♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Tuesday, December 29, 2009

ANTARA MENCARI, MENUNGGU DAN DICARIKAN


ANTARA MENCARI, MENUNGGU DAN DICARIKAN

KENAPA MASIH ADA SEDIH?

Aku tidak tahu kenapa dan apa yang telah terjadi dengan diriku. Aku seakan trauma menerima kehadiran tahun baru 2010. Tahun yang menjanjikan aku tentang impain ku untuk hidup bersama si dia dulu. Segalanya telah musnah umpama istana yang dihempas badai. Kenangan yang singgah membuatkan hati ini terasa bagai remuk rendam. 'Ya Allah…kenapa masih ada perasaan sedih yang tersiasa dan menyakitkan hati ini?'

Dua tahun berlalu aku sedikit sebanyak dapat meleraikan kekusuatan fikiran. Umpama selembar kain, benagnya dicarik satu demi satu menghilangkan lembaran kenangan manis dan pahit yang telah dilalui. Kadang kala terasa sebak di dada dan terasa sesak dihalkum ku. Namun perlahan ku gagahi menarik nafas panjang kemudian menghembus semula nafas sesak itu dengan harapan dapat memuntahkan segala kekusutan masalah di minda ku. Adakah aku sehingga kini bermasalah? Aku kadangkala sukar mentafsir diri ku. 'Ya Allah adakah aku masih di uji oleh-Mu?'

ALTERNATIF

Harus bagaimana aku menghadapi apa yang berlaku? Aku berdoa sebanyaknya dan cuba berusaha. Dan tahniah buat diri ku…aku sebenarnya telah meninggalkan memori sedih ku dua tahun lalu dalam keadaan redha dan bersabar. Walau kadang air mata dilimpahi cecair jernih, aku segera kaburkan kesedihan itu dengan mengingati insan lain. Dan insan itu ku gelarkan Safwan. Walaupun hanya “nama” sekurang-kurangnya ia menjadi motivasi ku untuk melupakan kenangan silam. Ini mungkin hanya satu alternatif untuk mendamaikan hatiku. Terlintas dihati untuk mendekakati Safwan namun terasa diri semakin dijauhi olehnya. Apapun aku bersyukur mengenali insan yang pernah membuatkan hatiku sangat gembira dan aku sebenarnya mengagumi ketulusan hati dan iman yang dimilikinya. Mungkin alternatif yang cuba ku realisasikan ini hanya ujian daripada-Nya. Aku harus menerima dan menghadapinya dengan baik. Ya Allah…tabahkan hatiku selalu. Redakanlah kesedihan dihati ku yang tercalar sekali lagi.’

KEHADIRAN 01.01.2010

Ada sesuatu yang cuba ku tanamkan pada awal tarikh, bulan dan tahun ini. Aku berusaha memerangi bayangan kenagan silam yang pernah dihujani impian indah. Terasa diri bagai trauma dengan tahun 2010 ini. Terasa ingin segera berlalu tahun 2010 ini. Namun siapalah aku…hanya insan kerdil ciptaan-Nya dan harus menerima dan mensyukuri nyawa/roh dan jasad yang dipinjamkannya. “Ya Allah…hanya tempat Mu aku mengadu….tabahkanlah hatiku menempuhi hidup ini. Ringankanlah beban kesedihan dihatiku. Berikanlah aku penyelesaian yang terbaik.” Jariku tidak jemu menekan huruf pada notebook dan selari dengan itu air mataku juga deras membasahi pipi. Kenapa situasi diri ku begini? Apa mahu ku sebenarnya? ‘Efah…kenapa kau selemah ini?’ terdengar satu suara berbisik. Iskkk…tersedar aku dari menuruti hati dan perasaan yang sedih. Segera ku tarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan nafas lega.

MENERIMA REALITI/KENYATAAN

Seketika aku muhasabahkan diri. Mencabut segala ketidaknormalan akal fikiran yang negatif bagai membersihkan halaman taman bunga yang dipenuhi rumput. Biarkan taman bunga itu nampak indah…bersih dari semaknya rumput dan sedap mata yang memandang. Sekali lagi aku cuba kembali pada titik logik fikiran ku. Tiba-tiba satu imaginasi ku beberapa hari lepas mengganggu ku.

Imaginasi: “Aku bagai berjalan dalan satu lorong kecil yang hanya mempunyai satu arah untuk dituju (mencari Safwan). Disekitar kiri dan kanan lorong itu terdapat bongkah-bongkah kaca yang lutsinar. Terdapat wajah-wajah berseri melambai-lambai ke arahku. Aku sekadar tersenyum dan aku boleh membuka bongkah kaca tersebut untuk menemui insan yang sering melambai kearah ku. Namun anehnya…hatiku tidak mahu singgah pada bongkah-bongkah tersebut. Malahan terus hanyut pada lorong yang satu ini. Lorong yang pernah membuatkan hatiku gembira. Perjalananku semakin jauh namun aku tidak menemui garis akhir ke destinasi. Terasa kaki ku lenguh dan tak berdaya. Aku berhenti seketika dan berfikir untuk meneruskan perjalanan ini. Sebak menemaniku dan aku terhenti setakat disitu. Imaginasiku segera hilang dan tak bersambung lagi.”

Ku memohon hanya pada-Nya agar diringankan ujian ke atas ku. Aku takut aku tak mampu menghadapi ujian Allah ini. Segera ku alihkan imaginasiku bagai menyelak tabir jendela rumah. Membuka seluas-luasnya jendela dan membiarkan suasana cerah diluar menerangi kesuraman dalam rumah hatiku. Aku cuba mengukir satu senyuman yang positif. Kembali mensyukuri nikmat nyawa yang dipinjamkan oleh Allah yang maha kuasa. Segera ku panjatkan doa agar diri diberi ketenagan yang berpanjangan. Aku akui iman dihatiku masih lemah tetapi sedaya upayaku meningkatkan rasa keimanan dengan selalu mengingati-Nya dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang agama ku.

