♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, July 28, 2009

Diary Abstrak Seorang Pencinta (270709)


LUKA LAMA (270709)

Luka lama kembali berdarah tatkala berulang semula perasaan kecewa. Kecewa pada harapan yang dibina sendiri. Walhal diri sendiri yang memulakan sebuah harapan. Harapan yang menjelma sebagai angan-angan. Angan-angan teranyam indah hingga menjelma ke buaian mimpi. Tatkala harapan begitu tinggi, saat khabar kecewa dikhabarkan, bagai panah halilintar yang singgah, sehingga runtuhlah harapan yang semakin tinggi. Hancur berkecai dilontar sang berita kecewa. Masakan hati ini teguh sedangkan hati ini dibina semula hasil dari runtuhan luka lama?? Jawapannya hanya TITIK.



TITIK (270709)

Titik itu adalah tanda berakhirnya satu-satu perkataan. Dengan titik juga dimaksudkan pada berakhirnya satu kisah. Maka tatkala bermulanya episode yang kurang memuaskan hati, maka titik digunakan sebagai langkah akhir. Apakah titik ini tidak ada sambungannya lagi? Terpulanglah kepada si empunya diri (penulis). Juga bergantung pada faktor idea dan tools yang dimiliki. Jika tidak ada faktor yang mendorong dan juga tools yang baik maka akhirnya titik itu berakhir kerana tiada lagi sokongan dan moral. Tiada kesinambungan lagi. Dan disitu berlakunya akhir sebuah kisah. TITIK dan berlakulah satu senario yang dikatakan ‘missing’.

No comments: