabah setelah kekurangan sebanyak 2.1 markah daripada pasukan Johan. Johan dimenangi oleh pasukan guru-guru Zon Bandar dan tempat ketiga dimenangi oleh tuan rumah iaitu SMK Gunsanad 2.

Seramai 4 kumpulan sahaja menyertai pertandingan ini iaitu dua zon sekolah rendah (Zon Apin-Apin & Zon Bandar) dan dua pasukan guru-guru sekolah menengah (SMK Gunsanad & SMK Gunsanad 2). Tema pertandingan adalah lagu-lagu 60-an yang dinyanyikan bersama alat-alat muzik. Terdapat beberapa kategori tambahan yang akan dinilai iaitu (1) Vokal terbaik, (2) Dram terbaik, (3) Gitar terbaik dan (4) Piano terbaik.

Setiap pasukan akan membawakan satu muzik tanpa lagu, satu lagu solo dan satu lagu duet lelaki dan perempuan. Bagi pasukan kami, kami memilih lagu "Oh Fatimah_nyanyian A.Ramli" sebagai muzik tanpa lagu, lagu "Hidup Bersama_nyanyian A.Ramli" untuk lagu solo dan lagu "Oh Salamah_nyanyian Salim I & S.Roha" untuk lagu duet lelaki dan perempuan. Alhamdulillah, daripada tidak tahu langsung lagu duet yang kunyanyikan...akhirnya aku berjaya juga menyanyikan lagu tersebut.

Bergambar dengan piala dan hamper pasukan: Naib Johan.

Suasnaa pentas.

Bergambar dengan pennyanyi vokal terbaik dari Zon Bandar (Aida-SK Bulu Silou).

Bergambar dengan guru-guru SK Apin-Apin yang bertugas di pentas.

Rakan ku Salbiah bersama anak sulungnya, Khalilah Suraya yang sempat hadir. Di sebelah ku pula, juru acara majlis rasmi, Cg Norsia (guru Kaunseling SMK Gunsanad).

Adik-adik ku yang turut hadir memberikan sikongan. Adik bongsu ku Ainul, Adik Masnijah dan adik kedua bongsu, Azwan.

Terima kasih dengan sokongan moral daripada semua rakan-rakan dan keluarga. ^_^

BOLA JARING_MSKPPM_Daerah Keningau 2011



BOLA JARING_MSKPPM_Daerah Keningau 2011

Tarikh: 17.09.2011_Sabtu_8.00 pagi - 2.00 petang

Alhamdulillah....selesai permainan, pasukan guru-guru Zon Apin-Apin dinobatkan sebagai pemenang Naib Johan. Johan adalah pasukan guru-guru Zon Pagalan dan tempat ketiga ialah pasukan guru-guru daripada SMK Keningau 2.

Entah bagaimana seramai 5 pasukan yang menyertai pertadingan terasa semuanya hebat-hebat belaka. Terdengar desas desus rakan sepasukan yang cuba meramalkan akan mendapat tempat ke-4 atau tempat ke-3 setelah melihat kemampuan pasukan masing-masing yang agak hebat. Separuh permainan, kami menang sekali dan kalah sekali dari dua pasukan yang kami temui.

Tiba-tiba seorang rakan pasukan kami tarik diri menyebabkan pasukan kami tepat hanya 7 orang, tiada lagi simpanan. Kelihatan sahabat ku yang berusaha meghantar mesej agar aku dan rakan serumah segera datang sebelum permainan kelihatan hampa.

"Tarik diri atau teruskan permainan?" katanya apabila kelihatan kebanyakan anggota pasukan Zon Apin-Apin hilang semangat setelah seorang anggota telah meninggalkan pasukan untuk urusan keluarga. Kami sepakat meneruskan permainan, cuba sedaya upaya.

"Kamu ambil posisi GS" katanya kepada ku.

"Alamak....boleh ka saya?" aku masih ragu-ragu.

"Kamu ndak payah shoot, tolong si Vet ambil bola.." katanya.

"Baik...saya cuba.." aku mengiyakan sahaja.

Demikian antara dialog yang masih ku ingat ketika itu. Tiba pertandingan dengan pasukan SMK Teknik aku agak kaku kerana GA pasukan lawan yang mengawal ku sangat tinggi bagi ku. Aku cuma di paras lehernya. Sesekali terasa badanku disondol dengan badannya yang tinggi. Aduh....permainan ku semakin teruk. Tiada apa yang dapat ku bantu. Rakan sepasukan ku pula jarang menghantar bola kerana musuh terlalu rapat dengan ku. Bola yang ingin ku ambil sentiasa berjaya di tepis atau diambil. Semangat ku hilang seketika.

"Tidakkkk...aku tidak mahu menghampakan rakan-rakan ku. Apap patut ku buat?" Bisik hati ku.

"Hasbunallah...hasbunallah...hasbunallah..ya Allah..berikan aku kekuatan untuk mengatasi kelemahan ini." bisikku berulang-kali di dalam hati sepanjang permainan itu.

Ayat ini ku pelajari dari seorang teman ku ketika menuntut di Maktab Perguruan Tawau pada tahun 2008 dahulu. Katanya, bila rasa takut, bacalah 'hasbunallah'. Aku amat mengaguminya dan sejak itu aku mengamalkannya. Dilaman lain ada juga menceritakan tentang ayat hasbunallah ini.

"Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung."

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda –Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.

Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar. Subahannallah.


Demikian antara ayat yang menjadi kekuatan ku ketika. Entah bagaimana aku akhirnya berjaya membuat satu taktik untuk mengelirukan musuh ku. Semakin sahabatku (Vetonia) yang memegang posisi GA mendekati ku...aku semakin menjauhkan diri daripadanya. Musuhku pula sentiasa mengawal ketat terhadap ku. Ya, kawalan ketat dari jauh akan memberi peluang kepada sahabat ku untuk menjaringkan gol dengan seorang sahaja halangan dikawasan D.

Itu juga yang ku lakukan ketika perlawanan dengan pasukan SMK Keningau 2 dilangsungkan untuk mencari tempat kedua dan ketiga. Diakhir permainan, ada beberap orang yang mengetahui juga taktik yang ku lakukan. GA di pihak lawan tidak lagi mengawal ku dengan ketat. Namun ketiadaan kawalan terhadap ku menyebabkan aku berpeluang mengambil bola untuk diserahkan kepada sahabat ku Vetonia.

Alhamdulillah, permainan dan taktik ini berjaya. "Tidak juara bermain" tapi "juara berfikir" untuk taktik perlu juga untuk meraih kemenangan. Tahniah buat rakan sepasukan ku yang ku lihat semakin hebat diakhir permainan. Tahniah juga untuk diri ini yang masih mampu berfikir walau bola kadang tersalah sasaran ke pihak lawan...hikhik. Memori ini indah jika dikenang. Dan pastinya ribuan kesyukuran jua ku panjantkan kepada sang pencipta di atas limpahan rezeki kepada hambanya yang berusaha. ^___^

NEGARA KEDUA


NEGARA KEDUA

InsyaAllah...kaki ini berpeluang melangkah ke negara kedua yang akan ku jejaki selepas Negara Brunei pada tahun 2005. Tiada banyak bicara untuk ini kerana semua baru perancangan. Semoga dipermudahkan. Syukur dengan rezeki Allah, syukur dengan insan yang memberi peluang kepada insan-insan lain untuk melangkah jauh melihat negara orang lain. Semoga dipermudahkan dan semoga semuanya selamat sepanjang perjalanan itu nanti. ^__^