HANYA MIMPI
"Mak, boleh minta plastik kecil. Saya mau ambil lada di belakang rumah" pinta ku pagi itu di kedai runcit ibuku.
"Cari saja. Ada kah lada di belakang rumah? Mana ada tu..tiada yang masak." ibuku bertanya penuh hairan.
"Ada bah mak....nanti saya pergi ambil dulu" dengan penuh keyakinan, aku segera berjalan pantas meninggalkan ibu ku.
Ketika berpusing ke belakang rumah, sempat ku perhatikan ayam sakit yang semalam bertenggek di tiang telah jatuh ke tanah. Kasihan, penyakit ayam yang tiba-tiba menyerang menyebabkan ayam yang sempurna sihatnya kini jatuh sakit dan mati beberapa hari kemudian. Kasihan juga pada ayah ku yang pasti berasa sedih dengan kematian dua ekor ayam peliharaannya.
Ku biarkan sahaja ayam yang nazak dan mungkin telah mati itu. Terngiang-ngiang pesan ibuku pada adikku untuk segera menanam ayam tersebut semalam, namun ayam tersebut masih hidup dan tidak sampai hati pula ditanam. Segan ku menjenguk dua ekor yang telah mati, bimbang penyakitnya menjangkiti diri ku pula.
Tiba di belakang rumah, ku perhatikan dua pokok lada / cili padi yang masih hijau.
"Sangat hijau, mana yang merah. Betul, aku baru melihat lada yang banyak masak, banyak merahnya, tapi di mana???" Aku sendiri berasa hairan.
Sejenak aku berfikir sambil merenung pohon cili padi tersebut. Aku berusaha mencari yang hampir masak. Ya, ada tiga biji cili padi sahaja yang sedang coklat menunjukkan hampir masak. Aku mengambilnya dan menyimpan jua ke dalam plastik kecil. Ada sebiji masak ranum tapi hujungnya sudah dimakan burung, iskkkkk.
"Aduhhhh....cili padi itu sangat banyak masak. Masih segar...sungguh...aku tidak berbohong. Tapi yang jelas ku lihat rupanya hanya dalam mimpi ku sebelum bangun solat subuh yang agak terlewat. Ternyata ibu ku benar, ibuku lagi mengetahui sekeliling rumah ini kerana banyak masa aku habiskan di rumah guru ku." Aku berbicara sendiri mencari kenyataan pada mimpi ku.
Aku akhirnya melangkah kembali ke kedai runcit dihadapan rumah ku sambil tersenyum-senyum. Sungguh, ini seperti perlakuan yang mengigau. Tetapi dengan tenang dan bersahaja, aku berkelakuan tidak kisah dan membiarkan sahaja peristiwa sebentar tadi.
"Mak, tiada pula yang masak...heeeeeeeeeeeeeee" aku tersengih kepada ibuku.
Setelah mencium tangan ibuku, aku mohon izin untuk balik ke rumah guru ku. Niat ku untuk membuat sambal mangga muda yang ditumbuk bersama cili padi seperti dalam mimpi ku barangkali tidak kesampaian. Namun sebaik tiba di rumah guru, aku dapati masih ada sedikit cili padi yang separuh segar tersimpan di dalam bekas kecil di ruangan peti sejuk.
"Alhamdulillah...sampai juga hajat ku mendapatkan cili padi. Mencari yang jauh...rupanya ada didepan mata" Aku senyum lagi mengenangkan peristiwa pagi tadi.