♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Saturday, July 31, 2010

AL-KAUSAR

AL-KAUSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sharing info dari teman FB, LuQman Hakim.
Wallahualam, perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Monday, July 26, 2010

PESANAN TERINDAH MUHAMMAD RASULULLAH


PESANAN TERINDAH MUHAMMAD RASULULLAH
Rasulullah saw berpesan pada Aisyah r.a:

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu
sebelum khatam al-Qur'an
sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
sebelum para Muslimin meredhai kamu dan
sebelum kau laksanakan haji dan umrah..

Bertanya Aisyah, "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda: " Jika Engkau tidur bacalah..
Al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Qur'an.
Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para Muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.
Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."


-Tafsir Haqqi.


Sumber: Nota FB dari sahabat ku Suci, TQvm Suci. Sudah beberapa kali dengar ayat ni, cuma lupa mengamalkan menyebabkan hampir lupa pada ayat ni. Moralnya...apa jua ilmu yang diketahui...kena kongsikan dan amalkan dalam kehidupan seharian supaya tak lupa. :)

Thursday, July 22, 2010

SALJU KASIH NYA


SALJU KASIH NYA - SIti Nurhaliza

Dingin dalam jiwa ku
Disirami salju kasih MU
Ku susuri jalan MU
Walau ranjau berliku
Cinta Mu abadi untuk ku

Tenang saat merindu
Takafur ku dihadapan MU
Deraian airmata gugur dalam sujud ku
Betapa agungnya cinta MU


( korus )

Gelora silam tak bisa tepadam
Namun harapan menggunung di hati
Gelora kasih tak mungkin terluput
Kerana hati ku merantau jauh
Ingin bertemu
Dengan MU oh... kasih...

Rindu mencengkam jiwa
Sebak dada tiada tertahan
Hanya pada MU tuhan ku serah diri ini
Pohon cinta Mu nan suci hakiki...



Semoga terhibur dalam mengingati-NYA. :)

Tuesday, July 20, 2010

SEINDAH HIASAN DUNIA


SEINDAH HIASAN DUNIA

(Dipetik dari nota FB sahabat ku Suci. Sungguh bermakna kata-katanya. Moga ada sinar cahaya yang menyuluh pada kegelapan cetek ilmu pengetahuan. Terima kasih Suci.)

Adikku,
Ingat kah dirimu pada hadis yang cukup dikenali buat muslimat, yang berbunyi.. "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" (Hadis riwayat Muslim).

Ya, menjadi wanita solehah adalah impian setiap muslimah. Perhiasan yang di jaga ALLAH ini, bukan sebuah perhiasan yang dipamerkan kecantikannya untuk tatapan manusia tetapi sebuah perhiasan yang tersimpan rapi dalam jagaan Islam.

Jadilah bunga yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi bunga
yang hanya indah tetapi sayang tidak berduri.
Duri mawar itu ditasybihkan
dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.


Jagalah auratmu, perhalusi akhlak muslimah mu, pertahankan al-haya'(sifat malu) dan tampilkan ketegasanmu. Secara zahirnya pasti kita semua tahu apa yang telah diwajibkan kepada kita.. namun hanya iman yang menentukan adakah kita melaksanakan perintah ALLAH sebaik-baiknya. Al-Haya' iaitu sifat malu adalah sebuah benteng pertahanan maruah kita yang telah dihadiahkan oleh ALLAH buat mereka yang bergelar wanita. Peliharalah ia sebaik-baiknya.. kerana tanpa sifat itu, maka pelbagai kerosakan yang boleh berlaku pada kita.

"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka keduanya akan hilang." (Hadis riwayat Baihaqi)

"Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga dan sebaliknya adalah membawa ke neraka." (Hadis riwayat Bukhari).



Adikku,
Katamu wanita adalah fitnah dunia...oleh itu, marilah kita perbaiki diri dan menjaga diri agar kita tidak menjadi bahana itu kepada dunia. Sesungguhnya segalanya bermula darimu.. tegakkanlah Islam dalam dirimu, InsyaALLAH akan tertegaklah Islam di sekelilingmu. Pasti adik tahu, tanggungjawab mengamalkan Islam itu bermula dari diri kita, lalu akan sampai kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya pada sebuah negara.

"Maka takutlah kalian dari fitnahnya dunia dan takutlah kalian dari fitnahnya wanita."

Ya, pastinya dalam menjalankan amanah sebuah kehidupan, sebagai penuntut ilmu, sebagai da'ie.. pasti kita tidak lari dari keperluan berikhtilat. Usah khuatir, kerana Islam itu tidak jumud, dibolehkan kita untuk berikhtilat pada beberapa perkara iaitu dalam menuntut ilmu, jual beli, membuat amal Islam dan amal perubatan.

