♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Friday, December 31, 2010

SELAMAT


SELAMAT

Selamat tinggal 2010..
Selamat tinggal peristiwa lepas..
Selamat tinggal umur yang lepas..
Selamat tinggal semuanya...

Selamat datang 2011..
Selamat datang peristiwa baru..
Selamat datang umur yang baru..
Selamat datang semuanya...

Adakah peristiwa silam berulang lagi?
Atau musthil berlaku pengulangan dalam episod hidup?
Yang pasti akan ada saja pelbagai rasa...
Rasa gembira...sedih...marah...sayu....kecewa...
Dan rasa-rasa seangkatannya...

Selamat menempuhi hari baru...
Diiring syukur pada nikmat usia..
Semoga tidak alpa mengingati sang pencipta..
Siap sedia bekalan dunia akhirat
Kerana hidup selalu berlaku
Yang "tak disangka-sangka".

Sunday, December 26, 2010

AKU TAK PANDAI MEMUJUK


AKU TAK PANDAI MEMUJUK

Kenapa harus kembali mencari ku?
Setelah kau meninggalkan diri ku?

Bagaimana mungkin aku kembali kepada mu?
Setelah aku kecewa dan bersedih..
Segera ku pujuk diri untuk mencari saja insan lain.

Sungguh...
Aku tak pandai memujuk mu...
Andai itu sudah ketetapan hati dan bicara mu
Masakan aku memaksa mu untuk terus menunggu ku?

Walhal itu, ku rendahkan hati ku...
Ku pinggirkan kata-kata amarah yang membara...
Ku pujuk hati agar akur saja pada pendirian mu...

Setelah aku berjaya menemui insan lain...
Kenapa kau hadir memujuk ku semula...
Untuk kembali kepada mu?

Dilema aku mencari jawapan...
Tolong jangan dipermainkan aku dengan kata-kata mu..
Tuhan, berilah aku keputusan yang tepat.

Jujurlah dalam tingkah...
Bicaralah dengan jelas...
Jangan pula selitkan unsur ugutan..
agar kesudahannya baik..
Dan yang berlaku adalah benar
seperti kata mata hati..

Maafkan aku..
Sedaya upaya telah ku cuba...
untuk jujur berbicara...
Mengharapkan kesudahan yang baik..
Namun....segalanya tak seindah harapan ku..
Kerana di pihak mu...
Ada saja tak jelas dalam kata-kata...
Atau mungkin tak tetap pendirian mu...

JANJI KAU BAHAGIA


JANJI KAU BAHAGIA

Lakukan apa saja mahu mu...
Katakan apa saja suka mu..
Buatlah apa saja kehendak mu...
Janji kau bahagia...

Namun...
Andai ada silapnya...
Andai ada celanya...
Andai ada ketidakserasiannya...
Sedaya upaya ku tegur..
Mengharapkan bicara ku tak kesat menyapa mu..
Kerana niat ku hanya untuk membetulkan...

Pergilah ke mana mahu mu...
Bicaralah siapa saja mahu mu...
Tiada cemburi di hati ku...
Malah senyum gembira melihat mu...
Bergembira dengan sesiapa sahaja
Kerana bagi ku.. 'janji kau bahagia'

Membebaskan mu...
Tidak bermakna aku tak peduli pada mu...
Tidak bermakna tiada langsung cemburu dihati ku..
Melainkan hanya kerana sayang...
Dan cuba memahami diri mu...

Andai kau jemu pada ku...
Dan mungkin saja mahu meninggalkan ku...
Kaku diri ku...kerana tak tahu berbuat apa...
Memujuk rayu tak terdaya pula...
Hanya mengharapkan logika minda mu...
Agar kau memikirkan semasak-masaknya......

KESEDIHAN APAKAH INI?


KESEDIHAN APAKAH INI?

Astagfirullahalazim...
Ya Allah...
Kesedihan apakah ini?
Bagai terpukul hati yang damai
Kini di hati sedih berleluasa..

