MENCARI PEMIMPIN HIDUP
Telah tiba masanya...
Mencari pemimpin hidup
Yang bergelar pendamping...
Penyeri hidup alam keluarga
Pemimpin hidup pada diri
dan cahaya mata kelak..
Siapakah gerangan?
Siapakah ciri-cirinya?
Siapakah yang layak pada pilihan ini?
Sedangkan diri ini tak seberapa..
Namun masih jua mahu mencari seseorang
Yang CINTAnya pada Allah melebihi CINTA manusia..
Pada yang mendekati diri
Walau kurnia wajah indah
senyum menawan buat bahagia...
Namun pada diri ini..
terasa gelap hidup akan datang
Terasa tiada makna kurniaan rupa
Andai cinta Allah diketepikan
Cinta dunia beraja di hati
Lupa pula pada kehidupan akhirat
Bagaimana mungkin...
Aku menjadi pengikut pada pemimpin hidup
Yang meremehkan cinta Allah?
Sedang aku baru sahaja merangkak..
Tertatih-tatih mencari cahaya hidayah-Nya
Buat sisa-sisa hidup yang tak pasti di mana akhirnya...
Ya Allah...berilah aku petunjuk...
Ku yakini perjalanan hidup ini
Sentiasa jadi pemerhatian Mu..
Jangan dibiarkan aku tergelincir
Pada pilihan yang akhirnya merana jua
Cukuplah pada Mu ya Allah...
Engkau sebaik-baik tempat
Ku serahkan segala urusan hidup
Ku gantungkan harapan
Agar terpilihara aku
Dari pilihan hidup yang salah...
Nota:
Ada rasa sedih menyelinap ke hati. Seboleh mungkin tidak mahu menghampakan seseorang. Tidak mahu melukakan hati seseorang. Namun..andai hati mengatakan TIDAK kerana ALLAH... maaf jua dihulur...semoga penolakan tiada dendam yang tertinggal. Apa ini keputusan tekad ku? Semoga keputusan sentiasa dibawah tarbiah dan petunjuk-Nya.
No comments:
Post a Comment