Namun, jangan sesekali kita menyalahgunakan perkara yang dibolehkan ini. Jaga dirimu dik.. ya, muslimat itu lembut hatinya, namun tegas dalam mempertahankan syariat Islam. Ikhlaskan hatimu dik.. jangan biarkan hasutan syaitan meluputkan pahala kebaikan yang kau cari. Adakalanya keperluan dan tanggungjawab memerlukan kita bermusafir sendirian. Namun, sebaik-baik muslimah adalah apabila musafirnya berteman mahram. Seandainya keperluan memerlukan, bertawakallah pada ALLAH dan mohonlah perlindungan dariNya kerana hanya Dia sebaik-baik pelindung. Lafazkan doa "bismillahitawakkal tu 'alallah" dalam setiap permulaan langkahmu dan berdoalah semoga ALLAH melindungi dirimu dari bahaya dan fitnah.

Ingatlah wahai adikku, keluarnya kita dari kepompong rumah bukan untuk mencari murkanya ALLAH namun atas tuntutan agama.


Adikku,
Tundukkan pandanganmu. Sesungguhnya ALLAH berfirman yang maksudNya:"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) terlihat.(An-Nur: ayat 32)

Katamu wanita yang baik ialah apabila dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat dirinya.. ya, itu benar dik. Lantas bagaimana untuk mendapatkannya? Segalanya bermula darimu.. tundukkan pandanganmu, nescaya ALLAH akan menjagamu dari pandangan lelaki. Pastinya seorang lelaki akan malu untuk memandang seorang muslimah yang tunduk hatinya. Usah khuatir pada jagaan ALLAH seandainya kau menjaga dirimu. Ihfadzillah, yahfazdka!

Marilah kita teliti sirah muslimat dalam kehidupan Rasulullah, juga pejuang-pejuang muslimat yang tegak mempertahankan Islam. Ya, mungkin kita tidak selayaknya untuk menjadi seperti mereka, namun cukuplah andai kita mencontohi mereka. InsyaALLAH.. terakhirnya kakak sampaikan sebuah kata-kata agar menjadi inspirasi untuk kita mencontohi dirinya jua..

Duhai sahabiah, puteri harapan Islam agama tercinta..
Ayuh contohi peribadi Fatimah Az-zahrah..
Subhanallah, keberkatan mengiringi kehidupannya,
hati tak lekang gemersik syukur,
lidah tak putus tasbih di alun,
kaki tak henti mengisar gandum,
buaian di tangan terus dihayun..
hasil didikan ayahanda tercinta, Muhammad Rasulullah habibullah.
Mudah-mudahan gelaran serikandi mujahidah menjadi milik kita,
menjadi ummi kepada bakal para mujahid wa mujahidah.
InsyaALLAH, Bi'idznillah..
Tarbiyyah membentuk peribadi,
masa terus berlalu, zaman berubah lagi,
namun syariatNya tetap satu, buat dirimu mujahidah sejati,
Ayuh, berusaha menjadi muslimah solehah, mohon dijauhkan fitnah duniawi..
Ameen..

Friday, July 16, 2010

BERPAUT SEKETIKA


BERPAUT SEKETIKA


Bila saja memandangnya...
Pasti terkedu menatapnya...
Seolah-olah terhenti ruang masa...
Melabuahkan sebentar detik masa..
Pandangan berpaut seketika..

Bila pandang berpaut seketika...
Tumpuan sesaat menembusi..
Bagai tarikan aura hanya padanya..
Membina ruang indah melihatnya..
Berangan pula memilikinya

Apa...ini yang dikatakan..
Dari mata turun ke hati??
Jatuh hati tika melihatnya
Tak kira bila dan di mana memandangnya..

Apakah ini juga dikatakan berminat??
Kerana seluruh hati mengatakan
suka hanya padanya...

Apakah ini juga takdir??
Buat hati yang sedang diberi pilihan
memilih pilihan demi pilihan
memilih untuk dimiliki

BILA HARUS MEMILIKI?


BILA HARUS MEMILIKI


Bila harus memiliki?
Mereka selalu bertanya..
"Bila lagi?"
Aku tersenyum...
Tiada kepastian...

Bila harus memiliki?
Andai ku mampu..
Andai ku punya keberanian...
Andai kemahuan kuat..
Dan matlamat tinggi..
Pasti sudah lama ku miliki...

Namun...
Sekadar angan-angan..
Mana mungkin dapat memiliki???
Berbekalkan sayap angan-angan..
Hanya melayang ditiup sang angin...

Walhal..
USAHA perlu direalisasikan..
PERANCANGAN menjadi panduan
KEBERANIAN jadi taruhan
RISIKO menuntut pengorbanan

Dan...
Andai sudah memiliki...
Pasti KOMITMEN dipertanggungjawabkan..
Menambahkan lagi ruang kotak pemikiran
Harap tak kan jadi bebanan...
Malah memudahkan urusan....
Amin....