Hai teman...
Usah dikasihani kisah ku
Bimbang aku pula terheret..
pada rasa mengasihani diri ku...
Hingga bertambah-tambah pula sedih ku

Abaikan saja kisah itu...
Bukankah lembaran diary itu...
Sudah berlalu?

Abaikan saja rasa sedih itu...
Bukankah semuanya sudah berlalu?
Tak terjangkau lagi ke masa kini...
Kerana lembaran hari sering bertukar ganti..

Hapuskan saja kaca-kaca air mata
Jangan ditunjukkan lemahnya hati mu
Jangan lagi menangis kerana insan...
Sebelum menangis kerana Tuhan...

Demi Allah...
Perasaan itu sukar terpujuk..
Lantaran rasa itu kurniaan Allah..
Masakan bisa lari dari perasaan kurniaan Allah itu?

Mengadulah pada DIA yang Esa..
Rasionalkan semula rasa sedih itu...
Yakinlah pada sang pencipta..
Pasti hikmah mengiringi sebuah kisah...

Nota:

‎"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)



Tuesday, December 21, 2010

SALAH TARIKH


SALAH TARIKH

Jalifah Azliza Azlan : Berapa hb hari ni? 21hb ka? Fikirkan sekarang 22hb.....21hb pula...hari gaji. Menyesal keluar tadi...jem jak jalan....seperti biasa penat injak cluth...mati jua skali skala d tgh jalan. Paking tmpt lain....jalan kaki berurusan di tempat lain....wah...juginggggggg. Hikhik...nasib ada icecream 'MANGO MANGO' dekat pejabat pos...dapat juga release tension dgn makan icecream...huhuhu. :D



Jalifah Azliza Azlan : Yeaza...selesai bayar bil2....pos surat tamat insurans MCIS dan tamatkan kad kredit. Entah...macam mana sy boleh dapat dua kad kredit ni (MyBank ISlamic & Petronas)?? Tulunglahhhhh....pening mau fikir insurans dan kad kredit ni. Ndak pandai guna mangkali...asyik blurrr jak. ^_^


Demikian status FB. Yakinnya saya tarikh dalam minda.... huhh... bila salah tarikh perancangan ikut tersasar juga. Tak apa, nasib saja tarikh terawal. Kalau terlewat, lagi kurang selesa. Hari sibuk ini jugalah, saya menyibuk untuk menyelesaikan segala urusan bayaran bil-bil, menghantar surat pembatalan insuran MCIS Zurich dan menamatkan dua kad kredit di Bank MyBank.

Entah tarikh yang salah ini juga saya agak boros berbelanja. Sekitar RM200.00 lebih terbang begitu saja untuk membeli 4 helai baju, beg, kasut dan skirt. (Aduhhhh...eFah...eFah). Tarikh ini juga saya mengeluarkan duit dengan nilai agak banyak dengan niat untuk membantu seorang sahabat yang sudah lama ingin meminjam duit. Apakah tindakan saya ini betul? Tak apa, saya bertindak kerana niat membantu dan yakin saja pada ketentuan Tuhan.

Yang pasti tarikh ini juga memenatkan kaki berjalan seorang diri dari parking kereta (Hiap Lee lama) - bank Mybank - G.Mart - Pasar Malam, jalan kaki meredah hujan renyai-renyai. Tak sedar berurusan di pekan menjangkau sehingga 5 jam. Rasanya lebih banyak masa di kedai Mega Superstore (G.Mart / The Mall) untuk membuat pilihan demi pilihan dan singgah di tepi kedai bekas Sugar Bun untuk tujuan memendekkan lengan baju dengan 'tukang jahit kaki lima'.

