♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, July 28, 2009

Diary Abstrak Seorang Pencinta (280709)

MISSING (280709)

Missing? Kononnya mahu diterjemahkan pada bahasa omputeh..padahal tak sehebat mana pun pengetahuan bahasa yang ada. Apapun keberanian untuk cuba berbahasa omputeh ni sudah memadai daripada langsung tak berbahasa omputeh. Kembali kepada Bahasa Malaysia, missing yang dimaksudkan adalah HILANG? Hilang apa? Itulah yang terlintas difikiran tika ini. Ya…hilang sesutau yang selama ini dilambung setinggi harapan. Harapan yang akhirnya musnah dicantas masa. Hanya kerana memilih satu KEPUTUSAN iaitu satu jalan pintas yang cepat..walhal kesan diahirnya pasti JALAN MATI…tida jalan. Dan akhirnya hilang. Hilang arah dan tujuan. Hanya menongkat dagu melihat jalan buntu yang tiada penyelesaian. Kerana itulah pilihan yang ada, maka tiada jalan untuk pulang, dan jalan sebelumya telah dicantas masa. Juga terdapat batu yang bergolek menghancurkan setiap langkah perjalanan yang telah dilalui. Walau segalanya dirasakan telah hilang, perjalanan harus diteruskan lagi. Meninggalkan ‘missing’ diperjalanan yang semakin jauh, jauh dan telah jauh. Berbekalkan perasaan redha moga semua kisah yang dilalui ini dipermudahkan jua.


SELANGKAH KE HADAPAN (280709)

Rasa REDHA menuntut ketabahan juga kesabaran. Hasil dari keputusan yang dijelmakan pada tindakan serta ditutup dengan sokongan penuh oleh gerakan hati dan jari jemari, maka inilah KESAN dan AKIBATNYA. Usah lagi dihitung baik buruknya kerana segalanya sudah berlalu. Keputusan telah dipilih dan tindakan sudahpun dilaksanakan. Kenapa harus ada rasa KESAL?? Wahai yang empunya diri, belajarlah untuk bersikap ASERTIF. Usah memandang rendah pada diri dan usah mudah berasa kesal dengan TINDAKAN DIRI. Teruskan selangkah lagi walau kaki terasa bagai ada rantai besi yang mengikat. Kuatkan hatimu hai empunya diri. Usah menoleh kebelakang lagi. Tinggalkan si dia yang dikasihi dengan langkahmu yang REDHA pada ketentuan ALLAH.


SENASKAH MAAF (280709)

Senaskah maaf ku kirimkan melalui tiupan angin bayu buat si dia seandainya tindakan ku ini membuatkannya terasa hati. Atau mungkin tiada sebarang perasaan pun dihatinya??? Atau ini semua sekadar mainan perasaan si empunya diri terhadap si dia? Apa saja andaiannya, mohon maaf sajalah jika berlaku keterlanjuran kata dan tindakan. Moga segalanya berlalu seperti hari-hari biasa yang tidak mempunyai sebarang perkembangan hubungan yang bermakna.


SETITIK RINDU (280709)

Setitik rindu buat si dia yang semakin dikenali budi pekertinya. Moga dirinya sentiasa dibawah tarbiah dan redha Ilahi. Sesungguhnya mengkagumi budi pekertinya dan iman dihatinya membuat diri ini semakin mendekatinya. Apakan daya RINDU hanya perasaan yang statik dan takkan ke mana tanpa usaha. Dan, takkan ada USAHA yang mampu dilakukan kerana batas malu yang tinggi sebagai seorang insan bergelar PEREMPUAN. Rindu hanya tinggal rindu dan biarkan ia hanyut bersama larut pekat malam ini.

1 comment:

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Coretan ini sekadar 'Muhasabah Diri' sendiri. :D