Monday, July 12, 2010

SOLAT DARI SUDUT PANDANGAN SAINS


SOLAT DARI SUDUT PANDANGAN SAINS


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.


Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.


Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.


Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.


Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.


Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam


KETULUSAN CINTA


KETULUSAN CINTA

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.


Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.


Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua keduanya masih belum melihat rupa masing- masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.


Sehingga suatu hari, si jejaka di ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergilah jejaka ke
medan perang setelah mengutuskan surat itu...


Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan.

Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...

Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya.

Si gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu memang seorang jejaka yang baik. Kamu sanggup menerima ku yang tak sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan aku gadis yang kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... so sweet.. ;)

Nota: Sharing kisah dari nota FB Suci. Moga kita ketemu sahabat2 yang sentiasa megotakan janji dan berpegang pada perasaan sayang walaupun kurang sempurna. :)

Sunday, July 11, 2010

PESANAN TERINDAH


PESANAN TERINDAH


Rasulullah saw pernah berwasiat kepada Ibnu Abbas r.a. melalui sabdanya:

“Wahai anak kecil, mahukah kamu jika aku ajarkan kepada kamu beberapa perkara?"


Ibnu Abbas r.a. menjawab: "Mahu, ya Rasulullah.."


Rasulullah saw kemudian bersabda:

"Peliharalah ALLAH, nescaya Dia akan memelihara kamu. Peliharalah ALLAH, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu.


Jika kamu meminta, maka mintalah kepada ALLAH.

Jika kamu memohon pertolongan, maka pohonlah kepada ALLAH.


Ingatlah ALLAH ketika dirimu dalam kesenangan, maka ALLAH akan mengingatimu ketika kamu dalam kesusahan.


Pena telah diangkat dan lembaran suhuf telah kering.


Sekiranya manusia berkumpul untuk memberikan sesuatu kepadamu yang tidak ditetapkan oleh ALLAH, maka mereka tidak akan dapat melakukannya.


Dan sekiranya mereka juga berkumpul untuk menghalang sesuatu daripadamu yang telah ditetapkan oleh ALLAH, maka mereka tidak akan dapat melakukannya.


Ketahuilah bahawa bagi setiap kesukaran itu ada kelapangan, dan bagi setiap kesusahan itu ada kemudahan."


Titipan nota FB dari sahabat ku Suci. TQvm. :)

Wednesday, July 7, 2010

HIKMAH BERSUJUD


HIKMAH BERSUJUD

Berat otak jika dibandingkan dengan berat badan keseluruhan cumalah 3%. Tapi tahukah anda bahawa otak memerlukan 25% oksigen yg terdapat di dalam badan kita.

Dlm keadaan biasa, sebahagian sel-sel otak tidak menerima oksigen yg diperlukan, kerana aliran darah ke otak mengalami gangguan tarikan graviti bumi. Impaknya, otak kita menjadi lembab dan kurang produktif.



Bagaimana mengatasinya?

Menurut pakar, perbanyakkan bersujud kpd-NYA. Dengan bersujud, darah dari jantung (oksigen) lebih mudah untuk sampai ke otak. Berdasarkan kajian, keupayaan otak meningkat sehingga 14% semasa seseorang sedang bersujud. Hanya Allah & Rasul yang lebih mengetahui.

Nota: Sharing info dari nota FB Umar Al-Longobi. TQ info. Semoga bermanfaat untuk semua. :)

Sunday, July 4, 2010

HIDUP INI MEMANG BEGINI?


HIDUP INI MEMANG BEGINI?


Apabila bicara tidak diendahkan......
Resah pula meyelubungi...
Meragut keceriaan di wajah....
Emosi bermain dengan gundah gulana. ....
Fikiran melayang membazirkan ruang masa....

Apa....hidup ini memang begini...?
Berempah ratuskan dugaan dan rintangan...
Menjadi santapan lembaran hari...
Mewarnakan ruang sepi kehidupan seorang insan..
Kata teman...
Tiap suratan yang ditempuh...
Lihatlah hikmah yang tersembunyi...
Pohonlah hanya pada-NYA...
Lapangkanlah hati yang sengsara...
Kata teman lagi....
Akan ada masanya...
Kita perlukan luka di luar...
Bekal penghapus luka di dalam...
Bilamana luka luaran itu mengatasi luka dalaman...
Kerana...tiap yang terjadi ada ibrahnya...
"Tak apa la......kalau pengakhiran harapan dan impian ku mendukacitakan. Semoga ada hikmah di sebalik kejadian."
Itu saja yang terluah. Hidup memang begini.... :(