Ada saja rasa rimas dan risau balik ke SK Merampong dengan keadaan hujan turun. Keadaan jalan masih sibuk, kereta masih banyak lalu lalang. Pasti saja ramai orang membuat persiapan untuk perayaan Hari Krismas. Perjalanan kereta saya hanya 30-40 km/jam. Huhhhh....kesabaran teruji. Syukur selamat sampai ke destinasi. :)

Sunday, December 19, 2010

CERCA


CERCA

Cerca...
Bisa saja terjadi di mana-mana
Bisa saja berlaku tiba-tiba
Kutipan hasil kisah dan kata-kata
Pengalaman rasa ketika bersama

Cerca...
Mungkin saja tak disengajakan
Mungkin saja sebagai gurauan
Mungkin saja untuk minta perhatian

Cerca...
Boleh jadi untuk melepas rasa marah
Boleh jadi melepas rasa dendam
Boleh jadi kerana ada saja rasa tidak puas hati

Cerca...
Dilafaz kata terang-terangan
Dilafaz juga sembunyi-sembunyi
Dilafaz dengan kata sindiran
Boleh jadi ditulis jelas sebagai luahan

Cerca...
Akan ada juga yang terasa hati
Pasti ada juga yang buat tak tahu
Atau sedaya upaya bersabar tanpa bicara

Cerca...
Apakah kebaikanya?
Dimana kesudahannya?
Bagaimana harus menghadapinya?
Semoga akal fikir penuh hikmah lebih beraja
Sebelum nafsu amarah menghancurkan segalanya

Nota: Pada saya dalam berkata-kata ada baiknyaa berhati-hati, sedaya upaya jauhi cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian, namun pujian biarlah ikhlas. Huhuhu... apapun... manusia punya sejuta ragam. Mereka tak akan mampu untuk memahami diri ini sebaliknya diri ini saja yang berusaha untuk memahami sikap mereka.

Thursday, December 16, 2010

KITA IBARAT KAPAL


KITA IBARAT KAPAL

Kita semua punya jalan hidup nan berbeza ibarat sebuah kapal yang mula meninggalkan pelabuhannya. Entah apa yang bakal ditemui di tengah perjalanan nanti tidak mampu di duganya. Entah ribut taufan, lautan tenang atau jerung kelaparan yang ganas mencari mangsanya sedang menanti. Segala-galanya mungkin terjadi.

Apabila kapal itu sudah di tengah laut, mana mungkin ia berpatah balik. Begitu juga diri kita. Mana mungkin kita berpatah balik ke usia remaja atau uda bagi memperbaiki keadaan....tidak hairan jika ramai yang gemar berkata 'kalau lah'. Ingatlah, masa yang berlalu tidak dapat dikembalikan sebaliknya kita harus menempuh waktu yang bakal berlalu.

Jika hari ini kita menempuh kedukaan dan kekecewaan, tidak bermakna duka itu akan menjadi milik kita selama-lamanya. Rancang kehidupan ini agar kebahagiaan bakal singgah di hati biarpun kita tidak tahu bahagia yang dicari, duka yang ditemui. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kapsul terbaik agar diri tidak terumbang ambing bagai kapal di tengah lautan yang tidak bertepi.

Sumber: Majalah NUR_m/s 178_Dis 2010.

RINDU


RINDU

Rindu......
Ada pula rasa rindu...
Rindu pada teman-teman
Rindu mahu bergurau senda
Apa mereka punya rindu seperti ku?

Rindu......
Terakam bersama melodi dan irama
Pada lagu pilihan masing-masing
Pada peristiwa watak-watak diri...
Apa mereka punya ingatan rindu seperti ku ini?

Rindu.....
Kata orang rindu itu anugerah...
Insan yang berhati nurani punya rasa rindu...
Iya...rindu ini anugerah terindah dari Allah
Rindu pada persahabatan...
Rindu pada senda gurau...
Rindu pada keceriaan..

Rindu....
Sering saja aku terkenang memori bersama
Kerana masa telah memahatkan peristiwa
Meninggalkan rakaman memori...
Yang telah tercipta bersama kegembiraan

"Rindu"
Terluah jua jauh di lubuk hati ini
Terbayang wajah-wajah mereka
Semuanya tersenyum ceria
Semoga khabar mereka sentiasa gembira
Semoga perjalanan hidup mereka indah-indah saja.
Berkat watak-watak diri yang menghiburkan hati....

