♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Wednesday, December 28, 2011

HANYA MIMPI


HANYA MIMPI

"Mak, boleh minta plastik kecil. Saya mau ambil lada di belakang rumah" pinta ku pagi itu di kedai runcit ibuku.

"Cari saja. Ada kah lada di belakang rumah? Mana ada tu..tiada yang masak." ibuku bertanya penuh hairan.

"Ada bah mak....nanti saya pergi ambil dulu" dengan penuh keyakinan, aku segera berjalan pantas meninggalkan ibu ku.

Ketika berpusing ke belakang rumah, sempat ku perhatikan ayam sakit yang semalam bertenggek di tiang telah jatuh ke tanah. Kasihan, penyakit ayam yang tiba-tiba menyerang menyebabkan ayam yang sempurna sihatnya kini jatuh sakit dan mati beberapa hari kemudian. Kasihan juga pada ayah ku yang pasti berasa sedih dengan kematian dua ekor ayam peliharaannya.

Ku biarkan sahaja ayam yang nazak dan mungkin telah mati itu. Terngiang-ngiang pesan ibuku pada adikku untuk segera menanam ayam tersebut semalam, namun ayam tersebut masih hidup dan tidak sampai hati pula ditanam. Segan ku menjenguk dua ekor yang telah mati, bimbang penyakitnya menjangkiti diri ku pula.

Tiba di belakang rumah, ku perhatikan dua pokok lada / cili padi yang masih hijau.

"Sangat hijau, mana yang merah. Betul, aku baru melihat lada yang banyak masak, banyak merahnya, tapi di mana???" Aku sendiri berasa hairan.

Sejenak aku berfikir sambil merenung pohon cili padi tersebut. Aku berusaha mencari yang hampir masak. Ya, ada tiga biji cili padi sahaja yang sedang coklat menunjukkan hampir masak. Aku mengambilnya dan menyimpan jua ke dalam plastik kecil. Ada sebiji masak ranum tapi hujungnya sudah dimakan burung, iskkkkk.

"Aduhhhh....cili padi itu sangat banyak masak. Masih segar...sungguh...aku tidak berbohong. Tapi yang jelas ku lihat rupanya hanya dalam mimpi ku sebelum bangun solat subuh yang agak terlewat. Ternyata ibu ku benar, ibuku lagi mengetahui sekeliling rumah ini kerana banyak masa aku habiskan di rumah guru ku." Aku berbicara sendiri mencari kenyataan pada mimpi ku.

Aku akhirnya melangkah kembali ke kedai runcit dihadapan rumah ku sambil tersenyum-senyum. Sungguh, ini seperti perlakuan yang mengigau. Tetapi dengan tenang dan bersahaja, aku berkelakuan tidak kisah dan membiarkan sahaja peristiwa sebentar tadi.

"Mak, tiada pula yang masak...heeeeeeeeeeeeeee" aku tersengih kepada ibuku.

Setelah mencium tangan ibuku, aku mohon izin untuk balik ke rumah guru ku. Niat ku untuk membuat sambal mangga muda yang ditumbuk bersama cili padi seperti dalam mimpi ku barangkali tidak kesampaian. Namun sebaik tiba di rumah guru, aku dapati masih ada sedikit cili padi yang separuh segar tersimpan di dalam bekas kecil di ruangan peti sejuk.

"Alhamdulillah...sampai juga hajat ku mendapatkan cili padi. Mencari yang jauh...rupanya ada didepan mata" Aku senyum lagi mengenangkan peristiwa pagi tadi.


Thursday, December 22, 2011

KURSUS 'ALAM RUMAHTANGGA'

KURSUS 'ALAM RUMAHTANGGA'

Perbezaan sijil Kursus kahwin pada tahun 2004 & 2011.
Yuran kursus juga berbeza, RM 30.00 (UMS) & RM100.00 (Keningau).


Kursus Perkahwinan yang pertama ku ikuti bertarikh 17-18 Januari 2004 / 24-25 Zulkaedah 1424 bertempat di Auditorium 1 Perpustakaan UMS (unversisti Malaysia Sabah). Kursus Pra Perkahwinan yang kedua ku ikuti bertarikh 21-22 Disember 2011M / 25-26 Muharram 1433H bertempat di Rental Banquet Hall Golf Club Country, Keningau, Sabah.

