♥ Jika bersama kita adalah Rasulullah ♥ Lau Kaana Bainana al-Habeeb ♥

ALHAMDULILLAH - (Opic & Amanda)

Qasidah Istighfar

Sunday, July 31, 2011

MOTIVASI UPSR SKM



MOTIVASI UPSR SKM


KBS


KBS (Kem Bestari Solat)

Thursday, July 28, 2011

ANDAI KETUA KELUARGA TIDAK SOLAT

ANDAI KETUA KELUARGA TIDAK SOLAT

Andai solat fardu pun tidak diambil kisah oleh si lelaki, manakala teman wanita pula tidak mengingatkannya, bagaimanalah rumah tangga yang bakal mereka layari nanti? Bagaimanalah kehidupan anak-anak yang dibesarkan oleh tangan-tangan orang yang tidak solat? Sedangkan setiap hari Allah suruh kita solat kerana Allah mahu kita mengaku bahawa Allah sahaja Tuhan yang layak disembah.

Allah mahu kita mendapat petunjuk ke jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang diredhai-Nya. Semua permintaan ini terkandung di dalam surah al-Fatihah yang setiap maksud ayatnya menguatkan keimanan kita. Sebab itulah membaca surah ini menjadi salah satu rukun di dalam solat.

Para pemimpin keluarga, andai mahu beroleh keberkatan dalam rumah tangga, perlu menaga amalan solat. Perlu belajar mengemaskinikan cara solat yang betul dan mengajarkannya kepada ahli keluarga. Sudah menjadi tanggungjawab ketua keluarga untuk menyuburkan semangat

SI KEMEJA HIJAU


Sedang asyik meikmati resipi ABC di restoran Sri Keningau, aku melihat kelibat seseorang bersama pasangnnya. Si lelaki berbaju kemeja hijau lengan panjang, berkaca mata dan si wanita berpakaian baju kurung hitam dan putih. Ada sesuatu yang membuatkan aku menatap wajah si kemeja hijau tersebut. Wajahnya seakan-akan pernah dilihat, tapi dimana ya? Mau saja aku berpura-pura melintasi kawasan meja mereka tetapi bimbang sikap ini disedari.

"Cukuplah...tengok dari jauh.." aku berbicara bersama seorang sahabat semeja ku ketka itu.

Entah kenapa aku asyik saja melihatnya dari jauh. Hingga mereka berdiri meninggalkan meja makan, aku masih juga melihatnya dan berteka teki.

"Dia kah itu?"

..... "mustahil...dia berkerja di kawasan lain...kenapa berada di sini dan berkemeja pula?"

....."mungkin saja pelanduk dua serupa.."

...."semoga aku bertemu lagi dengannya.."

opss....huhuhuhu...aku berbicara sendiri. ^_^

Catatan peristiwa: 25.07.2011 (Isnin)_4.30 petang.

{Tarikh ini merupakan hari gaji kakitangan awam dan aku sempat terserampak dengan kakak kedua ku di mesin ATM selepas membayar bil api, internet dan astro di Agro bank. Hari ini juga merupakan hari aku dan rakan-rakan ku Lyn, Maz dan Alista sama-sama menghantar tempahan jahitan baju Hari Raya Aidilfitri di kedai jahit milik teman kami, Cikgu Haini. }


Wednesday, July 13, 2011

♥ CINTA JIWA HAMBA ♥


♥ CINTA JIWA HAMBA ♥

Ya Allah...
Izinkan jiwa hama mencintai-Mu
Membiarkan hati kosong
Mengabaikan cinta dunia
Demi untuk-Mu

Ya Allah...
Izinkan jiwa hamba untuk gagah berdiri
Melangkah mendekati-Mu
Menggapai cahaya hidayah-Mu

Ya Allah...
Izinkan jiwa hamba teguh disini
Walau terkadang goyah pada bisikan nafsu..
Yang sering menyelinap tanpa disedari

Ya Allah..
Jangan palingkan perhatian Mu
Dikala jiwa hamba terlalai daripada Mu
Kerana rasa bimbang tercampak
Pada kemurkaan Mu

Ya Allah...
Didiklah jiwa hamba ini
Agar berserah hanya pada Mu
Mengembalikan kisah hidup pada Mu
Meyakini sepenuhnya kuasa Mu

Ya Allah...
Semoga CINTA ini
Hanya untuk Mu ya Robb
Agar jiwa hamba sentiasa tabah..
Mengendalikan rasa cinta
Untuk dunia dan akhirat...

Nota: Catatan rasa hati ♥ CINTA JIWA HAMBA ♥ ..... ^__^ (14.07.2011_Khamis_1.00pagi)