Nota: Kenapa diri selalu rindukan teman-teman ini? Mungkin disebabkan diri ini dalam keadaan santai dan tidak sibuk lagi (cuti sekolah)? Apa teman-teman ku merasakan 'rindu' seperti ku? Atau aku saja yang punya perasaan ini. Huhuhu... "Terima kasih atas anugerah rindu yang indah ini ya Allah". ^_^

Wednesday, December 15, 2010

SALAHKAH PERIGI MENCARI TIMBA?


SALAHKAH PERIGI MENCARI TIMBA?

Bagaimana mungkin srikandi Islam yang mulia, Khadijah r.a menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW untuk dijadikan isteri? Apakah itu menggambarkan bahawa Khadijah memiliki sifat TIDAK TAHU MALU?

Ceritanya begini. Seorang gadis merasakan sudah tiba masanya untuk mendirikan rumahtangga. Namun dia bukanlah terlalu terdesak untuk mendapatkan cinta seorang lelaki. Hanya merasakan perlu menamatkan zaman bujang bagi mengelak berlakunya sesuatu yang tidak di ingini. Jua, untuk mengisi fitrah seorang manusia, mengasihi dan dikasihi.

Gadis ini masih belum berpunya. Barangkali tidak punya masa untuk berpacaran sebelum ini. Mungkin uga yang ditunggu tidak kunjung tiba. Boleh jadi pernah ditinggalkan kekasih hati. Namun ketika ini dia sedang meminati insan bergelar lelaki.

Tetapi, malu dan segan rasanya diri. Mahu menyatakan pandangan serong. Hendak meluahkan, apakah mungkin nanti dicop sebagai wanita yang tidak tahu malu. Namun, getaran dihatinya hanya Allah yang tahu.

Benar, bukan dia sahaja yang berhadapan dengan situasi sebegini. Ramai wanita barangkali sedang memendam rasa, menaruh hati kepada lelaki impian. Tetapi bimbang jika diibaratkan umpama perigi mencari timba.

Namun adakah itu satu kesalahan? Ketika hasrat mereka adalah untuk menyunting lelaki sebagai pemimpin diri dan keluarga yang bakal dibina kelak. Atau mungkinkah kita yang gagal memahami antara adat dengan ibadah.

Jika ia satu kesalahan, bagaiman amungkin srikandi Islam yang mulia, Khadijah r.a menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW untuk dijadikan suami? Apakah itu menggambarkan bahawa Khadijah memiliki sifat TIDAK TAHU MALU?

“Wahai anak saudara pakcikku, sesungguhnya akau telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-kata mu…”

Begitulah luahan Khadijah pada saat meghulurkan lamaran kepada Nabi Muhammad. Barangkali tidak ramai yang tahu, perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan.

Sebaliknya merupakan sunah dan kebaikan ini berdalilkan hadis daripada Anas r.a yang berkata telah datang sorang wanita kepada baginda Rasulullah dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku? Lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas r.a dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas r.a: Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik daripadamu kerana dia mencintai nabi dan menawar dirinya demi kebaikan.” (Riwayat Bukhari no 5120, Nasaie dan Ibn Majah).

Pasti rasa malu itu tetap ada untuk meluahkan perasaan. Apatah lagi daripada seorang wanita kepada seorang lelaki. Namun bukankah masih ada caranya untuk melontarkan hajat dan keinginan kepada lelaki.

Gunakanlah BAHASA BERLAPIK atau KIASAN, perumpamaan dan sindiran kepadanya untuk memahami perasaan. Jua, boleh digunakan khidmat orang tengah sebagai perantara bagi menyampaikan pesanan dan hasrat.