Baru ku tahu jika berumur 32 tahun ke atas, calon yang mahu berkahwin tidak perlu lagi mengikuti kursus kahwin....emmm...mungkin mereka ada alasan tersendiri. Kehadiran ku kali kedua untuk Kursus Perkahwinan ini sekadar untuk menuntut ilmu disamping menemani adik-adikku mengikuti kursus.

Kursus dulu dan kini juga mempunyai perbezaan. Dulu terasa kursus yang ku ikuti seperti dalam kuliah kerana persekitaran ku semuanya mahasiswa dan mahasiswi. Kini kursus yang ku ikuti agak berlainan kerana persekitaran ku (sekitar 112 orang) dipenuhi dengan pasangan-pasangan yang sudah bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga beberapa bulan lagi. Penyampaian ceramah juga banyak menyentuh kepada kisah-kisah keluarga sebenar sebagai panduan ke alam rumahtangga.

Sepanjang kursus berjalan, terasa seolah-olah esok adalah hari perkahwinan ku pula walhal itu semua tiada perancangan lagi...huhuhu. Apapun, mengikuti kursus ini amat baik bagi sesiapa yang mahu berumahtangga. Banyak ilmu yang sangat berguna sebagai panduan memasuki alam rumahtangga nanti.^__^

Wajah ku ketika tahun 2004 (22 tahun).
Bersama Nariani Lijin (21 tahun) dan Aida Ilyani (21 tahun).


Wajah kini, tahun 2011 ketika berumur 29 tahun.
Bersama adik-adik ku, Masnijah (25 tahun) & Anisarnizah (22 tahun).

Kami hadir beramai-ramai, muat satu kereta Myvi.
3 beradik (Kg Penagatan Ulu) + 2 beradik (Kg Apin-Apin).
Anisarnizah, Masnijah, Jalifah, Noorhanim (28 tahun) & Norain (27 tahun).
Sahabat adikku, Atie (25 tahun)....sumandak cute ni.


Bersama junior sekolah rendah, bakal berumahtangga tahun 2012.
(Hasnah, 28 tahun, Kg Penagatan Laut)... kebetulan bersama-sama pula ni.

Mereka dari kampung yang sama, kebetulan juga.


Saturday, December 17, 2011

SUMILAU TADAU SUMILAU



SUMILAU TADAU SUMILAU - Juliana Intiang & Martin Ginsos.

Sumilau tadau sumilau,
Modtulud manuk dondom;
Tanak wagu do tosuwau,
Sulian ku mintutun.

Tataso guas tolidus,
Nolombusan ku Tuhau;
Okon ih ko linundus,
Mumang oku tosuau.

Suloko ku tonokito,
Mogihum lanut-lanut;
Nunu oh nokito nu,
Molohing nakalanut.

Sumilau tadau sumilau,
Modtulud kolumpisau;
Kadai kokuwa'ai kuwa'ai,
Dogo ponuwau suwau.

Link Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=mc6e8yUBcoQ

Nota: Lirik lagu Dusun, rasanya lagu ni sekitar tahun 1980-an & 1990-an.....zaman saya sekolah rendah dulu. Huhuhu...jom nyanyi bersama. ^__^

Sunday, December 11, 2011

TAUBAT SEBELUM MAUT


TAUBAT SEBELUM MAUT


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

1. Barangsiapa bertaubat sedangkan dia tidak MEMPELAJARI ILMU, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

2. Barangsiapa bertaubat sedangkan tidak BERTAMBAH IBADAHNYA, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

3. Barangsiapa bertaubat sedangkan dia tidak BERGANTI KAWAN-KAWANNYA, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

4. Barangsiapa bertaubat sedangkan dia tidak BERUBAH PERANGAINYA, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

5. Barangsiapa bertaubat sedangkan dia tidak MAHU BERSEDEKAH apa yang dimilikinya, maka dia bukanlah orang yang bertaubat.


"Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat NASUHA" (At-Tahrim : 8)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Demi ALlah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih dari 70 kali."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Seseorang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan yang bertaubat dari dosa samalah seperti orang-orang yang tidak pernah berdosa." (Hadis riwayat Ibnu Majah). - m/s 29


SUMBER: Buku - "Taubat Sebelum Maut" _ Perpustakaan Desa KG Penagatan Ulu, Keningau, Sabah.