♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, February 12, 2013

JAUH DAN SEMAKIN JAUH


JAUH DAN SEMAKIN JAUH

Teman...
Sering saja ku tanya khabar mu
Mahu bertukar kisah suka dan duka
Juga hidup pahit dan manis
Yang sama-sama kita rasakan.

Teman...
Walau jarak memisahkan kita
Sering saja ku meluangkan masa
Istimewa buat perkongsian cerita
Bila kau kembali ke desa

Teman...
Kini ku dengar kau punya khabar gembira
Engkau bakal menamatkan zaman bujangmu
Bersama seorang insan
Yang kini paling kau kasihi

Teman...
Tiada lagi waktu kau luangkan bersama ku
Kerana kau kini perlu mengubah rutin hidup mu
Mula menyulam tanggungjawab diri mu
Kepada insan bernama kekasih hati mu

Aku memujuk diri sendiri
Yang kini mula diresapi sepi dan kehilangan
Akan rutin terindah persahabatan kita
Yang selalu berkisah suka dan duka bersama

Ada hiba yang tidak dapat ku sembunyikan
Dalam gembira melihat kegembiraan mu
Dibelakang mu, air mata ku gugur satu persatu
Mengenangkan persahabatan telus yang terbina
Yang kian terasa jauh dan semakin jauh.

************
Catatan memori:
Terpahat memori indah bersamamu pada 11+2=13 (11 Februari 2013), 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Kg Pasir Putih. Tahniah diatas pertunangan adikmu (Uget) dan majlis merisik dari keluarga bakal suami mu teman. Aku gembira melihat keceriaan dan kegembiraan mu namun tidak dapat ku sembunyikan rasa sedih akan kehilangan persahabatan kita yang terjalin erat sejak tahun 2006 lagi. Walaupun hanya 8 tahun mengenalimu, namun ketelusan dan kujujuranmu membuatkan aku selalu meyakini, mempercayai dan menghormatimu. Terima kasih teman, selamat meneruskan hidup bersama pasangan tercinta. Semoga kegembiraan selalu bersama kita. Bila tiada sahabat setelusmu, aku tahu hanya keluarga ku yang akan menjadi sahabat terdekat dihatiku pula. :'(

2 comments:

Unknown said...

apa khabar, tak sudi kah lagi tengok blog orang kampung...

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Ehehhee...jarang sudah bah sy buka blog ni cikgu. :)