Namun ILMU dan KEFAHAMAN yang mantap perlu diutamakan terlebih dahulu. Benar, Islam tidak melarang wanita meminang lelaki. Bagaimanapun, janganlah ia dilakukan dengan semberono. Asal sukakan lelaki, terus melamar tanpa mengkaji usul asalnya...Awas ya.. ^_^

Sumber: I LUV ISLAM_Sept 2010_M/S 16

* Ermm...pada anda bagaimana? Pada saya, apapun keputusan dan tindakan yang diambil (perigi mencari timba) semuanya haruslah dimulakan dengan ILMU dan bersuluhkan saranan didikan Islam itu sendiri. :-)

Saturday, December 4, 2010

IMBASAN MEMORI


IMBASAN MEMORI

Entah kenapa petang ini aku amat teruja melihat drama bertajuk "PESONA RINDU" yang ditayangkan selama dua jam di TV 1. Seolah-olah ada sesuatu yang ku ingati, ya....seseorang yang pernah bertakhta dihati ku. Bezanya drama ini banyak mengisahkan perhubungan rumahtangga manakala memori ku pula perhubungan sebaliknya. Berikut sinopsis cerita pada drama tersebut.

PESONA RINDU_TV1_3.00-5.00ptg. ♥ ♥ ♥


Najmah menolak pertunangan dengan seorang ustaz semata-mata cintanya pada seorang sahabat baiknya, Safwan. Namun, perkahwinan Najimah dan Safwan tak kesampaian kerana Safwan tiba-tiba sakit tenat dan meninggal dunia. (Sedih pulak daaa..... )

Perkahwinan bagi Fazlan (sahabat baik Najmah) pula agak suram kerana isteinya-Darina (juga sahabat baik Najmah) terlalu sibuk belajar di luar negara selama 3 tahun. Fikiran negatif/stress kadangkala merosakkan perasaan Fazlan terhadap isterinya. Hanya sahabatnya Najmah tempat meluahkan segala perasaan duka. Apakah luahan perasaan itu bertukar menjadi CINTA?

‎"Saya betul2 sukakan awak...kita serasi. Yang penting saya sukakan awak, awak sukakan saya, kita tak perlu fikirkan perasaan orang lain." kata Fazlan pada Najmah. Dalam diam persahabatan Fazlan dan Najmah mula bertukar cinta. Namun Najmah masih SEDAR kedudukannya sebagai SAHABAT BAIK kepada isteri Fazlan, Darina. Mampukah Najmah bertahan dengan pendiriannya?

‎"Kenapa kau nak lukakan hati perempuan lain? Kenapa kau nak kahwin LAKI orang? Dulu ada oanrg sihat, kau nak kahwin dengan orang nazak sakit. Setahu mak, orang yang kahwin dengan LAKI orang tu tak akan bahagia. Terpulanglah, mak tak nak masuk campur." kata ibu Najmah setelah mengetahui niat Najmah yang akhirnya setuju berkahwin dengan Fazlan. (Aduhhhhh......)

Setelah 3 tahun berlalu, Darina akhirnya habis belajar dan kembali ke pangkuan suami tercinta. Lakonan drama berpura-pura terpaksa dibuat oleh Najmah dan Fazlan yang sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. (Fazlan sebagai suami yang mempunyai dua isteri semakin jadi keliru. Aaduhh...sampai bila drama berpura2 mereka bertahan???)

‎"Tempat isteri kan di sisi suami.." tetapi... situasi tak semudah seperti yang difikirkan apabila memiliki dua isteri.

Darina akhirnya dapat menghidu penipuan suaminya apabila dia terserampak dari jauh dengan suaminya mengendong seorang anak kecil di parking kereta sedangkan suaminya memberitahu sedang sibuk mesyuarat. Darina semakin sakit hati apabila melihat permainan kanak-kanak (patung dan kapal) di rumah mereka. "Sampai hati menipu.." bisik Darina.

Hasil intipan Darina terhadap pergerakan suaminya, dia berjaya juga mengesan suaminya di rumah sahabat baiknya sendiri Najmah yang juga madunya sendiri. Setelah KEBENARAN SITUASI diketahui dari mulut suaminya. Darina menangis semahunya, Darina mengakui KESILAPANNYA selama 3 tahun MENGABAIKAN HATI dan PERASAAN suaminya.

"Ini semua bukan salah Naj dan Lan. Tapi saya terkilan sebab kamu tidak berterus terang kepada saya. Saya tak sangka sahabat baik sendiri buat macam ni pada saya." Darina terlalu kecewa, air matanya bercucuran.

