♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Sunday, July 11, 2010

PESANAN TERINDAH


PESANAN TERINDAH


Rasulullah saw pernah berwasiat kepada Ibnu Abbas r.a. melalui sabdanya:

“Wahai anak kecil, mahukah kamu jika aku ajarkan kepada kamu beberapa perkara?"


Ibnu Abbas r.a. menjawab: "Mahu, ya Rasulullah.."


Rasulullah saw kemudian bersabda:

"Peliharalah ALLAH, nescaya Dia akan memelihara kamu. Peliharalah ALLAH, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu.


Jika kamu meminta, maka mintalah kepada ALLAH.

Jika kamu memohon pertolongan, maka pohonlah kepada ALLAH.


Ingatlah ALLAH ketika dirimu dalam kesenangan, maka ALLAH akan mengingatimu ketika kamu dalam kesusahan.


Pena telah diangkat dan lembaran suhuf telah kering.


Sekiranya manusia berkumpul untuk memberikan sesuatu kepadamu yang tidak ditetapkan oleh ALLAH, maka mereka tidak akan dapat melakukannya.


Dan sekiranya mereka juga berkumpul untuk menghalang sesuatu daripadamu yang telah ditetapkan oleh ALLAH, maka mereka tidak akan dapat melakukannya.


Ketahuilah bahawa bagi setiap kesukaran itu ada kelapangan, dan bagi setiap kesusahan itu ada kemudahan."


Titipan nota FB dari sahabat ku Suci. TQvm. :)

2 comments:

abah aman said...

salam,
Allah suka melihat hamba-Nya berdoa dan meminta kepada-Nya. Kenapa manusia begitu sombong dan angkuh seolah-olah tidak memerlukan-Nya?

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

W'salam...buykan tidak memerlukan. (Soalan buat celik akal...hee...soalan yang baik). Mungkin manusia lupa berdoa...lupa meminta...lupa menyandarkan harapan pada DIA yang lebih mengetahui. Mungkin juga sebab ada manusia yang terlalu memandang realiti dunia....hingga tak mebelakangkan alam akhirat yang belum tiba.