SEINDAH HIASAN DUNIA
Jagalah auratmu, perhalusi akhlak muslimah mu, pertahankan al-haya'(sifat malu) dan tampilkan ketegasanmu. Secara zahirnya pasti kita semua tahu apa yang telah diwajibkan kepada kita.. namun hanya iman yang menentukan adakah kita melaksanakan perintah ALLAH sebaik-baiknya. Al-Haya' iaitu sifat malu adalah sebuah benteng pertahanan maruah kita yang telah dihadiahkan oleh ALLAH buat mereka yang bergelar wanita. Peliharalah ia sebaik-baiknya.. kerana tanpa sifat itu, maka pelbagai kerosakan yang boleh berlaku pada kita.
(Dipetik dari nota FB sahabat ku Suci. Sungguh bermakna kata-katanya. Moga ada sinar cahaya yang menyuluh pada kegelapan cetek ilmu pengetahuan. Terima kasih Suci.)
Adikku,
Ingat kah dirimu pada hadis yang cukup dikenali buat muslimat, yang berbunyi.. "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" (Hadis riwayat Muslim).
Ya, menjadi wanita solehah adalah impian setiap muslimah. Perhiasan yang di jaga ALLAH ini, bukan sebuah perhiasan yang dipamerkan kecantikannya untuk tatapan manusia tetapi sebuah perhiasan yang tersimpan rapi dalam jagaan Islam.
Jadilah bunga yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi bunga
yang hanya indah tetapi sayang tidak berduri.
Duri mawar itu ditasybihkan
dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.
Jagalah auratmu, perhalusi akhlak muslimah mu, pertahankan al-haya'(sifat malu) dan tampilkan ketegasanmu. Secara zahirnya pasti kita semua tahu apa yang telah diwajibkan kepada kita.. namun hanya iman yang menentukan adakah kita melaksanakan perintah ALLAH sebaik-baiknya. Al-Haya' iaitu sifat malu adalah sebuah benteng pertahanan maruah kita yang telah dihadiahkan oleh ALLAH buat mereka yang bergelar wanita. Peliharalah ia sebaik-baiknya.. kerana tanpa sifat itu, maka pelbagai kerosakan yang boleh berlaku pada kita.
"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka keduanya akan hilang." (Hadis riwayat Baihaqi)
"Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga dan sebaliknya adalah membawa ke neraka." (Hadis riwayat Bukhari).
Adikku,
Katamu wanita adalah fitnah dunia...oleh itu, marilah kita perbaiki diri dan menjaga diri agar kita tidak menjadi bahana itu kepada dunia. Sesungguhnya segalanya bermula darimu.. tegakkanlah Islam dalam dirimu, InsyaALLAH akan tertegaklah Islam di sekelilingmu. Pasti adik tahu, tanggungjawab mengamalkan Islam itu bermula dari diri kita, lalu akan sampai kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya pada sebuah negara.
"Maka takutlah kalian dari fitnahnya dunia dan takutlah kalian dari fitnahnya wanita."
Ya, pastinya dalam menjalankan amanah sebuah kehidupan, sebagai penuntut ilmu, sebagai da'ie.. pasti kita tidak lari dari keperluan berikhtilat. Usah khuatir, kerana Islam itu tidak jumud, dibolehkan kita untuk berikhtilat pada beberapa perkara iaitu dalam menuntut ilmu, jual beli, membuat amal Islam dan amal perubatan.
Namun, jangan sesekali kita menyalahgunakan perkara yang dibolehkan ini. Jaga dirimu dik.. ya, muslimat itu lembut hatinya, namun tegas dalam mempertahankan syariat Islam. Ikhlaskan hatimu dik.. jangan biarkan hasutan syaitan meluputkan pahala kebaikan yang kau cari. Adakalanya keperluan dan tanggungjawab memerlukan kita bermusafir sendirian. Namun, sebaik-baik muslimah adalah apabila musafirnya berteman mahram. Seandainya keperluan memerlukan, bertawakallah pada ALLAH dan mohonlah perlindungan dariNya kerana hanya Dia sebaik-baik pelindung. Lafazkan doa "bismillahitawakkal tu 'alallah" dalam setiap permulaan langkahmu dan berdoalah semoga ALLAH melindungi dirimu dari bahaya dan fitnah.
Ingatlah wahai adikku, keluarnya kita dari kepompong rumah bukan untuk mencari murkanya ALLAH namun atas tuntutan agama.
Adikku,
Tundukkan pandanganmu. Sesungguhnya ALLAH berfirman yang maksudNya:"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) terlihat.(An-Nur: ayat 32)
Katamu wanita yang baik ialah apabila dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat dirinya.. ya, itu benar dik. Lantas bagaimana untuk mendapatkannya? Segalanya bermula darimu.. tundukkan pandanganmu, nescaya ALLAH akan menjagamu dari pandangan lelaki. Pastinya seorang lelaki akan malu untuk memandang seorang muslimah yang tunduk hatinya. Usah khuatir pada jagaan ALLAH seandainya kau menjaga dirimu. Ihfadzillah, yahfazdka!
Marilah kita teliti sirah muslimat dalam kehidupan Rasulullah, juga pejuang-pejuang muslimat yang tegak mempertahankan Islam. Ya, mungkin kita tidak selayaknya untuk menjadi seperti mereka, namun cukuplah andai kita mencontohi mereka. InsyaALLAH.. terakhirnya kakak sampaikan sebuah kata-kata agar menjadi inspirasi untuk kita mencontohi dirinya jua..
Duhai sahabiah, puteri harapan Islam agama tercinta..
Ayuh contohi peribadi Fatimah Az-zahrah..
Subhanallah, keberkatan mengiringi kehidupannya,
hati tak lekang gemersik syukur,
lidah tak putus tasbih di alun,
kaki tak henti mengisar gandum,
buaian di tangan terus dihayun..
hasil didikan ayahanda tercinta, Muhammad Rasulullah habibullah.
Mudah-mudahan gelaran serikandi mujahidah menjadi milik kita,
menjadi ummi kepada bakal para mujahid wa mujahidah.
InsyaALLAH, Bi'idznillah..
Tarbiyyah membentuk peribadi,
masa terus berlalu, zaman berubah lagi,
namun syariatNya tetap satu, buat dirimu mujahidah sejati,
Ayuh, berusaha menjadi muslimah solehah, mohon dijauhkan fitnah duniawi..
Ameen..
No comments:
Post a Comment