Darina akhirnya mengorak langkah membawa rajuk di hati. "Jaga Naj baik2..." kata Darina sambil menaggalkan CINCIN PERKAHWINAN dan menyerahkan cincin tersebut di tapak tangan suaminya.

REFLEKSI KU:
Huhhhhhh...sekian terima kasih. Tiap KISAH ada KESUDAHANNYA. Tiap yang terjadi pasti ada HIKMAHNYA. Apakah ini semua RENCANA ALLAH buat hambanya???? Jodoh datang berbagai cara. Apapun....sebelum buat KEPUTUSAN, ada baiknya BERFIKIR TENTANG PERASAAN ORANG LAIN. Sanggupkah membuat orang lain TERLUKA atau TAK PERLU FIKIR PERASAAN ORANG LAIN??? ^_^

Pada saya, cerita ini banyak pengajarannya. Situasi Darina seolah-olah seperti watak ku. Seorang yang bersikap agak manja dan suka dimanjakan. Sikap manja ini juga mungkin kurang matang dan sering alpa serta kurang prihatin terhadap pasangannya. Apakah sikap ku dulu kurang matang....ahahhahha...ada sikit2 lah. Huhuhu.. :).

Mengenang perhubungan kasih ku yang terputus 3 tahun lalu tidak lagi buat aku menangis, malah aku kadang-kadang tersenyum mengingatinya, entahlah...yang pasti aku sudah boleh menerima perpisahan yang terjadi dan menganggap si dia kini sahabat baik ku. Lagipun, pada saya, TIADA PAKSAAN andai HATI si dia sudah TAK SUDI lagi.

Hikmahnya kini, aku belajar lebih prihatin dan cuba bersikap lebih matang berbanding dahulu. Apapun, aku percaya, sesuatu hubungan itu biarlah juga sentiasa bersuluhkan RESTU ALLAH swt, agar yang hubungan di bina itu sentiasa di RAHMATI dan di BERKATI. InsyaAllah..... ^_^

Friday, December 3, 2010

PANDUAN MENCETAK SLIP GAJI

PRINT SLIP GAJI

Bermula pada bulan Oktober 2010, slip gaji tidak lagi dikeluarkan oleh 1081 JANM Cawanagn Keningau. Malah slip gaji tersebut perlu di cetak sendiri melalui laman web Jabatan Akauantan Negara. Antara desas desus yang saya ketahui, kononnya perubahan pengeluaran slip gaji ini dilakukan bagi menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan untuk mencetak slip gaji tersebut.

Sebelum mencetak slip gaji ini, pendaftaran perlu dilakukan. Situasi baru ini pasti menjadi kebinggungan bagi mereka yang pertama kali menghadapinya termasuklah saya sendiri. Berikut adalah langkah mendaftar dan mencetak slip gaji yang di tunjukkan oleh kerani gaji sekolah saya, Kak Rosmi Jamisin.

1. Klik laman web "Jabatan Akuantan Negara Malaysia" : http://www.anm.gov.my/
2. Klik: Perkhidmatan Online - Penyata Gaji & Laporan.
3. Klik: Kali Pertama Mendaftar
4. Klik: Pendaftaran Pengguna Baru (isikan butir-butir peribadi).
5. Setelah berjaya mendaftar, klik: Daftar Masuk.
6. Klik: Penyata Gaji - Sendiri.
7. Klik: Penyata Gaji Sendiri.
8.Cetak Slip Gaji sebanyak dua salinan. 1 simpanan sendiri dan 1 lagi diserahkan kepada kerani.

Untuk kemasukan seterusnya bagi mencetak slip gaji, hanya masuk ke laman web Jabatan Akuantan Negara Malaysia dan teruskan langkah yang berkaitan. Contoh seperti berikut:

1. Klik laman web "Jabatan Akuantan Negara Malaysia" : http://www.anm.gov.my/
2. Klik: Perkhidmatan Online - Penyata Gaji & Laporan.
3. Klik: Penyata Gaji - Sendiri.
4. Masukkan carian "BULAN" gaji dan klik "CARI".
5. Cetak Slip Gaji sebanyak dua salinan. 1 simpanan sendiri dan 1 lagi diserahkan kepada kerani.