Berbalik pada soal menerima realiti dan kenyataan. Aku berusaha berpandangan positif bahawa :
(1). Setiap pasangan insan yang bercinta tidak semestinya bersatu ke jinjang pelamin. (Terima kasih buat orang jauh yang pernah ku cintai sepenuh hati…semoga engkau sentiasa berbahagia disamping kekasih baru pilihan mu).

(2). Setiap insan yang kita cintai itu tidak semestinya akan dimiliki. (Adakah aku telah jatuh cinta pada insan yang ku gelarkan ‘Safwan’…terdetik persoalan nakal dihatiku…hurm…isk…isk..isk..malunya).

(3). Sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa menguji hambanya. (Ya Allah…aku lemah hadapi ujian MU…berikanlah aku kesabaran…bukan kerakusan air mata sedih yang terus-terusan mengalir ini).

(4). Mulakan sesuatu yang baru. JANGAN PANDANG BELAKANG. (Ehehhehe…macam tajuk filem plak yer…ya…harus memulakan sesuatu yang baru. Abaikan saja yang sudah berlalu. Jangan pernah menoleh lagi kerana perbuatan itu buat diri terus lalai pada rintihan kesedihan).

(5). Banyakkan mengingati TUHAN. Dia (Allah) yang telah mencipta ku dan kepada-Nya lah aku akan kembali.
(Semoga aku diantara hambaMu yang sentiasa diberi HIDAYAH dan PETUNJUK Mu ya Allah…Amin.)


MEMBUAT SUSULAN

Aku kembali membaca catatan ku ini. Aku membayangkan aku sedang membaca satu coretan insan lain. ‘Ciannya kau Efah…aku tumpang bersedih dengan situasi mu. Tapi aku selalu yakin kau boleh hadapinya dengan baik. PERCAYALAH.’ Tedengar satu suara berbisik jauh disudut hati ku. Iya…seperti lagu Siti…’PERCAYALAH…dugaan datang jua pergi’Bold. Sempat lagi dikaitkan dengan lagu. Hati sedih seperti ini jangan dihidangkan dengan lagu duniawi…kelak hanyut menyesatkan perasaan. Banyakkan mendengar lagu-lagu ukrawih berunsur ketuhananan kerana disitu ada KETENANGAN. Ketika aku mendengar irama nasyid…sempat juga singgah kesedihan…mungkin merintih nasib pada Dia yang maha mengetahui.

Sebelum ku akhiri catatan ini, sekali lagi ku siapkan diriku untuk menerima apa juga TAKDIR yang bakal menimpa diri ku. Semoga 2010 membawa 'khabar gembira' buat diriku selamanya. Semoga diringankan bebanan kesedihan buat diriku. Dan antara “MENCARIMENUNGGU dan DICARIKAN” aku redha menghadapinya. Siapapun yang datang dengan IKHLAS HATI pada diri ku nanti aku harus belajar MEMAHAMI dan MENERIMA seadanya (iskkk…sebak plak hati ini). :-)

Friday, December 18, 2009

INGAT ALLAH SENTIASA


INGAT ALLAH SENTIASA

Jika dilihat dari segi mata kasar, kebanyakan Muslimah tampil sempurna dengan pakaian menutup aurat. Memang menawan. Namun seseorang itu tidak cukup ‘indah’ jika ‘tiangnya’ masih lemah iaitu IMAN.

‘TIANG’ yang dimaksudkan itu ialah SOLAT iaitu rukun Islam yang WAJIB dilakukan dalam apa jua keadaan kecuali atas beberapa sebab seperti mana yang digariskan di dalam Al-Quran. Laksanakan ia sebaiknya kerana SYURGA adalah janji-Nya di kemudian hari.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya amalan pertama yang akan disoal pada hari kiamat kelak adalah ibadat solat. Jika baik amalan solatnya, beruntunglah dia. Jika rosak amalan solatnya, pasti dia akan menyesal dan berasa sangat rugi. Jika orang itu mendirikan solat wajib secara tidak sempurna, Allah akan menyatakan kepada para malaikat, ‘Wahai para malaikat, periksalah hamba-Ku ini. Adakah mereka melakukan solat sunat?’ Apabila ada solat sunat yang dilakukan, ia dapat menampung kekurangan solat wajib yang didirikan secara tidak sempurna. Begitu juga dengan amalan wajib yang lain.” – H.R Tirmidzi.

Jadi ingatlah walau bagaimana sibuk pun diri kita, ingatlah Dia Yang Maha Agung, Maha kaya dan Maha Pencipta.Jika kita lupa pada-Nya, dia juga akan melupakan kita. Di saat kita ditimpa bencana, kepada siapa kita akan meminta jika bukan kepada kepada Dia, Alalh Yang Maha Mendengar, Maha Mengasihani, Maha Menyayangi? Tidakkah ketika itu kita malu untuk mengangkat tangan yang selama ini tidak pernah menadah kepada-Nya memohon perlindungan?

Mohonlah keberkatan daripada-Nya dengan melaksanakan solat. Yakinlah diri kita akan dilindungi di dunia dan azab api neraka di akhirat kelak. Didiklah anak-anak kita dan sematlah di jiwa mereka tidaka ada yang lebih utama di dunia ini melainkan Allah. Letakkan Allah di tempat paling utama di dalam hati sanubari, insyaAllah hidup ini akan terus diberkati-Nya.


Hadis & Falsafah / Majalah NUR, m/s 78, (Oktober 2009)