Semoga rekaan saya terhadap panduan mencetak slip gaji di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia ini dapat membantu anda dalam urusan pencetakan slip gaji. Huhuhu... ^_^

RENCANA ALLAH ITU INDAH


RENCANA ALLAH ITU INDAH


Ketika aku masih kecil, waktu itu ibuku sedang menyulam sehelai kain. Aku yang sedang bermain di lantai, melihat ke atas dan bertanya, apa yang ibu lakukan. Ibu menerangkan bahawa dia sedang menyulam sesuatu di atas sehelai kain. Tetapi aku memberitahu kepadanya, bahawa yang kulihat dari bawah adalah benang yang berselirat.


Ibu dengan tersenyum memandangiku dan berkata dengan lembut: "Anakku, lanjutkanlah permainanmu, sementara ibu menyelesaikan sulaman ini; nanti setelah selesai, kamu akan kupanggil dan kududukkan di atas pangkuan ibu dan kamu dapat melihat sulaman ini dari atas. InsyaALLAH"


Aku hairan, mengapa ibu menggunakan benang hitam dan putih, begitu buruk menurut pandanganku. Beberapa saat kemudian, aku mendengar suara ibu memanggil; "anakku, mari ke sini, dan duduklah di pangkuan ibu. "


Waktu aku lakukan itu, aku hairan dan kagum melihat bunga-bunga yang indah, dengan latar belakang pemandangan matahari yang sedang terbit, sungguh indah sekali. Aku hampir tidak percaya melihatnya, kerana dari bawah yang aku lihat hanyalah benang-benang yang berselirat.


Kemudian ibu berkata:"Anakku, dari bawah memang nampak berselirat dan kacau, tetapi engkau tidak menyadari bahwa di atas kain ini sudah ada gambar yang direncanakan, sebuah pola, ibu hanya mengikutinya.

Sekarang, dengan melihatnya dari atas kamu dapat melihat keindahan dari apa yang ibu lakukan.


Sering selama bertahun-tahun, aku melihat ke atas dan bertanya kepada ALLAH; "ALLAH, apa yang Engkau lakukan? " DIA menjawab: " Aku sedang menyulam kehidupanmu." Dan aku membantah," Tetapi nampaknya hidup ini berselirat, benang-benangnya banyak yang hitam, mengapa tidak semuanya memakai warna yang cerah?" Kemudian ALLAH menjawab," HambaKu, kamu teruskan pekerjaanmu, dan Aku juga menyelesaikan pekerjaanKu di bumi ini. Satu saat nanti Aku akan memanggilmu ke syurga dan mendudukkan kamu di pangkuanKu, dan kamu akan melihat rencanaKu yang indah dari sisiKu."


Sumber: Artikel Islami26 April 2003

(Sharing info dari Suci): InsyaALLAH.. perancangan ALLAH cantik pada waktunya.. indah pada jalannya..


Membaca nota kiriman Suci membuatkan saya sering ternanti-nanti apa RENCANA ALLAH pada KEHIDUPAN saya.... ada rasa takut kalau diuji dgn ujian berat. :-I

Ku Percaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza


Ku Percaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati

Tidak hati ini

Semenjak dari mula

Ku yakin ada cinta

Cintalah yang memungkinkan segala

*

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri

Jalan berliku tiada bertepi

Ku percaya tidak sia-sia aku diuji

Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus:

Pandang-pandang alam ini

Sambil pandang difikiri

Mana bumbung langit tinggi

Mana lantai bumi

Tiap satu yang terjadi

Tidak mungkin tersendiri

Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati

Tidak hati ini

Semenjak dari mula

Ku yakin ada cinta

Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)

(Ulang Korus)

(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..

Sejak mula ku percaya ada cinta

Cinta itu memungkinkan segalanya

Cinta suci yang abadi